KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, May 1, 2013

Beryl's Chocolate Wonderland

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Agaknya la kan. Kalaulah ada coklat besar gabak macam ni, habis pulak makan dalam masa sehari, berapa hari la gamaknya aku kena workout untuk burn balik kalori yang aku makan ni. Haha. Cer kira. Cer kira.
Wahaaa!! Ini Makan Dia!

Kalau diikutkan nafsu, memang nak hangkut semua jenis coklat yang ada dalam kedai ni. Sangat excited bila tengok coklat2 beryl's yang murah ni. Huwaaaaa. Nangis!



Satu kotak 8 hengget. Ada yang 5 ketul 12 hengget. Huwaaaaa.... kalau dulu datang kilang ni tengok sebelah mata jea coklat dalam kotak sebab mahai, tapi hari ni kalau ada 4 mata, empat2 aku tengok. Hahaha.
Kecik jea ruangnya. muat2 untuk lalu jea. coklat memang banyak, habis boleh restock, kilang depan tu jea. alahai!

RM8 tu iolls sangat suka ok!!

Bila tengok coklat bulat2 ni, teringat kat Zura Lee. Mesti u nangis kan tengok I rembat coklat ni banyak2 kan? kan?. Coklat kesukaan u kan? Ahaks! me tooo.... coklat wajib ambik kalau singgah Beryl's. :)
Coklat Almond ni best sangat! heaven! makan sambil tengok Masterchef, tak sedar kot habis 1 plastik nih. wohaaaa

Tiramisu coklat ni nak sangat try. Selalu kalau aku google pasal Beryls, ramai yang duk cakap coklat ni sedap! Tiramisu yang biru ni, baru jea di restock. Laju giler habis, dah la ramai manusia bersesak2 dalam ni. Nasib sempat aku ambik. Luar coklat tu menggambarkan keaslian tiramisu, sebab ada macam serbuk kopi tabur gitu. Tapi bila di gigit, isi dalam tu ada kacang dan macam krim susu kot. Erm. Biasa2 jea bagi aku. boleh lah. erm. boleh lah.


Bagi aku, kalau diberi pilihan Tiramisu atau Coklat pudina ni, aku lagi suka coklat pudina kot! pudina + coklat. ada dua lapisan. bila di ngap, rasa berangin2 gitu, pudinalah katakan. tetiba feeling2 kat tepi pantai. berangin2 kan. hahaha. 


Ada lagi 11 hari yea. Sale 50% coklat beryl's nih. Kalau singgah beryls. Jangan lupa ambik coklat almond yang bulat2 tu erk. Best.best. Selamat memakan coklat. Ahaks. Oh ya. Esok aku umumkan pemenang bagi giveaway #1 kay. 


Tq for reading! k bai!




16 comments:

zulaikha megat said...

krnya tenggelam dalam lautan coklat lah ni yer.pandang sana nmpak coklat ,pandang sini nmpak coklat..

errr..kat mana tempat coklat ni dik..

NinaAz said...

Aah kak. Haha. Lautan coklat. Ni kilang kat sri kembangan.

Annyss Aleeya said...

waa. shopping coklat sakan yer. coklat y besar gedabak tuh. buat stok seminggu pun belum tentu habis. haha.

Asyik Izas said...

wah2 borong sakan tuh..sedapnya coklat..:)

Alia Laila said...

YaAllah seronoknyaaaaaa.
Kita suka sangat coklat. Wuuu u_u

Chic Na said...

huiii boleh gila ni kalo hantu coklat cam cikna. nasib baik jauhhh.. huhu..

MaMa Rey said...

wah cekelatla..kesukaan hati ni..sy nak yg bear ats tu..hehe

cha said...

banyaknyaaa nak please huhu

pelangi chenta said...

mmg berbaloi beli time sale.saya pernah beli yang coklat pudina tue rasa berangin jek bila dah masuk mulut

Normi Nieza said...

nak jgk pleasee..:)

Zura Lee said...

Ciss siap tunjuk isi dalam bungkusan coklat tu yerk !!!.. ok, iai het yu nina !!!!! huwaaaaaaaaa !!

Kesuma Angsana said...

wah mmg bestlah !!

Amanina Mads said...

kt ada jual byk coklat?? wahhh bestnya

Cho Zila said...

tempatni boleh pergi ler yerk... cantik gak bergambar kat sinikan...

nik ros said...

wah..borong byk nampak.mesti best kan.

Remy hazza said...

memang puas kalau mcm chocolate kat situ.......