KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 25, 2010

EbOn HomiLLs Layer Cake....

~25 September 2010~



Selamat Petang...
Sambil2 bersantai..
apa kata rajin2kanlah diri anda utk masuk ke dapur dan mencuba resepi ini sebagai kudapan di waktu petang..hehehe
time2 nak minum kopi ke,,borak2 kat balkoni rumah ker..
Semalam lepas siap je bungkus nasi 200 bungkus..tetiba je aku rajin..
rasa cam nak buat kek der..hehe..gatal tangan..
aku jeles tgk oven kat rumah aku tu sejuk..(padahal baru je buat kek utk majlis ramah mesra aidilfitri)..
memandangkan bahan dah sedia ada...
so, maka..terbuatlah kek ini y diberi nama 'Ebon Homills Layer cake' ehem3...
Resepi ni da lama aku simpan..dah berkulat da kot.. tp xpernah cuba..malas nak tunggu time bakarnya..hehe
aku pun da lupa dari mana aku ambik resepi ni..yang aku igt dari internet je la..
bahan2nya simple..hehe..pa pun..try it!..i'm loving it..:)

Bahan-Bahan:

5 biji telur gred A
80z marjerin
80gm gula halus
120gm Tepung Gandum
50gm Horliks
50gm Milo
1 Sudu besar serbuk Koko
180gm Susu Pekat

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang
2. Masukkan Susu pekat dan pukul lagi
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji
4. Masukkan Tepung gandum dan kacau sehingga sebati
5. Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian (A dan B)
6. Masukkan milo dan serbuk koko ke dalam bahagian A - Kacau rata
7. Masukkan horliks ke dalam bahagian B - kacau rata
8. Sediakan Loyang dan lenser dengan sedikit marjerin (supaya adunan tidak melekat)
9. Sudukan adunan A mengikut citarasa anda (5-6 sudu )- dan bakar pada suhu 180C selama 5-6minit (api atas bawah)
10. Tekan sedikit adunan pertama yang telah masak tadi kemudian baru sudukan pula adunan B mengikut citarasa anda dan bakar (grill @ api atas shj)
11. Ikuti langkah 9 dan 10 sehingga adunan tadi habis
12. Selepas masak, telangkupkan kek tadi ke atas papan kek. sejukkan dulu sebelum masukkan ke dalam peti ais utk seketika -1/2 jam(jangan potong lagi)
13. Kek sedia di keluarkan dari peti ais dan di potong..kemudian..NGAP!..hehe


~SELAMAT MENCUBA~

No comments: