KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 23, 2010

Dark Moist Cake...



Selamat petang...hari ni nak kongsi resepi Dark Moist Cake ni..
semalam buat kek ni sempena Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang telah diadakan pada hari ini di SMK Badak..

so.. xtaw nak bawak apa tuk majlis tu..buatlah kek ni...

bagi penggemar Coklat..hehe..cubalah resepi ni....i'm loving it!!

BAHAN-BAHAN:

2 biji telur
2 cawan gandum
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan air suam
1 cawan minyak mazola (Minyak masak pun boleh tapi kurang lembut dan lembapnya)
1 cawan susu pekat
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik1 sudu kecil vanila

UNTUK TOPPING:

100gm coklat masakan
100gm whipping cream
1 sudu besar marjerin

CARA-CARANYA (kek):

1. Putar telur dan gula sehingga kembang
2. Masukkan susu pekat kemudian putar lagi
3. Masukkan vanilla dan putar
4. Ayak tepung gandum + serbuk koko + serbuk penaik + soda bikarbonat


5. Masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi kedalam adunan dan putar



6. Masukkan minyak mazola dan putar



7. Akhir sekali masukkan air suam dan kacau hingga sebati
8. Masukkan adunan ke dalam acuan dan biarkan selama 1 jam
9. Kukus adunan tadi selama 1 jam

Cara-caranya (topping):

1. Cairkan coklat masakan mengikut kaedah double boiler
2. Masukkan whipping cream dan kacau
3. Masukkan merjerin
4. Biarkan sejuk dan sedikit mengeras, sapu keatas kek tadi
5. Masukkan ke dalam peti ais utk hasil yang lebih cantik
6. Sedia dimakan!

~Kek yang sudah siap di kukus~


~Sapukan toping- mengikut kreativiti anda!~ [aku tak kreatif..sob..sob..]


~OK..settle..biarkan sejuk baru masuk dalam peti ais yea~


~Selamat Mencuba!!!~

3 comments:

GC said...

salam...
rasa nak cuba lah recipe ni..
nak tanyer skit.. mmg kena biarkan 1 jam sebelum kukus ke?

salam
-gc-

NinaAz said...

try lah...:) hehe.. ikutkan 1 jam la..bukan apa.. utk soda tu bertindakbalas..but kadang2 tyme nak cepat, 1/2 jam pun dah kukus..hehehe.. kalau gc dah nampak adunan tadi macam berbuih je kat atas tu, da boley da kukus

GC said...

salam,
ooo..kalau mcm tu okay lah.
thanks for the recipe and tip :D
salam
-gc-