KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 11, 2018

Pasar Malam Filipin & Pasar Malam Ikan Todak

Assalamualaikum... 

Ini acara wajib kami sekeluarga tiap kali balik Sabah. yippiey yippiey!!! 

Selalunya kami akan check in di area Warisan Square sahaja. Sebab senang nak jalan kaki malam2 pergi pasar tu. Siang pun senang jugak kalau nak memborong amplang, kuih cincin. Jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai. 

PASAR MALAM FILIPIN 

Hah. Ini memang tempat fevret kami untuk makan-makan. hehe. Walaupun dulu pernah viral pasal tempat ni, siap orang komen macam-macam. Tapi bagi aku, tempat ni OK je. Biasalah lahh tu. Tempat jual-jual barang basah kan. sah-sah la gitu gaya dia. ah lantak kome la nak cakap apa pun. Tak kuasa nak join membawang sekali.

Macam-macam makanan laut ada. Memang tergugat iman nengoknya. Yang bajet nak berdiet tu, baik lupakanlah hasrat tu. Bukan selalu datang Sabah kan. hah. bedal selagi mampu. hikhik


Aku lupa pulak nak save dalam kepala kedai yang selalu kami makan ni. Sedap laaa bagi aku dia punya masakan tu. Malam tu kami try butter prawn, ketam masak telur masin kot lepastu ikan apa ntah masak 3 rasa.... perghhhh meleleh wehhh dia punya butter prawn. rasa nak jilat je pinggan tu. setitik pun aku tak maw tinggal dia punya kuah. wo hohoho. over sangat taw.


fresh fresh la hai.... 

Lepas pilih ketam, kita pilih ikan pulak. 

Bila tengok bendalah ni, terus teringat MR BEAN. hahaha. kemain banyak dia makan masa dinner. lepastu cirit. kahkah.. lawak3

Ok. Pilih udang untuk masak butter pulak.


Tadaaaaa... Ni lah dia ikan masak 3 rasa

Butter prawn. fuh. menyesal aku tengok gambar ni. kang dah leleh liur dah ni. nampak macam biasa je kan. Tapi rasa dia perghhh. Jangan pandang ku sebelah mata. 

Ketam telur masin. punnnnn sedap!!!

Menu paling wajib aku cari bila makan kat pasar ni. KERABU RUMPAI LAUT. Aku tak pasti apa nama sebenar makanan ni. aku bedal je panggil kerabu rumpai laut. SERIUS! korang yang jenis kaki makan, wajib cuba. susah aku nak gambarkan kesedapan dia tu macam mana. Tapi diaorang selalu cakap aku ni makan apa pun sedap. hurm. terguris hati taw *mata keatas*.


Sebelum digaul

Selepas gaul-gaul sebati. pastu ngap. huhuhu. 40 hari 40 malam menangis terkenangkan bendalah ni. makkk!!! mana nak cari kat KL ni!!


PASAR MALAM IKAN TODAK 

Pasar ni sebaris je dengan pasar filipin. Cuma perlu kedepan sikit. Tapi kalau nak jalan kaki dari Warisan Square, agak basah ketiak jugak la. hahaha. Tapi tak pe. lepas makan burn la balik kalori tu. bagus bukan! 


Terjumpa kepak ayam. hehe. Rindunya kepak ayam kundasang.. ini tak boleh lawan laaa

First time kami makan kat sini. Pening tak taw nak pilih yang mana. Yang pasti kami nak hunter Lobster termurah dikalangan yang termurah yang ada disini. Orang kata lobster ni sedap. Tapi bagi aku macam makan udang biasa juga. sedap? urmm mungkinlahh... sebab harga dia mahal kot. so terpaksalah aku cakap sedap. oklah. sedap sedap. hahaha. *sewel*


Nana pun takut nengoknya haih. ikan dah nak sama besar dengan nana. haha

Tenung satu-satu

tudiaaa koleksi ikan. Ready to cook gitu. 

Berpinar bijik mata tengok ketam fresh banyak macam ni. Jarang berlaku kat mata aku benda-benda macam ni. haha

Ok. dah jumpa dah lobster murah. Aku yang sejenis kuno ni pelik juga laa.. RM90 sekor ko kata murah? Nasib baik ada adik yang tergila-gila nak makan. boleh laa tumpang sekaki. hahaha.


Tuan kedai tengah explain pasal lobster. masing-masing berkerut fokus mendengar


OK. nilah pilihan weols lepas sesi pilih memilih. RM90 sekor ko. *telan air liur*


Pilihan menu kami di pasar todak (^^)


Sedihnyaaa aku. Tak sesedap kat pasar sebelah. kuang-kuang-kuang


hurmmm.. Lobster yang RM90 tadi. Selamat dah kau menjadik butter prawn jugak

Ikan masak halia ke apa ntah ni. Not sure

Ok. this is the best!!!!
 Gile ko tak best. berebut kitaorang makan. ni ikan masak 3 rasa. serius unik gila dia masak macam ni. arghhh susah nk describe dia masak macam mana.
 Almaklumlah aku ni bukan nya reti memasak.
 Ahkak bagi 100 bintang berkelipan!!!!

kalau korang tanya aku, mana yang best antara kedua pasar malam ni? ermmm....

Pasar malam filipin besar dan ada jual macam-macam. Pasar Ikan Todak ni pulak kecik je. Pilihan pun terhad. Tapi dari segi masakan, dua-dua ada keunikannya yang tersendiri. Tapi! bab kerabu rumpai tu aku tak puas hati betul. dekat pasar filipin lagi banyak dan sodap. kihkihkih. tu je


ABC gunung kinabalu di pantai Tanjung Aru


ADA YANG NAK KIRIM LOBSTER TAKKKK??

 *matakeatas* 

TQ for reading. k bai~   



No comments: