KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, June 1, 2011

Apam Kawiyan

Musim Apam gamaknya sejak akhir2 ni... Bagi aku, apam ni senang nak buat bandingkan dengan kek dan juga biskut., sedap pun sedap, lembut, gebu, sampai nak potong pun susah..Muahahahah!!!

Apam yang aku buat kali ni aku namakan Apam Kawiyan. hehe,, Kawiyan ni adalah nama tempat,yang terletak di Sabah, dalam kawasan Ranau. Kenapa mesti Kawiyan??? banyak lagi tempat2 yang lain kan?.. sebab Kawiyan ni adalah kampung Sawo aku,, dan InsyaAllah bakal menjadi Kampung aku suatu hari nanti.. (perasan doe!!)

Ok, dah2..jangan layan aku yang sememangnya perasan nie.. =D, Kalau sebelum ni aku buat apam dalam cup dan ada dot dot, kali ni aku masukkan dalam loyang, but ada tiga layer. Merah+coklat+kuning. -> perisa + pewarna suka hati

Ni diaa....Tada!!! Apam Kawiyan!!~
Bahan-bahan:
1) 5 bjiji telur
2) 270gm gula kastor
3) 300gm tepung gandum
4) 250ml susu segar
5) 1 sudu teh ovallete
6) 1 sudu teh esen vanilla
7) 1 sudu teh serbuk penaik
8) pewarna dan perisa yang anda suka =)
9) sedikit garam

credit to: sukesukemasak!

Cara-caranya:
1) pukul telur + ovallete sampai kembang
2) Masukkan gula -> pukul lagi
3) Masukkan esen vanilla -> pukul lagi
4) ayakkan tepung gandum + serbuk penaik + garam
5) ambik adunan tadi, masukkan gandum yang di ayak, diselang selikan dengan susu segar, gaul sehingga rata -> gaul sebati dengan senduk saja
6) bahagikan adunan kepada 3 bahagian -> masukkan pewarna + perisa
7) Aku buat tiga warna - Kuning, merah + perisa strawberi , serbuk koko + nescafe
8) setiap satu warna, kukus selama 10 minit, bila dah agak dah masak, masuk adunan yang seterusnya sampaila adunan ketiga..9) Ok! siap!! boleh dingap begitu saja~~~
~SELAMAT MENCUBA!~



No comments: