KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, February 10, 2014

Persiapan Sambut Baby (Part 6) - Cuci & Sterilize (Botol Susu & BreastPump Accessories)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Asalnya, niat nak mendobi botol2 baby ni nak buat time cuti tahun baru cina minggu lepas. Tapi sebab keluar dating sambut besday boy punya pasal, so semalam baru dapat settlekan part2 mendobi botol2 baby nih. Lega maks. lega. Risau gak kot2 tak sempat nak settle mana yang patut. 

Ekceli, botol2 ni boleh jea basuh kemudian, means masa dalam pantang keaa, masa nak guna keaa.. Tapi bila fikir punya fikir, better siapkan awal2. Senang. Nak guna jea nanti terus bukak storage box, ambik dan pakai. Aku ingat, nak jugakk minta tolong adik2 kat kampung cuci2 botol ni time aku tengah pantang, tapi tu la, tak berapa nak harap pulak. 

Biasalah, first time basuh haruslah ibu baby yang basuh... basuh dengan peeenuhhhh kasih sayanggg... dan mesti nak perfect, terbaik.. kalau boleh satu kuman pun tak boleh hinggap kat botol2 ni. Basuh dengan air tapis uolls! tapi last2 bilas dengan air paip jugak. jenuh nak nunggu air tapis yang slow macam siput sedut. hahahah.

Memula, aku kira botol ni macam sikit jea. lebih kurang dalam 30 lebih jea botol yang ada termasuk feeding botol dan storage botol. Pastu bila kawan2 lain cakap dah banyak, rasa macam lega sikit. Orang yang tamak haloba macam aku ni memang semua benda nampak sikit. huhuhu. Tapi kalau diikutkan, separuh jea botol yang aku beli, lagi separuh tu fabulous mom yang bagi as a gift. hehe. Baik hati sangat fabulous mom ni taw!!!

Botol susu dan Breastpump Accessories


Pasal breastpump (BP) accessories tu kan, kalau korang baru nak guna BP first time macam aku ni, better baca buku panduan tu betul2. jangan main basuh jea semua alat2 dia, kang rosak kang nangis tak berlagu. Macam aku punya breastpump (bakal pengguna Ameda tegar), ada 3 benda yang tak boleh basuh. Kalau terkena air, katanya proses pengepamam tak akan sempurna dan mabe akan rosak. Wallahuallam. So, Ini dia 3 benda tuh.

TUBING, ADAPTOR CAP, TUBING ADAPTOR


Ada orang cakap, first time basuh botol tak payah pakai sabun kea hapa, rendam dalam air suam jea, pastu siap. Tapi, aku yang kata. Aku nak basuh pakai sabun. lepastu rendam dalam air biasa. sental2 pakai berus sikit, pastu bilas. hehehe. Memula gigih jugak aku tapis air untuk rendam botol2 ni. Last2 aku bukak jea air piap tadah. haaa. lagi cepat kerja aku. hihii. Paip penapis air kecik sangat. tak larat aku nak nunggu. 

Aku basuh botol ni pakai liquid cleanser dari Pureen. Aku beli yang no flavour. Memula teringin nak ambik yang flavour oren, tapi macam tak yakin pulak dengan yang ada flavour2 ni, so aku ambik jea la yang no flavour. Last2 rasa nyesal pulak. Sebab time buihkan air tu macam tak de perasaan, berkali2 aku cium tak de bau apapun. yea lah. no flavour kann. mana ada bau. sobs.sobs. 



Cara nak basuh senang jea, Masukkan liquid cleanser dalam air, kepuk2 sikit kasi buih lepastu rendam kejap botol2 ni haa. lepastu gosok2 manja pakai pemberus botol. Jangan semua benda gosok pakai berus tu, macam puting dan aksesori breastpump yang lembut aku gosok pakai jari jea. 

Ni botol2 baby yang sedang direndam. hehe. Satu dalam baldi, satu dalam besen. :)



Lepas settle berus sental bagai, bilaslah berkali2 sampai korang puas hati. Lepastu keringkan kejap dalam penyejat. Aku sejat kejap jea, tak de la sampai betul2 kering. Sebab aku terus sterilize.



Aku sterilize guna Electric Steam Sterilizer Jingle Jungle. Excited giler aku guna benda alah ni. jakun kejap. hahaha. Siap lompat2 lagi bila tengok botol2 baby berwap. kah3. 

Cara nak guna senang jea rupanya. Sebab dia dah tulis siap2 step2 yang perlu kita buat. Ikut jea 100%.



1. Sukat air 90ml dan masukkan terus dalam bekas sterilizer tu- aku pakai botol yang ada aras penanda 90ml (pakai air tapis yea uolls, no no no air paip).

2. Susun botol pada rak bawah 

3. Susun botol/puting/cab/dsbg pada rak atas. 

4. Tutup dengan penudung dia. lepas tu terus tekan butang on (lampu menyala warna merah tu haa) 

5. Benda alah ni otomatik. So, senang nak handle. 8 minit jea terus stop sendiri. lepas dah stop, tunggu 3 minit baru bukak tudung putih tu yea.

Eksaited mak baby tengok botol kena wap2. kihkihkih
  

**PENTING**: Lepas dah settle sterilize, Once bila dah angkat penutup putih tu, botol2 yang ada dalam sterilizer tu kena kuarkan, kalau tak bukak tak pe, 6 jam duduk dalam tu pun tak pe *salesgirl tu yang bagitaw*

So, lepas 3 minit, aku terus keluarkan botol (guna penyepit tawwww!! dijamin selamat dan bebas dari kuman, jangan lupa sental tangan pakai dettol dulu) dan keringkan atas drying rack yang cinonet kecik ni, tak padan dengan botol yang berguni2. Hahaha.



Sebab botol ada lebih 30 botol, So, aku ulang step yang sama (5 kali ulang) sampai semua settle

Lepas dah kering semua (pastikan betul2 kering, nak cepat kering, aku pakai kipas no. 3 haha), lap2 manja pakai tuala yang bersih, lepastu pasang balik botol2 tu dan simpan dalam STORAGE BOX. Tutup kemas2. hehehe.



Sedar tak sedar, dah sampai part 6 dah segala bagai persiapan baby ni. Kalau boleh seme benda nak cerita dalam belog nih. Bukan apa, senang nanti anak aku nak baca balik apa yang maks dia ni buat time dia dalam perut. hehehe. kenangan kata orang. tak gittew? 

InsyaAllah, ada lagi satu part yang last untuk persiapan baby ni. lepas tu tunggu laa pulak entri berkaitan dalam labour room. haha. Oklah uolls. 


Happy working semua. 
A lots of love. 
*NinaAz the beauty of LIFE!!!!*  

TQ for reading! K bai~        


23 comments:

asyifa mustaffa said...

Semangat...!
Hepy breastfeed nnti ya...:)

Khai♥Rin : anies said...

kalu BP tu x leh basuh, so lps guna lap je ke? or biarkan gitu je?

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

NinaAz said...

ANies: semua bp boleh basuh. cuma certain part jea. yang tu nina rasa lap keringkan jea kot. nina rasalah. hehehehe. xpasti le pulak. huhu

yeah. happy bf. hehe. tq Asyifa

❤Kamsiah❤ said...

bila tgk persiapan segala bagai tu..akak pulak yg rasa teruja hehe

Jojet said...

oi, byknya botol susu si kenit nnt =)
x sabar nk tgk anak ko =)
doakan aku pon lekat bulan nih..nk rasa jugak apa ko rasa =)

Normi Nieza said...

wah..rajin tol nina..:)

sYaFiNaS said...

banyaknya botol susu tu...cik nat tengok pun excited gk...tu la...nk rasa gk apa yang nina rasa tu...mudah-mudahan adalah rezeki...

BUNDA a.k.a KN said...

rajinnya...eloklah macam tu bersedia dulu...kalu dah sakit nak ke hospital nanti capai je kan..

eima said...

PERRRGGGHHH BYK NYE .. MUDAHAN CEKGU RAJIN PAM KAT SKOLAH ...

Cik Jelita said...

Banyak botol nina.jeles ni...nak kena shop jugak ni.hiks.semoga rajin ber-bp yer nina.

Azhafizah Md Nor said...

wahh memang banyak ni..bagus juga prepare awal senang nanti kan..memudahkan kerja.take care ye :)

UmmuAidan-Arissa said...

aduss..bykney kerja...rajinnyr mak nieee...

Sheila Salim said...

assalamualaikum yangg. bestnya tengok persiapan awak. nanti kita copy paste sket cara2 tu eh? hahahahahahahaa. banyaknya botol, bulan depan sheila baru nak borong botol dengan barang utk breastfeeding semuaaaa (",)

Tihara said...

selamat menyambut baby comel awak :)

Kira Sakura said...

wahhhhh meriahnya botol dia hihihi. besa la anak first nie kalau boleh semua nk buat sndiri kan. carik tanda harga kt baju pun klu blh nk buat sndiri ihihihi.

saya dulu botol2 tuk stok susu kakak yg bagi dia x kasi beli. storage box tue sama la kita berdua. simpan dlm tue jugak tak suka letak kt rak pinggan hihihihi

Nastyna said...

banyak ner botoi dia, dah macam makmal dah keadaanya hehehe. semangat yer bakal ibu, bagus2. keep it up and have fun with it :)

LYAfrina said...

bersemangat bakal ibu buat psiapan ni..lya y tgk pon sama2 teruja.. lya x bpluaqng buat smua ni dulu..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Mst xsbr tgu baby lahir kan..smoga smuanya slmt. Yana xpenh try pakai liquid cleanser tu sb xyakin takut bau sabun. Tgok nina guna elok je, nt nak cuba ;)

Cho Zila said...

semoga semangat membelitu nanti berkekalan dalam memberikan bf untuk baby...

IMaH said...

Banyaknya botol susu baby nina!!! hehe.

Amanina Mads said...

dgn penuh semangat nina buat semua ni..byk pulak tu kena cuci.

QasehnyaRania said...

bnyaknya..
bab labour room dh x sabar nk tunggu ni.smga dipermudajmhkan buat nina.. aamiin