KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 24, 2013

Persiapan sambut baby - Part 1

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hey baby! mommy here! hikhik. Rasa macam baru semalam-semalam mommy tahu yang kamu ada dalam perut mommy yang comel ni. tup-tup, dah nak buat persiapan untuk kamu pulak sehari dua nih. wow! feeling wonderful & awesome sangat!. hehehe. 

Alhamdulillah. sekarang kandungan aku dah masuk 6 bulan ++. dah tak lama dah nak habis 2nd trimester. kejap jea kan? macam mimpi jea? macam tak caye jea? - nah, mula dah jea.jea. trend sekarang ni. haha.


Halooo. aku sikalang ooo. manyak demuk. demuk. demuk. *sigh*

Baby dalam tummy aku ni pun makin hari makin membesar. dan besar. hukhuk. makin hari makin ligat menendang, makin ligat berputar, kejap kiri, kejap kanan. guess what? masa kandungan aku 16 weeks aku dah mula rasa kick2 dari dia tahu. hehe. happy giler kot masa tu. sekarang ni laaagiiilaaaahhh. tersangatlah aktif si kecik ni, sampai doc cakap anak awak ni kaki selalu kat atas, tak reti duduk diam. hehe. btw, aku dah buat 3D4D taw. excited kan aku ni? padahal baru 6 bulan ++. hahaha. Nanti2lah aku share dengan korang eh pasal 3d4d tuh. :) 

Entri kali ni, entri mak-mak sikit. hehe. awal2 tahun hari tu, mood menaip review pasal WEDDING, mood hujung2 tahun ni, pasal mak-mak la pulak kan. hihihi 

Bagi yang tengah jadi mak buyung mahupun yang dah jadi mak-mak, mesti korang tahu kan sekarang midvalley ada buat maternity & children expo kan? start 22hb hari tu sampailah hari ni - last day. Bagi aku yang baru first time nih, mestilah excited nak survey tengok apa yang ada dalam expo tuh. Dah lama sebenarnya aku usha expo2 hujung tahun ni, dan, yang ni aku rasa expo last untuk tahun ni, Disember aku tak pasti ada tak, kalau ada pun, luar dari KL lah. 

So, nak tak nak.. aku pun terjoin lah sekali untuk expo nie. Ada orang cakap awal lagi kalau nak membeli, hurm... awal sangat eh? hehe. ok kottttttt.... :P 

Excited punya pasal, semalam kami keluar awal, dalam jam 8 pagi kot kami dah ready bersiap. sampai MID, tanjat kami bila tengok ada lagi yang awal dari kami. hohoho. Gate expo tak bukak lagi orang dah penuh kat pintu gate. Macam nak masuk event besar herbalife pulak. haha

Daddy baby, merangkap Bank Negara dan tukang angkut barang. hikhik. *jange mare yea*

Actually, aku ada buat list benda apa yang nak kena beli, tapikan, bila dah berada dalam expo tu, kiri kanan depan belakang booth merata-rata, hilang segala idea. So semalam, ikut kata hati jea lahh. 

Ada yang tanya aku, BEST TAK? MURAH TAK?. hurm. bagi aku yang first time nih... ikhlas dari hati, best giler kottttt... best siap pakej excited lompat2 lagi, tak nampak dah laki kat belakang, nampak anak jea kat depan. hahaha, fuh. speechless. rasa nak nangis pun ada bila tengok barang-barang baby. hahaha. over sangat kan. 

Murah? hurm. seperti yang aku cakap, as a first timer, aku tak tahu la murah kea tak. yang aku tahu, barang banyak sangat, segala benda ada dan manusia pun tersangatlah ramai. Aku tak tahulaaa kalau perut dah memboyot 8 bulan ++ masuk dalam expo cenggini. hikhik. Tapi satu lah yang aku nampak murah dan berbaloi aku beli sekotak lebih. PAMPERS. hahaha. Mamy Poko!! beli dua pek = RM50. dapat bib baby, dapat teddy bear mamy poko lagi, comelsss sangat! 

Benda yang paling seronok sekali nak borong, adalah baju baby. hehee. macam terbau2 wangian newborn tahu. Walaupun abang cakap dah cukup dah beli baju, tapi aku still rasa tak cukup. banyak sangat rompers yang cantik2. menggelupur aku tengok. hihihi. yeah!! terapi minda yang paling menenangkan jiwa raga.. SHOPPING BARANG BABY. betul tak mak-mak? ibu sayang kamu anak!!!! :P 

Okeh. ni baru persiapan part 1. Mabe akan ada lagi part 2 atau part 3 mabe part 4? ohh. sungguh melampau aku nih. haha. Semalam aku banyak beli barang keperluan baby jea. tak termasuk lagi barang keperluan untuk mengenyangkan perut baby - barang2 breast feeding (pum, botol and whatever). Semalam aku beli satu jea untuk barang aku - breast pad. haha. tu jea yang aku nampak. :D

Checklist Done!

-Baju lengan panjang 
-Baju lengan pendek 
-Baju lubang - lubang 
-Seluar panjang dan pendek 
-Romper 
- Sarung tangan dan kaki 
-Topi 
-Barut perut 
-Blanket 
-Kelengkapan mandi dan penjagaan diri baby (Mandian head to toe, baby oil, baby lotion, bedak, minyak telon, manicure set, baby wipes) 
-Diaper pin 
-Tuala mandi dan muka 
-Pampers newborn dan S size 
-Detergent baju 

Tadaaaaa.... hehehe

Alhamdulillah. rasa lega bila dah ada sikit-sikit barang untuk si anak. Terapi untuk mata ibu setiap hari bila tengok barang-barang kamu dalam bilik kamu ni baby oiiii. Tenang jiwa raga. senyum sorang2 lagi. haha 

Ok uolls. Terima kasih kerana sudi bertanyakan kabar diriku ini yang kian menyepi. hehe. pembawakan budaklah kononya akibat kemalasan membuka akaun blog apatah lagi blogwalking. terharu mak ok!. hehe. 

Doakan kami sentiasa. Hanya Allah yang akan membalasnya. Assalamualaikum :) 

TQ for reading!    


14 comments:

Kak iman said...

akk...byk nya prepare brg tok baby ek?mcm ni la kot time iman kang hehehe..smge dipermudahkan kak

Umm AA said...

seronokkan nina nak sambut org baru..takecare yer..:)

Asyik Izas said...

Nina you look glowing..hehe..seri baby ni..:)

Nik said...

nina...makin cantik la.nampak btol seri ibu mengandung.
moga Allah permudahkan segala urusan. mesti comel bby mcm mama dia

Unknown said...

Banyaknya barang baby ;) hee

Nastyna said...

Finally, muncul pun u, windu ok. U makin cantik berseri2, yer la kan seri ibu mengandung kata orang. I am quite sure expo macam ni much cheaper sebab banyak persaingan sebelah menyebelah, standard pun barang2 baby mahal tapi u beli kat sini dapat free gift lagi sumer tu kan. And bagus la u start awal2, nnt sikit lagi penat kot nak pusing ronda2. all the best dear, I kat sini tak dpat nak berekspo sumer ni, huhu.

Cik Nor said...

bnyaknya..:)

Anonymous said...

baguslah dh buat persiapan awal2 ni !

Kamsiah yusoff said...

baju baby tak perlu beli byk2,kan..nanti dah bersalin nanti...mesti ada yg hadiahkan baju utk baby...
dah tu..pakai kejap ja..dah tak muat...

Unknown said...

manisnya muka diaaaaa! berseri2!!
beb, doakan aku utk dpt baby jugak eh, nak rasa apa ko rasa, hahaha

Zura said...

zura pun tumpang excited utk korg...

Tinta Farah D said...

Nina, mesti tak sabar kan nak timang anak sendirik ..pape pon semoga dipermudahkan urusan Nina ya

wawa syaida said...

happy tengok nina dgn husband....bagus prepare semua awal2

Tinta Farah D said...

Nina, saya cadangkan awak guna brand sleek untuk basuh baju baby dan botol susu .. sebabnya sleek ni Wangi sangat.. lepastu ia guna tumbuh2an..