KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, December 15, 2011

Puding Roti Ting Tong

Assalamualaikum.. Halo readers!!!

Kering idea untuk tempahan hari ni, godek punya godek diari resepi mama, terjumpa resepi puding roti ni..hehe..Jom try puding roti yang lazat ni!! so! apa lagi.. siapkan order sebelum jam 2 petang =_= '


PUDING ROTI TING TONG


Bahan-bahan:

1 bungkus roti
5 biji telur
1 cawan gula
2 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu besar tepung kastard
sedikit marjerin utuk disapu pada roti
satu sudu kecil vanila

Cara-caranya:

1. Hiris roti dan sapukan marjerin pada roti


2. Goreng roti tanpa minyak dengan menggunakan kuali ceper ;)


3. Siat-siatkan (betul ke bahasa nie?) roti yang sudah digoreng dan masukkan kedalam acuan

4. Putar telur+gula+susu cair+air+vanila+tepung kastard sehingga sebati, kemudian masukkan kedalam acuan tadi - biarkan dalam 10 minit, kasi meresap sikit


5. Bakar pada suhu 180 darjah celsius

Alamak! meletop-letop..angkara pandai2 letak serbuk penaik..AHAKS! kelaaaas ko NINA


5. Sejukkan dan hidang!!

Senangkan?? WAJIB try ni! serius SEDAP!! SANGAT2 SEDAP OK ;)


~SELAMAT MENCUBA~

Papai!!



6 comments:

Nurul ain said...

nak cuba la... ahaaaa, thanks share resepi ni :)

NinaAz said...

welcome! selamat mencubaaa ;)

~izan~ said...

mmg nampak sedap.akak pun tak pernah cuba ni..lps ni kena bukak semula blog ni bila nk buat hehe...

NinaAz said...

cubalah kak..seeeedaaappp.. guna roti gardenia pun sedap.. lagi lembut ;)

eiyra amieyra said...

tag kamu dalam contest...

http://amieyra2406.blogspot.com/2011/12/definisi-kecantikan-bagi-saya.html

fae jamal said...

sedapnyaaa..nk try la nnty..hehe..thx for the resepi..hehe