KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, December 1, 2012

Review Kad Kawin & Banner

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Ramai sedara mara dan kengkawan abang yang tanya pasal kad kawin kami... Diaorang cakap kad kawin kami cantik, mesti mahalkan? mesti bajet RM1 keatas kan? Aku tergelak jea dengar Abah dan Abang cerita.. cantik ke? mahal kea??


Persiapan kawin aku hari tu, aku banyak habiskan masa depan Laptop, search dan cari kedai2 mana yang menawarkan harga yang murah dan berkualiti.. Semua benda aku order online, Kad kawin, banner, doorgift,.. photograper + pelamin pun aku search dalam FB jea. Pemalas tak aku? :D

Pasal design pulak, aku just pilih random jea. Aku suka yang simple.. Aku tak suka kad kawin kartun2, so aku pilih yang berbunga2. Jiwang gitew! warna pulak aku tak suka yang terang sangat, so aku pilih warna yang nak macam belacan gitew, nampak la sikit pink2 yang kena dengan tema perkahwinan aku.

Abah aku yang paling excited pasal kad kawin ni. Bukan excited pasal design mende, tapi excited pasal nak suruh letak gambar dia dalam kad kawin.. hahaha. Asalnya aku macam malu jea nak letak muka aku, last2 bila abah pos gambar kat aku suruh masukkan dalam design, nak tak nak aku akur jea. Tapi aku tak letak pun gambar yang abah bagi kat aku tu, aku cari gambar lain, mana taknya, abah bagi gambar dia pakai selipar jepun, baju pulak senget sebelah. aku gelak jea tengok. hish! abah..abah.. :) 

Gambar aku dan abang pulak.. aku cari gambar lama2.. hehehe.. Gambar FIRST TIME kami bergambar sama2... Tahun 2009. Masa ni, hanya KAWAN jea taw... tapi time ni dia dah tengah usha2 aku.. euw! malu gitew.. hahhaha.. Yang paling aku tak boleh lupa sekali pasal gambar ni, ni time makan malam SUKSIS taw.. Malam tu masa aku tengah bersiap2, pakai baju kurung warna merah ni la, terdetik dalam hati aku "Kalau dia pakai baju sama warna dengan aku, dia adalah JODOH aku"... Bila sampai jea kat tempat jamuan tu, terkejut aku bila tengok dia pakai baju warna sama dengan aku, siap bersamping, bersongkok... wahhhh!!! dalam hati ada taman. Alhamdulillah, akhirnya dia betul-betul jodohku.. Dunia Akhirat hendaknya..Amin!!!

Maka terciptalah kad kawin yang menarik nie.. :) Murah jea wei.. RM0.39 sekeping FREE sampul kosong, tapi aku saje nak cetak sampul so tambah lagi RM0.08.. :)




Pasal Banner, Bunting dan penunjuk arah pula.. Asalnya aku malas nak bazir2 banyak duit buat benda alahni. Tapi bila aku tengok pakej yang menarik yang akak tu bagi.. So, apa salah kan? mengada2 order. Aku kalau bab order, then bayar guna cimbclicks, memang cepat, pantas dan tangkaslah!




Terima Kasih Kadkawin Borong :) Kalau korang nak cari kad yang berkualiti, cantik, puas hati boleh la usha kat link tu yea! :)

K bai!




No comments: