KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Friday, December 21, 2012

Rungkas Pokok...

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Untung arwah atuk dulu suka menanam. Dapat jugak cucu dia ni makan buah-buahan tempatan free sampai laaa ni.

Banyak sangat pokok2 yang arwah tok tanam. Ada rambutan, durian, duku, langsat, dokong, pisang, salak pun ada. hehehe. Sekarang ni musim buah2an kot. sebab banyak sangat buah yang dah masak, terbiar sampai tak sempat nak makan. Banyak sangat. Atuk tanam belakang rumah jea, so senang laaa. bukak pintu dapur, terus nampak kebun..

Minggu lepas abang ajak aku pergi cari rambutan kat kebun atuk. Sekarang ni musim hujan, pokok pun licin, buah pun banyak luruh.. wisau aku bila abang cakap dia nak "rungkas" pokok tu. Korang tahu tak apa itu rungkas?

keistimewaan rambutan atuk ialah, kemanisan buahnya dan ketebalan kulitnya dan juga kebesaran buahnya. hikhik.. Serius puas hati makan....

Ni abang baru acah2 jea ni.... berguguran kat tanah duatigaempatpuluh bijik...


Ni dah banyak sikit. dah mula tekun carik buah rambutan..


Rungkas pokok sebab buah tinggi sangat, galah tak sampai. bila dah ada kat atas, baru senang nak pakai galah. ooo.. gayat...@_@...


Eh! mak jumpa durian seketul! tapi masham! dah boleh buat tempoyak..huuu!.

Rambutan yang masak ranum. merah menyala. sangat manis isinya.. banyak dapat woooo...




Yang ni pulak mak panggil Duku Tganu. Aku pun tak paham kenapa letak nama duku tganu. Diaorang cakap duku tganu ni manis. erm.. betul manis!..

Dapat sebaldi cukuplah. :D

Yang ni pulak namanya dokong. Aku lagi suka dokong dari duku dan langsat. Hari tu kitaorang memang tak ambik langsung buah langsat. aku tak suka sebab buah tu ada rasa macam kelat2 sikit, rasa pahit pun ada, pastu banyak getah. ;P

Tengok!!!! huuuu.. Ada brann?? sabar jea la abang oiiii.. aku pulak yang nengoknya rasa gerun!



Cuba teka! YANG MANA SATU DUKU, YANG MANA SATU DOKONG??



K bai!

No comments: