KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, December 10, 2011

Bubur Asyura @ Sugha

Assalamualaikum.. Halo readers!!!

Sudah menjadi kebiasaan, bila tibanya 10 Muharram, dapatlah merasa bubur yang diberi nama BUBUR ASYURA @ SUGHA.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), kitab Jam'ul Fawaid (halaman 132 Syeikh Daud AL-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya:

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as: Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang"

Berdasarkan kisah tersebutlah, makanan daripada biji-bijian itu dinamakan BUBUR ASYURA. dan itulah masakan pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

Sumber: Al-Haziq

Hari ni sudah pun 14 Muharram, sudah 4 hari berlalunya 10 Muharram. Hari ni baru berkesempatan untuk bertungkus lumus menggodek sugha. :)

Mula beroperasi mengacau sugho selepas SUBUH dan sepenuhnya masak dalam jam 11.30 tengah hari. KEJAP kan ?? ;P

Bagi yang tak pernah merasa bagaimana rasanya kesedapan sugho ini.. ketahuilah bahawasanya anda adalah orang yang rugi..HEKHEKHEK... Setahun sekali jea aku dapat makan menda ni... MESTI makan dan MESTI tanya-tanya mama sampai dia bosan nak jawab.. bila nak buat sugho, bila nak buat sugho..bila nak buat sugho.. Cukup 3x tanya, terus buat.. heeeee :)

Bagi yang tak pernah tahu bagaimana rupanya sugha.. meh sini aku nak tunjuk sattt.... :)

Ni la rupanya sugha.. jenuh ni nak godek.. tak boleh henti godek


Kemeriahan mengacau sugho

Akibat kebuluran+kelaparan, tunggu sugha lambat sangat nak boleh makan, aku bedal pulut+ikan masin+ikan rebus goreng.. satu pinggan kongsi dua orang, maklumlah.. jaga badan.. (erk?? )

Menghayati keenakan sugha panas.panas.panas. tak sempat toleh kiri kanan

Yang macam ni lagi best, panas-panas lagi., tak sempat nak keras ;)


Ok! dah boleh mamam sepenuhnya :)

Ok.. itu saja entri malam-malam ni.. mengantuk butir mata :) sekian.


Al-Fatihah buat Bapa Saudaraku ALI BIN MARIAM, menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 11.05 Tengah Hari tadi dan selamat dikebumikan pada jam 5.30 petang tadi. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. AMIN!

Papai!!


3 comments:

fathiyyahISMAIL said...

best laa suasana buat sugho :D
meriah gitteww xD

NinaAz said...

heeeee... ramai2 berganding tenaga.. xd la penat kan.. ;)

bada said...

sedapnye...