KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, May 30, 2013

Kek Coklat Lapis Cream Cheese

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Actually, Cream Cheese berkurun dah ada dalam peti ais, aku rasa yang tahun lepas punya, masa arwah abah aku silap beli. Mabe IKBN order yang brand lain, tapi terbeli yang brand lain. So, tak terguna lah cream cheese tuh, 1kg jugak kot. banyak. tu pun dah berkulat sikit. tapi aku guna yang tak berkulat, yang ada kulat tu aku buang. haha. nampak tak berjimat cermat disitu? sayang ooo nak buang2. 

Aku tak minat sangat cheese2 nih, bajet takut gemuk la konon makan cheese banyak2. sangat pendek pemikiran disitu. padahal.. hahahaa. makan tak hengat. acaner tak gemuk? Cheese pulak nak dipersalahkan. 

Serbuk koko pulak ada dalam sekilo. masih suci murni dalam plastik. secoet jea guna. expired pulak 31 Mei 2013. hadoi.. membazir sungguh. tu la. beli banyak2. gunanya tidak. Grrrrrrrrr... 

Nak tak nak, hari ni aku tolong laa guna cream cheese dan serbuk koko tu. memandangkan esok lusa dah nak kena buang kannn (expired). Cer teka aku buat apa? haha. Aku ni bukannya pro sangat. kek coklat jea la yang aku retinya. Tapi kali ni first time aku buat lapis cream cheese, sebelum ni kek coklat kukus biasa jea. 

Nak dijadikan cerita kek tak berapa nak naik dan gebu sangat. sebab? ceritanya begini. aku guna resepi kek coklat kukus, tapi aku bakar guna oven. pengukus ntah kemana. oven jea yang ada. ahaks! Layan jea lahhh. adik beradik aku jea pun yang nak makan. kalau mak mertua yang nak try, rela pergi pinjam pengukus jiran sebelah kottt. muahahahaa!!

Hiasan buah ceri dan coklat beryls semata2. Tak reti nak berbunga bagai. hahaha


Nak resepi tak??? 

Untuk kek coklat kukus tu, korang boleh KLIK GAMBAR bawah ni eh. aku dah pernah buat entri pasal cara2 nak buat kek coklat kukus tu. 


Untuk Cream Cheese pulak, aku ambik resepi dalam blog YATIE MEMORIES

Bahan2 yang diperlukan hanyalah: 

250 gm cream cheese 
60 gm gula halus 
1 biji telur 
1 sudu besar air 
1 sudu besar tepung gandum 

Cara-caranya: 

Pukul cream cheese+gula hingga sebati, lepas masukkan telur+air+tepung gandum. gaul sebati. 

Cara nak kukus kek: 

Memula korang kukus dulu separuh kek coklat tu sampai masak, kemudian masukkan adunan cream cheese, kukus sekejap. Akhir sekali baru korang lapiskan bahagian atas dengan lebihan adunan kek coklat tadi. Ada paham? hihihi. 

**Aku rasa, better aku buat dua adunan untuk cream cheese nih, satu adunan sikit bebenor**




Untuk topping yang meleleh2 tuuu... aku ambik resepi dalam blog Dapur Mas 

Bahan-bahan: 

200gm coklat masakan 
100ml susu cair @ whipping cream (aku suka whip cream) 
1 sudu teh butter 

Cara-caranya: 

Guna kaedah double boil, masak coklat+whip cream/susu cair sampai larut semua. tutup api, masukkan butter, kacau sebati 

Senangkan? Untuk Coklat masakan tuu. aku suka guna Coklat Collata. Why? sebab aku pernah jadi model coklat Collata. muahahaha. Sila jangan percaya ok

Kalau korang nak tahu pasal cerita coklat collata nih, cer Klik gambar dibawah. :) 

KLIK SINI

Adik aku cakap kek ni sedap. muahahaha. gila perasan. kembang lubang hidung sejam. kahkah. Dah baca entri nih, jangan lupa try buat eh!. kalau jadi tu, roger2 ah kat aku der.




TQ for reading. K bai!      



30 comments:

Nabilah Azahari said...

nak yang kak nina buat boleh x? *alasan malas nak buat sendiri kehkeh*

Asyik Izas said...

wow..sedapnya..nampak lazat giler kek tu..saya suka kek coklat dan cheese..bg sikit kt Asyik..hehe

mama tisya said...

yumie2..pernah gk wat kek coklat cheese kukus

Teena Tna said...

Coklat tu moist sgt, soo nyummy.

wawa syaida said...

pagi2 tengok ni.....mmg sedapppppp

Mizz Aiza said...

sedapnya kek tu nina.. dah la akak tengah diet ni.. hihi..

Aien said...

Sedapnyeeee....

Tengku Fauziana said...

sedap nyer..resepi berkurun ambil tp entah bila la nk buat ekk..

Khai♥Rin : anies said...

knape x hntr sepinggan ke sini? ;-)

dilaella Ella said...

sedapnya kek,belum pernah try lagi lapiskan dengan krim cheese..:) cantik kek tu ^^

nia_cheroniah said...

Alaa sedapnya! terliur tau! dahlah ada cheese,my fav! marah ni sebab sedap sgt nmpak! hehe ;)

cha said...

i pun tak suka cheese boleh geng huhu tapi kek u nampak tempting gileer mak oi fuh

seharum kasturi said...

coklat yg meleleh tu yg buat air liur dah meleleh ... heheheee

NinaAz said...

Hehehe. Nanti try ehhh

Chic Na said...

coklat meleleh tu yg nampak sangat yummyyyyy.. nakkkkk..

NinaAz said...

memang yummy chic na. hehehe

Nory Zoulkefle said...

Nina berjaya buat air liur nory menjejes taw...
nory suka kek coklat yang coklat dia banjir macam ni..
rasa nak suruh Nina buatkan je utk nory...tapi Nina jauh plak..hehehe

Cik Yaya said...

melty nyerr coklat tuu.
nakkk...bg skit cni bleh x..huuu

LYAfrina said...

yummmmmmmmmmm... berkecur tgk..sedapnyer

Normi Nieza said...

yummy..:)

MaMa Rey said...

nak try..kalu berjaya gi tau Nina nanti hehe

Kesuma Angsana said...

nampak sedap sgt tu !

NinaAz said...

hehehe. ok mama rey
aah KA. sedap gak ah.hihih

Zura Lee said...

igtkan mashmellow rupanye coklat beryl's yg diborong sakan aritu yerk

nea lopah said...

rajin nya bt choc cake bagai...

Deqla Manjew said...

adeyhh.. terliur tgk mois coklat tu.. kalo dpt jilat2 yg tu je pun dah puas.. perghh..

Amanina Mads said...

sedapnya moist kek tu..hehehe ;)

Alia Laila said...

Haa Alia pun nak buat dah tadi kek ni lepastu telur pulak habis. Heh. Kena buat jugak ni since adik akak pun dah puji cakap kek ni sedap kan ;D

jaakechik said...

uikkk..menggodanya kek tuu.. serius jaa tertelan air liur masa tgk..hahaha.... nampak mmg gojess!!

nik ros said...

terliur la tgk kek ni. dah la sis mmg suka kek.kalau teringin nk makan, pi beli jea kat secret recipes.haha