KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, January 28, 2014

35 Weeks - Diari Kehamilan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Check up kali ni aku excited giler. guess what?? berat aku maintainnn ok! maintain. bukan takat maintain! tapi turun 0.2kg. hihihii. Kira sejarah sepanjang pregnant la ni.. kalau sebelum ni tiap kali check up, confirm berat naik 2 kilo. pernah tu, dekat 4kilo naik. pffffftttttt... Tapi semalam, doktor pun pelik. Siap tanya aku lagi. Awak buat macam mana ni berat turun sikit??. hikhik. Ekceli, tak de buat macam mana pun. Ntah. doa aku termakbul kot. haha. siap berdoa wehh. supaya turun berat. adeii~ 

Baby: 

Berat: 2.3 kg (last check up 1.9kg) 
Ukuran kaki/tangan/kepala: Normal 
Degupan Jantung: Normal
Air ketuban: Normal
Fetal Movement: Good. Masa tengah scan, baby tengah eksaited hisap jari. sampai muncung2 mulut dia. comel sangat! :)


Ibu: 

Berat: 66.5 kg (turun o.2kg dari hari tu, kira ok la kan. hikhik) 
Tekanan darah: Normal 
HB: Normal 
Urine: Nil/Blue 
Placenta: Kedudukan uri atas, kepala baby dibawah. 


Alhamdulillah. Kalau diikutkan, sekarang ni kandungan dah 8 bulan. Tinggal lagi sebulan nak jumpa anak ibu. :) 

Sekarang ni aku dah mula rasa tak selesa bila bangun pagi2. Segala benda aku rasa bengkak. Kaki, tangan, jari kaki, jari tangan. Aku rasa dah macam belon. Lepas tu bila lama2 sikit baru OK balik. Sekarang ni pun aku macam dah kembali ke tabiat lama masa awal2 trimester hari tu. Suka tidur. hehe. Lepas babai suami kat depan rumah pergi kerja, aku terus masuk bilik tarik selimut tidur sampai pukul 9.30 pagi. Dia macam otomatik taw. jam 9.30 jea confirm aku sedar. haha. Lepas tu, bangun jea tidur memang akan rasa balik ahh. segala benda rasa macam bengkak. uhuks!! 

Kalau sebelum ni, aku suka tidur terlentang macam tu jeaa. Tapi sekarang dah tak boleh dahh. memang rasa berat sangat. nak bangun pun dah jadi susah triple kali ganda. So, aku kena tidur mengiring. Alhamdulillah, sekarang ni dah biasakan diri tidur mengiring. hikhik. 

Bab lenguh pulak, dah mula rasa lenguh2 dah. Lenguh kalau over jalan. Yea la, baby dalam perut dah 2 kilo lebih, nak bawak baby lagi, nak bawak lemak2 lagi. sebab tu la jadi lenguh kot. haha. dia lenguh tang kaki. tang betis tak de rasa lagi takat ni. 

Erm. apa lagi yea? hehe. ntah. Aku kadang2 tak perasan sangat pun perubahan yang berlaku pada aku. cuma certain2 part jea yang aku perasan. Tapi takat ni, i'm really enjoy my pregnancy moments. ecece. omputih la pulaks. entah betul ke idokkk grammarnya. haha 

Semalam doktor bagitahu yang 9hb Februari baby dah matang. So, kiranya nanti lepas 9hb tu aku tunggu masa jeaala. bila2 masa jea boleh bersalin. Tapi biasalah, kita tak boleh nak agak kan. Ada baby yang kuar 2minggu awal, ada yang 3 minggu awal, ada yang overdue. kan?kan?. Gulp. Debor weh debor. Apapun, aku harap segala urusan nanti dpermudahkan olehNYA, uolls, doakan aku yeaa. sobs.sobss. tacing tak tentu pasal la pulakk... lepas ni aku dah kena check up seminggu sekali. hehe. keraplah berdating dengan doktor pasni. adei~ 

Lama tak berpoyo tempek gambar sendiri dalam belog nih. nah sebijik :)

Tumbesaran ibu yang agak menakutkan. dah macam Giant dah. haha. Muka pun dah sama besar dengan kartun tepi tu haaa. (^_*) 
Amabelle swing dress yang best dari ModishModeHouse
Wide shawl yang selesa dari SgHouse 
Skirt murah2 beli di Pengkalan Kubor Kelantan 
Sandal yang hari2 aku pakai selagi tak jahanam dari modernmum. serius selesa. 


TQ for reading! K bai~   
  



24 comments:

cik mah said...

Btul tu...tdo kn mengiring dah kn..kaki mmg cpt lenguh n celah kangkang tu kerap dah sakit...smlah kita..hubby g keje terus tarik slmt...haha

superVEE said...

Kiuuttt je perut tu meskipun tak berapa kelihatan. Hihihi.

babYpose said...

Salam singgah, time ni kira time suspen je, tapi ok dah expectkan, take care :)

sYaFiNaS said...

btw,u look tomey...hihii

IMaH said...

Ala..comelnya nina time preggy. imah rasa comot je spnjg preggy ni. hehe..

Anonymous said...

Howdy! This is my first visit to your blog! We are
a group of volunteers and starting a new initiative in a community in the same niche.
Your blog provided us beneficial information to work on.

You have done a marvellous job!

Also visit my web site bullying bracelet

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Mila Ahmad said...

Membesar dengan jayanya tapi tetap cumel tau mommy to be ni..

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

alhamdulillah, smg dipermudahkan :)

Normi Nieza said...

xsabarnya nak tunggu baby nina kluar..:)

Amanda Suria said...

Dah lama x rasa moment2 preggy...dah 9 tahun dah...kakak dania pun dah umur 10 tahun...sekejap jer masa berlali...if nak preggy kena kawin lagi sekali...tolong carikan calon boleh???hahahhaha

mama tisya said...

tk lama dh nk deliver..smoga smua dipermudahkan

izan mama mia said...

comel...nampaknya mak buyung yg tunggu hari ini...seri ibu mngandung kan.. akak pula yg teruja..mmg dah 35 minggu ke atas,..dah dekat dekat ni... segalanya cam serba tak kena..akak dl le..nak baring bangun dudk makan semua cam penat..hihi... mg dipermudahkan bersalin nnt ye..mg selamat

Sheila Salim said...

Assalamualaikum nina, hahaha comelnya dah turun berat pula. hehe. suka tengok gambar mak buyong, sheila doakan awak dipermudahkan ketika bersalin nanti. heee nervous nak tunggu baby awak keluar >________<

Trish Natasha said...

comel je perut mami-to-be ni. hehehe sy doakan the best utk akak bersalin nanti :)

Chacamonsterr

Khai♥Rin : anies said...

x pe nina...sekejap je ms berlalu nnt...da tgk muka baby hilang segala keperitan

ros_reeza said...

comel je ibu mengandung ni :)

Amanina Mads said...

tak sabarnya nk tgk baby nina.. mesti comel mcm ibu dia kan. hehe

❤Kamsiah❤ said...

kalau berat tak meningkat,kandunagn makin turun kebawah..tak lama lagi la tu..

semoga dipermudahkan segalanya...

Deqla Manjew said...

owh lagi sebulan yer baby nk kuar.. sama mcm mmber deqla kat opis ni.. dia pun suka tdo lately.. haha

MaMa Rey said...

Gelak2 baca entry nina ni tau..nampk nina happy2 time preg ni...mcm tak sbr pla tengo baby nina ni..err sumandak ka tanakwagu?

NinaAz said...

sitaring tanakwagu ni mama rey. heheeh
IAllah

azizah :) said...

comel mama to be ni... moga di permudahkan yer

nik ros said...

tumbesaran ibu sebab baby. tak pe la..hehe