KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, March 11, 2018

Pasar Malam Filipin & Pasar Malam Ikan Todak

Assalamualaikum... 

Ini acara wajib kami sekeluarga tiap kali balik Sabah. yippiey yippiey!!! 

Selalunya kami akan check in di area Warisan Square sahaja. Sebab senang nak jalan kaki malam2 pergi pasar tu. Siang pun senang jugak kalau nak memborong amplang, kuih cincin. Jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai. 

PASAR MALAM FILIPIN 

Hah. Ini memang tempat fevret kami untuk makan-makan. hehe. Walaupun dulu pernah viral pasal tempat ni, siap orang komen macam-macam. Tapi bagi aku, tempat ni OK je. Biasalah lahh tu. Tempat jual-jual barang basah kan. sah-sah la gitu gaya dia. ah lantak kome la nak cakap apa pun. Tak kuasa nak join membawang sekali.

Macam-macam makanan laut ada. Memang tergugat iman nengoknya. Yang bajet nak berdiet tu, baik lupakanlah hasrat tu. Bukan selalu datang Sabah kan. hah. bedal selagi mampu. hikhik


Aku lupa pulak nak save dalam kepala kedai yang selalu kami makan ni. Sedap laaa bagi aku dia punya masakan tu. Malam tu kami try butter prawn, ketam masak telur masin kot lepastu ikan apa ntah masak 3 rasa.... perghhhh meleleh wehhh dia punya butter prawn. rasa nak jilat je pinggan tu. setitik pun aku tak maw tinggal dia punya kuah. wo hohoho. over sangat taw.


fresh fresh la hai.... 

Lepas pilih ketam, kita pilih ikan pulak. 

Bila tengok bendalah ni, terus teringat MR BEAN. hahaha. kemain banyak dia makan masa dinner. lepastu cirit. kahkah.. lawak3

Ok. Pilih udang untuk masak butter pulak.


Tadaaaaa... Ni lah dia ikan masak 3 rasa

Butter prawn. fuh. menyesal aku tengok gambar ni. kang dah leleh liur dah ni. nampak macam biasa je kan. Tapi rasa dia perghhh. Jangan pandang ku sebelah mata. 

Ketam telur masin. punnnnn sedap!!!

Menu paling wajib aku cari bila makan kat pasar ni. KERABU RUMPAI LAUT. Aku tak pasti apa nama sebenar makanan ni. aku bedal je panggil kerabu rumpai laut. SERIUS! korang yang jenis kaki makan, wajib cuba. susah aku nak gambarkan kesedapan dia tu macam mana. Tapi diaorang selalu cakap aku ni makan apa pun sedap. hurm. terguris hati taw *mata keatas*.


Sebelum digaul

Selepas gaul-gaul sebati. pastu ngap. huhuhu. 40 hari 40 malam menangis terkenangkan bendalah ni. makkk!!! mana nak cari kat KL ni!!


PASAR MALAM IKAN TODAK 

Pasar ni sebaris je dengan pasar filipin. Cuma perlu kedepan sikit. Tapi kalau nak jalan kaki dari Warisan Square, agak basah ketiak jugak la. hahaha. Tapi tak pe. lepas makan burn la balik kalori tu. bagus bukan! 


Terjumpa kepak ayam. hehe. Rindunya kepak ayam kundasang.. ini tak boleh lawan laaa

First time kami makan kat sini. Pening tak taw nak pilih yang mana. Yang pasti kami nak hunter Lobster termurah dikalangan yang termurah yang ada disini. Orang kata lobster ni sedap. Tapi bagi aku macam makan udang biasa juga. sedap? urmm mungkinlahh... sebab harga dia mahal kot. so terpaksalah aku cakap sedap. oklah. sedap sedap. hahaha. *sewel*


Nana pun takut nengoknya haih. ikan dah nak sama besar dengan nana. haha

Tenung satu-satu

tudiaaa koleksi ikan. Ready to cook gitu. 

Berpinar bijik mata tengok ketam fresh banyak macam ni. Jarang berlaku kat mata aku benda-benda macam ni. haha

Ok. dah jumpa dah lobster murah. Aku yang sejenis kuno ni pelik juga laa.. RM90 sekor ko kata murah? Nasib baik ada adik yang tergila-gila nak makan. boleh laa tumpang sekaki. hahaha.


Tuan kedai tengah explain pasal lobster. masing-masing berkerut fokus mendengar


OK. nilah pilihan weols lepas sesi pilih memilih. RM90 sekor ko. *telan air liur*


Pilihan menu kami di pasar todak (^^)


Sedihnyaaa aku. Tak sesedap kat pasar sebelah. kuang-kuang-kuang


hurmmm.. Lobster yang RM90 tadi. Selamat dah kau menjadik butter prawn jugak

Ikan masak halia ke apa ntah ni. Not sure

Ok. this is the best!!!!
 Gile ko tak best. berebut kitaorang makan. ni ikan masak 3 rasa. serius unik gila dia masak macam ni. arghhh susah nk describe dia masak macam mana.
 Almaklumlah aku ni bukan nya reti memasak.
 Ahkak bagi 100 bintang berkelipan!!!!

kalau korang tanya aku, mana yang best antara kedua pasar malam ni? ermmm....

Pasar malam filipin besar dan ada jual macam-macam. Pasar Ikan Todak ni pulak kecik je. Pilihan pun terhad. Tapi dari segi masakan, dua-dua ada keunikannya yang tersendiri. Tapi! bab kerabu rumpai tu aku tak puas hati betul. dekat pasar filipin lagi banyak dan sodap. kihkihkih. tu je


ABC gunung kinabalu di pantai Tanjung Aru


ADA YANG NAK KIRIM LOBSTER TAKKKK??

 *matakeatas* 

TQ for reading. k bai~   



Sunday, March 4, 2018

Homestay Kundasang - Anjung Rehat Jamsari

Assalamualaikum... 

Cerita balik Sabah. 

Nak share pasal homestay yang kami menyinggah untuk satu malam di Kundasang haritu. Masa balik Sabah tahun lepas, adik aku dengan laki dia ikut sekali. So bawak lahh dua orang ni jalan-jalan Kundasang. Alang-alang tu, tidur lah satu malam di Kundasang. 

Puas memusing cari homestay. Boleh dikatakan majoriti full. Maklumlah time cuti sekolah. Ada yang kosong tapi mahal terbeliak biji mata la pulak. Sebab spesies dasar kedekut, so pusing memusing lahh kami sampailah jumpa homestay yang murah dan WOW!! Menarik sangat!


Kawasan Homestay


Anjung Rehat Jamsari 

Ngam2 tinggal satu ni je yang kosong. rezeki kamilah katakan. Ruang yang agak luas. satu katil single dan satu katil size queen kat bawah boleh la muat kami 4 beranak. dua tilam kat atas. Ngam untuk adik aku dengan laki dia. Berbaloi dengan harga. RM250 untuk satu malam. so far bagi aku... so far so good. hahaha




Tempat menginap kami untuk satu malam


Tangga untuk ke tempat atas. Macam loteng gitu :)
Tilam kat tempat atas :)

Dua katil dibawah

Kami check in pun dah lewat petang. Lepas check ini, adik aku sempat lagi terjun sungai belakang homestay tu. Ada anak tangga yang panjang untuk turun sampai ke sungai. Punyalah sejuk airnya. Sejuk sampai ke tulang adik aku cakap. Kundasang ni memang sejuk oi. Ala2 hidup kat Guilin gitu. kihkihkih.


di belakang daffa tu tempat check in. :)
  
Garden disekitar homestay yang seindah mata memandang hikhik
View dari belakang homestay kami


Sungai yang sedang2 besar. Air yang sejuk yakmat!

Tangga dari atas homestay sampai ke bawah sungai

Lepas asar, kami terus ke pekan kundasang sebab plan nak BBQ. Jalan-jalan kat pasar malam pekan kundasang dan terus ke kedai untuk cari ayam, bahan nak perap ayam, arang dan sewaktu dengannya. BBQ ala kadar je. Asal hado.


Dua kanak-kanak riang. 
Singgah kedai untuk beli barang sumber makanan :)

Aktiviti malam. BBQ time.


haaaa.. ini ayam perap versi ala kadar. hahaha. 
Bila si adik ipar stailo dalam bab memasak. hah. semua serah kat dia. 
Janji kenyang. hehe 
Budak kecik sibuk kuasa dua. nambelas kali jatuh pun stay strong. janji aku boleh bebas kesana kemari. Happy lettew!!



Para bapak bizi hidupkan api. Time ni aku dah masuk bilik menggelupur atas katil. Sakil kepala sebab terhantuk kat jendela kereta OTW Kundasang tadi. huwa huwa huwa. 

Budak dua ketul ni seronok sangatlah kalau dapat hidup bebas macam ni. keluar masuk keluar masuk. naik turun tangga. Seronok sekali!. Sampai sejuk2 tangan kaki pun tak heran. Lepas masing-masing kenyang. Semua lena.......


Ni lepas kena sound dengan ibu. Duduk la sekejap dua saat.... 


Desa Cattle Dairy Farm 

Tempat wajib datang kalo mai Sabah!. hehe. 

Sebelum balik kampung, jalan-jalan dulu kat sini. Aku pun tak tahu kenapa suka datang sini. Mungkin suka dengan suasana tempat yang cantik ni. kata orang. ala-ala switzerlend gitu. Nyaman sekali buk!!! 

Kalau datang awal pagi, tak adalah ramai sangat orangnya. Nak membeli pun tak payah beratur panjang patploh depa. hehe..


Wefie dulu. Kami berEnam

Parking kereta jauh sikit. Parking terhad. :) Tak apa. Abang RELA ada. InshaAllah selamat. hehehe

Bergambar dengan batu lembu. 2014 first time datang sini, batu ni batu biasa je. Lepastu baru jadi batu lembu macam ni. haha

Seorang budak yang malas berjalan. Nak jugak pak dia yang angkat. Minta ibu angkat ibu tak layan. Nasib baik pak sado. haha
 
Dah cantik dahhhh dalam kedai nak beli susu ni. Dulu-dulu mana ada macam ni. hehe. Boleh laaa nana rasmi bergambar disini



Port bergambar lagi di tepi kaunter susu sapi . Ahaks!


Paling aku suka. Susu kopi!!! aiskrim gelato yang sangat sedap!!! puding pun boleh tahan. alaahhh. semualahhh telan. sedap! kena cuba semua. har har har





Fresh milk Daffa. 500ml ni sekali sedut je. huhuhu. 


Lepas isi perut. Bersiar2 la sekejep keliling ladang tu. Jumpa dengan lembu corak-corak. hehe. Nasib baik anak-anak iols kenal tu lembu. Tak de lah tertukar dengan LRT. hahahaha.


Port bergambar setiap kali datang sini. Untuk kenangan anak-anak bila besar nanti. Dari appa baru bertatih, sekarang appa dah besar panjang. Siap kuat lagitu tunjuk gaya. hehehe.

Weols. Nana cuba nak senyum nampak gigi juga. Tapi malang, gigi nana tak ada

Nana fokus pada lembu. Maklumlah jarang jumpa

Seronok tengok gambar kami disini kalini. Sebab nampak Aki Nabalu di belakang tu. Sikit je lagi nak kena tutup dek awan. hehe


Kalau korang yang nak jalan-jalan kat sini. Nak jalan-jalan versi enjoy dan bebas, aku prefer korang sewa lah kereta. hehe. 

Dari Kota Kinabalu nak sampai kundasang ni lebih kurang dua jam lebih kot. Boleh lah bermalam kat area Mesilou ni. dekat je dengan dairy farm. Boleh drive pergi pekan kundasang. Sampai pekan tu jangan lupa cari KEPAK AYAM KUNDASANG yang best giler!. memang beratur lah menunggu si kepak tuh. Lokasi dia berhadapan dengan tandas awam. haha. sori la beb. aku ingat tandas je. hak lain not sure.

Esok nya boleh jalan-jalan area RANAU. kat ranau ada poring dan Luanti fish spa. Boleh la singgah situ. Kalau nak round pekan Ranau, boleh singgah cari TUHAU. arghhhh. sedap hoi. Ikan kering situ pun sedap. kalau tak silap aku,  tak ada ikan kering jenis tu kat KK. Tapi tak tau laa kot2 ada. aku tercari2 jugak dekat area pasar filipin tu. nan hado!


Ni lah ikan kering yang aku cakap tu. hehe

Inilah TUHAU. Benda wajib aku beli buat stok kat KL. Bukan stok untuk dijual. Tapi stok untuk perut sendiri. hee

Luanti Fish Spa. Kesian ikan2 tu kena pijak dafna. Hahhahah

Ok. Tajuk pasal homestay je kan. Tapi isi kandungan kelaut. hehe. 

Nak tahu lebih lanjut tentang ANJUNG REHAT JAMSARI? KLIK SINI 

TQ for reading!! k bai~