KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 31, 2014

Packaging Baru Kaylena Beaute' 5 in 1 set by Leuniey Natasha

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Semalam sebelum tidur, godek2 instag Leuniey. Biasala, sebelum tido haruslah cuci2 mata tengok perempuan2 cantik. lepas stalk instag leuniey, stalk instag Rnadia pulaks. Aku peminat setia dua wanita cantik itu. hikhikhik. 

Tengah2 godek instag leuniey, akuu tertengok dia post pasal kaylena beaute 5 in 1 set punya gambar. Teruja aku nengoknyaa!!!! cantik sangat! siap dalam kotak lagi uolsss!!! Kalau nak buat hantaran kawin/tunang pun boleh. Just letak jea atas dulang. confirm Havoc punyalah! :) 

Aku pulak yang tak nyabor nak order pakai untuk diri sendiri. Tapi bila tengok stok aku yang baru sebulan lebih pakai tak habis2 lagi, so. niat tu terpadam gitu jea. Lama jugak yea produk ni boleh tahan. dah sebulan lebih aku pakai banyak lagi balancenya. *suka2, jimat sangat* 

Ni packaging yang lama, zaman kayla beaute' sebelum dibrandkan dengan nama kaylena beaute'. Time ni ada 4in1 set jea. yang dalam beg plastik kiut tu. product yang kat luar tu aku add on. eye zone booster. tak termasuk dalam set.



Yeah! ini packaging baru!! new name! new packaging! Kaylena beaute' 5in1 set :) cantik kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!! omel sangat!



Kalau kakak2 cantik nak tahu lebih lanjut pasal produk ni, aku ada buat entri khas, sila KLIK SINI yea. 

Lagi satu, semalam leuniey ada post dalam instag dia yang produk akan dipost kepada stokis/agent/reseller selewat2nya 6/7 Februari. So that means, minggu kedua dalam bulan Februari korang dah boleh try pakai produk kaylena yang super duper best ni! 

Aku dahulukan orang yang dah buat order dan PAYMENT. hehe. sori yea kakak2 cantik. Aku dropship agent jea, so sape yang dah buat payment, dia yang dapat barang dulu. So, cepat2 confirm order dan buat payment yeaa kakak2 cantik! Kang nanti sold out pulak. Bila dah sold out, lama pulak nunggu untuk 2nd batch, sedih pulak korang nanti :) 


Order boleh dibuat melalu talian: 
0193190117

emel: 
amalina_se@yahoo.com.my 

TQ for reading! K bai~    



Thursday, January 30, 2014

Persiapan Sambut Baby (Part 5) - Sesi Dobi Mendobi pakaian baby :)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Mood mendobi sudah mali. lai.lai.lai. 

Cuti panjang punya pasal, tak tahu nak buat apa punya pasal, soo. cuti 6 hari ni aku manfaatkan dengan membuat persiapan untuk dobi baju baby, lepastu siap2kan barang2 yang nak disumbat dalam beg hospital. Esok lusa kandungan dah masuk 36 weeks. So, aku rasa, dah boleh la kot ready2 beg hospital. kan. kan??? 

Kalau diikutkan petua2 yang aku dengar, baju baby ni kena basuh dengan air suam. lepastu kena basuh dengan detergent khas untuk baby, tak boleh rendam dengan softener yang kita selalu pakai tu (e.g: softlan, downy. bla.bla.bla), lepastu pulak, nak jemur baju baby kalau boleh jemur dalam rumah, takut kang habuk hinggap kat baju baby. Lepastu, lepas jemur, kena pastikan kering betul2. lepas dah kering, iron baju baby sebab nak pastikan betul2 kering takut kang nanti ada bakteria kea kulat ke. erk? iron??... haih! banyak gak petuanya yea~


Stok pakaian baby yang tak berapa nak banyak. 


Actually, hari ni aku kononnya nak basuh la jugak baju baby dengan air suam. Pakai air tapis uollsss. kalau boleh, nak rendam baju baby pakai air tapis 100%. haha. Tapi tak de maknanya. aku rendam pakai air paip jea. Memula aku dah masak air siap2, masak pakai heater, tetiba pulak suami aku request nak milo + oat.... So, air yang aku masak tadi tu aku terus laa buat milo untuk dia. Isteri yang baik memang terus otomatik buat kan bila suami dah mintak. hikhik. Tup2, aku lupa dah pasal nak rendam baju baby dengan air suam. pakai air paip jeaa lahh gamaknya. :) 

Untuk basuh baju baby ni, aku guna detergent brand pureen. Wangi sangatt baunya!. Aku Beli tahun lepas lagi. masa expo dekat midvalley. Aku tengok mak2 ramai gak guna yang ni, kawan aku pun cakap dia guna yang ni jea. so aku pun belilah yang sama. senang cerita. tak payah pikir2 nak pakai detergent apa.



Hari tu aku tengok ada jugak detergent pureen yang jenis serbuk tuuu, tapi aku pilih yang jenis cecair jea sebab aku rasa senang bagi aku nak campur dengan air. Aku kalau sabun jenis serbuk2 ni memang fail. Pernah sekali tu basuh baju pakai sabun debu/serbuk.. bertompok2 baju aku dengan sabun. sebabnya sabun tu tak betul2 hancusss :)

Baju newborn aku beli 3,4 pasang jea kott. yang lain tu suma 3 months and above
sadis tengok mitten ngn booties. tak sampai pun 5 pasang. hakhak. 
Sambil ready nak basuh, sambil peluk cium, eeeeee.. sumpah geram dengan baju2 kecik niiii...!!!!


Aku rendam baju baby sekejap jea. tak de la sampai dua tiga jam. Lepas rendam tu terus bilas dua tiga kali.  

Nak dijadikan cerita syahdu hari ni.. 

Aku letak la baldi yang aku rendam baju baby atas kolah. Ada satu bilik air kat rumah aku ni ada kolah kecik, tepi kolah tu tempat membuang *ihiks* yang jenis cangkung *ahaks*. Aku sental dan basuh baju baby sambil berdiri jea. sebab aku malas nak duduk atas kerusi. Kang duduk kang payah pulak aku nak bangun. Lepas sental bagai, aku bilas la dengan air biasa.., lepastu buang air yang kotor tuu, aku buang jea air sabun tu masuk lubang tempat membuang tut, kononnya sambil menyelam minum air laaa niii. kerja 2 in 1.  sambil basuh baju, sambil bersihkan lubang tandas. haha. 

Bilas kali kedua.. terdetik lam hati aku. *Haish! kang jatuh jugak baju baby dalam lubang tandas ni

Bilas kali ketiga.... Gedebuk! memang betul2 jatuh koooo. sebelah mitten baby jatuh dalam lubang tandas. waaaaa. sadis aku sadis. Dah la mitten ngan booties baby aku beli tak banyak sangat pun. berapa pasang jea aku beli. dah la yang jatuh tu mitten yang aku suka. warna putih bersih. Sobss..sobss.. *lap air mata*. Tak pe lah. tak de rezeki gamaknya. Haaa. tu laaa. lain kali beringat. sarung tangan baby kecik sangat laa. ibu tak perasan tadi.*monolog dalaman* sobss.sobbss.. adoi.. memang gelabah ah aku ni. (T_T) 

Apapun, aku rasa lega sikit! dah setel bab mendobi!! yeeehaaaa!!! so lepasni dah boleh start packing kelengkapan ke hospital pulak!! *lupakan kesedihan yang melanda* 

Lepas baju semua kering, aku terus lipat cantik2, susun betul2 pastu masukkan dalam beg travel (box petak hijau cam gambo kat atas tu). malas nak iron2 *opss, ibu yang pemalas. hukhuk*. Masuk dalam beg travel tu sebab aku nak berpantang kat Kelantan, senang nak angkut. InsyaAllah...  

Oh ya! Selamat bercuti yea kawan2. Gong Xi Fa Cai juga pada yang menyambutnya. Makan besar laa korang malam ni yea. hikhik  

TQ for reading! k bai~     




Wednesday, January 29, 2014

Tuesday, January 28, 2014

35 Weeks - Diari Kehamilan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Check up kali ni aku excited giler. guess what?? berat aku maintainnn ok! maintain. bukan takat maintain! tapi turun 0.2kg. hihihii. Kira sejarah sepanjang pregnant la ni.. kalau sebelum ni tiap kali check up, confirm berat naik 2 kilo. pernah tu, dekat 4kilo naik. pffffftttttt... Tapi semalam, doktor pun pelik. Siap tanya aku lagi. Awak buat macam mana ni berat turun sikit??. hikhik. Ekceli, tak de buat macam mana pun. Ntah. doa aku termakbul kot. haha. siap berdoa wehh. supaya turun berat. adeii~ 

Baby: 

Berat: 2.3 kg (last check up 1.9kg) 
Ukuran kaki/tangan/kepala: Normal 
Degupan Jantung: Normal
Air ketuban: Normal
Fetal Movement: Good. Masa tengah scan, baby tengah eksaited hisap jari. sampai muncung2 mulut dia. comel sangat! :)


Ibu: 

Berat: 66.5 kg (turun o.2kg dari hari tu, kira ok la kan. hikhik) 
Tekanan darah: Normal 
HB: Normal 
Urine: Nil/Blue 
Placenta: Kedudukan uri atas, kepala baby dibawah. 


Alhamdulillah. Kalau diikutkan, sekarang ni kandungan dah 8 bulan. Tinggal lagi sebulan nak jumpa anak ibu. :) 

Sekarang ni aku dah mula rasa tak selesa bila bangun pagi2. Segala benda aku rasa bengkak. Kaki, tangan, jari kaki, jari tangan. Aku rasa dah macam belon. Lepas tu bila lama2 sikit baru OK balik. Sekarang ni pun aku macam dah kembali ke tabiat lama masa awal2 trimester hari tu. Suka tidur. hehe. Lepas babai suami kat depan rumah pergi kerja, aku terus masuk bilik tarik selimut tidur sampai pukul 9.30 pagi. Dia macam otomatik taw. jam 9.30 jea confirm aku sedar. haha. Lepas tu, bangun jea tidur memang akan rasa balik ahh. segala benda rasa macam bengkak. uhuks!! 

Kalau sebelum ni, aku suka tidur terlentang macam tu jeaa. Tapi sekarang dah tak boleh dahh. memang rasa berat sangat. nak bangun pun dah jadi susah triple kali ganda. So, aku kena tidur mengiring. Alhamdulillah, sekarang ni dah biasakan diri tidur mengiring. hikhik. 

Bab lenguh pulak, dah mula rasa lenguh2 dah. Lenguh kalau over jalan. Yea la, baby dalam perut dah 2 kilo lebih, nak bawak baby lagi, nak bawak lemak2 lagi. sebab tu la jadi lenguh kot. haha. dia lenguh tang kaki. tang betis tak de rasa lagi takat ni. 

Erm. apa lagi yea? hehe. ntah. Aku kadang2 tak perasan sangat pun perubahan yang berlaku pada aku. cuma certain2 part jea yang aku perasan. Tapi takat ni, i'm really enjoy my pregnancy moments. ecece. omputih la pulaks. entah betul ke idokkk grammarnya. haha 

Semalam doktor bagitahu yang 9hb Februari baby dah matang. So, kiranya nanti lepas 9hb tu aku tunggu masa jeaala. bila2 masa jea boleh bersalin. Tapi biasalah, kita tak boleh nak agak kan. Ada baby yang kuar 2minggu awal, ada yang 3 minggu awal, ada yang overdue. kan?kan?. Gulp. Debor weh debor. Apapun, aku harap segala urusan nanti dpermudahkan olehNYA, uolls, doakan aku yeaa. sobs.sobss. tacing tak tentu pasal la pulakk... lepas ni aku dah kena check up seminggu sekali. hehe. keraplah berdating dengan doktor pasni. adei~ 

Lama tak berpoyo tempek gambar sendiri dalam belog nih. nah sebijik :)

Tumbesaran ibu yang agak menakutkan. dah macam Giant dah. haha. Muka pun dah sama besar dengan kartun tepi tu haaa. (^_*) 
Amabelle swing dress yang best dari ModishModeHouse
Wide shawl yang selesa dari SgHouse 
Skirt murah2 beli di Pengkalan Kubor Kelantan 
Sandal yang hari2 aku pakai selagi tak jahanam dari modernmum. serius selesa. 


TQ for reading! K bai~   
  



Persiapan Sambut Baby (Part 4) - Barut baby

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Asalnya, aku dah beli siap2 dah barut ni. Tahun lepas lagi beli. tapi yang dasyatnya, aku beli 3 helai jea. Aku bajet, cukup la 3 helai tuu kononyna. sehari pakai selai jea. so, tiga helai boleh la buat pakai 3 hari. hahaha. Vangang pulak bila difikir balik. Ada kea sehari selai jea pakai barut. :P 

Hari tu aku ada nampak dalam blog Cik Mah. pasal barut2 nih. Teruja tengok barut baby yang dia buat untuk baby dia. handmade ok. handmade. bangga baby cikmah nanti bila pakai barut mak sendiri buat. hikhik. Comel2 jea barut yang cikmah buat. polkadot gittew. So, bila aku nampak macam banyak jea barut yang dia buat. aku pun macam terconfuse sendiri. Bila aku tanya kawan2 kat tempat kerja yang dah berpengalaman dalam handle baby ni, diaorg cakaplah yang diaorang ada 20 barut untuk baby. ada yang berbelas2. erk??? Aku? ada 3 lai jea! hakhak. 

Aku tanyala pendapat diaorang. barut baby kena ada banyak ehh? diaorang cakap, kena ada banyak la jugak sebabnya nanti kang takut baby kembong perut keee, berak keaa. nanti terkena barut tuu. kalau kembong nanti nak sapu ubat, sah2 la kena barut. nanti takkan seharian pakai hak sama jeaaa. ciann anak :( 

So, semalam. kononnya sesi mensurvey barut baby dalam google. Kalau boleh nak cari yang murah2 jea. Malas dah nak pergi cari kat kedai. kang benda lain pulak dibelinya. Hari tu masa beli barut brand pureen, sehelai RM5 ko. mahal kemain. barut cinonet kecik jea pun. macam tak patut jea harga tu. haha. Sekali bila survey harga barut lain, lagi mahal ada ah. Rm5 sehelai, RM8 sehelai, Rm9 pun hadoo. Tapi at least, yang mahal tu yang jenis warna warni bercorak bagai. tak de plain putih kosong jeaa. Seronok pulak aku tengok barut warna warni nih. Kang nanti anak aku pakai barut jealah, tak payah pakai baju. hakhak 

Survey punya survey, last2 aku jumpalah dalam google, Facebook yang jual barut yang paling murah. Paling murah yang aku jumpa lah kan. tak tahu pulak kot2 ada yang lagi murah dari ni. hikhik 

Facebook: Barut Bayi 

Ni antara barut yang dia jual. Kalau satu RM3.50 kalau 3 helai dapat RM10. Aku beli 15 helai jea, so dia bagi RM45. kira ok la kan?? Murah tak uolls?? hihihi. 

Dalam FB tu ada jugak jual bedung. Aku tengok satu bedung + 4 helai barut = RM30. macam murah jea. macam murah jea. hihihi.

Credit to FB Barut Bayi

Ni yang baby aku punya. hehe. Kain cotton, dan rasanya macam tak panas jea. ok kot!!


Ok. Sekarang aku dah ada 18 helai barut baby. Cukupla kan?? malas dah nak pikir. settle bab barut! uhukssss. 

TQ for reading! K bai~ 


Saturday, January 25, 2014

Nasi Goreng Kurma Belacan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hari ni aku kena masuk kerja. Sebab minggu depan dapat cuti panjang. Dari hari khamis, sampailaaaa hari selasa. Rabu 5hb tu baru mula kerja balik. So, uolls janganlah jeles yea. Sakan la iolss bercuti raya minggu depan. hihihi 

Mood masak aku hari ni kelaut sangat. mabe sebab kerja dihari sabtu kot. Biasanya hari sabtu ni hari berdating dengan sidia, tapi bila terpaksa meninggalkan si dia sekejap semata2 nak keluar mencari sesuap nasi untuk dimakan, mood untuk masak tetiba menghilang. kalau diikutkan, tak de kaitan pun sebenarnya. tapi, biasalah. aku kan pelik sikit. 

Sebelum pergi keja, aku masak nasi dengan goreng ikan + ayam jea untuk buat lunch suami aku. Bagi aku, cukup hebatlah tuu kalau aku goreng ayam yang semerbak bau wangi sampai satu rumah. bukan ayam goreng biasa2 taw. main perap2 lagi. Aku tak sempat pun lunch kat rumah, terpaksa la lunch kat tempat kerja. 

Masa lunch tadi tetiba rasa terkilan + sebak gila. Yea la, dalam pinggan yang aku tengah makan tu, ada sayur bayam goreng, ada ikan keli masak sambal, bunyi macam lazat sangat kan. Tapi bila mengenangkan lauk yang aku masak untuk suami aku tadi, aku rasa macam kejam gile pulak aku ni. TU JEA BAGI DIA MAKAN??? hadoiiii... syahdu la pulak. nasib baik tak menangis sebab sedih. hukhuk 

Nasib baik jugaklaaa laki aku jenis yang hentam jea. bagi apa jea dia makan. pernah sekali tu aku blur tak tahu nak masak apa supaya seminit pungpangpungpang kat dapur terus boleh makan, boleh pulak dia bagi idea makan dengan ikan pekasam jea, lepastu bilis mentah. Aku ni hah?? ikan pekasam tak payah goreng?? AAHHH katanya. lagi aku pelik. ikan bilis mentah tu memang biasa dahh. memang fevret dia. ikan bilis mentah + asam limau + cili (resepi boleh tengok SINI). memang rare ahh!. Sekali korang tahu.. satu pot nasi dia sorang yang habiskan. lauknya cuma ikan pekasam mentah + ikan bilis mentah. sobs.sobs. kalau orang yang tak tahu, mesti diaorang cakap aku ni pemalas tahap maksimum. hahahaha. *aku rajin tawww, sssangat*

Balik2 kerja tadi, lega hati aku bila tengok ayam goreng + ikan goreng yang aku tinggal untuk dia lunch tadi licin. hikhikhik. 

So, malam ni.. kononnya nak menebus kesilapan lalu *ececece* aku masaklah nasi goreng special terbaik lagi hebat dari hotel 5 bintang. Mana tak hebatnya, kalau dia cakap sedap sampai habis satu kuali dia makan, aku cuma sempat telan tiga sudu jeaaa.. memang sah2 ahhh sedap gile kannn. haha. 

Motif entri malam ni, aku nak share resepi jea dengan korang. RESEPI NASI GORENG KURMA BELACAN. tapi terpanjang pulak mukaddimahnya. Y(^_^)Y. ekceli, tak de lah resepi sangat.. semua benda aku main campak jea. tak de sukat2 berapa biji bawang, berapa titik minyak. So, aku just share secara umum jeaa. 

Bahan-bahan: 





Cara nak buat: 

1) Perap ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kurma, garam (perap lama2 lagi sodap) 
2) Tumis bawang putih + cili + belacan (yang dah ditumbuk) 
3) Masukkan ayam yang telah diperap. tumis sampai masak 
4) Masukkan sayur ikut suka hati 
5) Masukkan sos tiram + kicap sotong + black pepper secukup rasa (aku tak letak garam) 
6) Masukkan nasi 
7) Siap 

Nasi Goreng Kurma Belacan ciptaan sayeeeeeee 
*nampak macam tak sedap, tapi hakikatnya sedapppp* 
hahaa angkat bakul sendiri oittt!


Senang jea sebenarnya. saja ngada nak taip resepi. haha. Ni kira first time aku guna serbuk kurma tuu untuk buat nasi goreng. Serius sedap wehh.. biasa, barang wajib ada kalau aku buat nasi goreng kicap sotong dengan sos tiram tuu jea. yang lain2 tu sampingan. kalau tak de dua benda alah tu, mesti tak sedap nasi goreng ciptaan aku. hehe. 

OK. aku nak layan SARAWAK vs KELANTAN jap. mohon Kelantan menang malam ni. gomo kelate gomo. hehh. gomo kelate gomo! 

TQ for reading! Selamat mencuba!       



Friday, January 24, 2014

Kaylena Beaute' 5 in 1 set by Leuniey Natasha (KFLN Beautyline)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 


UPDATE: KAYLENA BEAUTE 


Entri ni khusus untuk wanita/perempuan/remaja/ibu2 dan sewaktu dengannya yang ada keinginan untuk memiliki kulit yang cantik menawan tertawan.. eh! lelaki/jejaka idaman seMalaya punnn boleeehhh~ Apa salahnyakan. hikhik 

Aku rasa entri ni entri ketiga dah kot pasal produk leuniey ni. bagi sesapa yang pernah baca entri sebelum ni, mesti korang dah muak kan. asyik hupdate pasal mende alah ni jea, ihiks. 

Ok. kali ni mesti korang hepi punya. sebab kali ni aku nak update pasal 5 in 1 set produk Kaylena Beaute' dari pencuci muka sampailah krim malam. satu2 aku cerita ek!..



Kaylena Beaute' 5 in 1 set ni dirumus khas dengan estrak ROSE HIP OIL, ROSE HIP OIL ni sebenarnya dah bantu berjuta2 orang mengatasi masalah kulit yang diaorang alami. Baru atau lama, parut, lekuk dan lain2 kecacatan pada kulit dapat disembuhkan dengan segera oleh minyak yang membaik pulih semula jadi ni. 

Produk Kaylena dirumuskan khas dengan pati buah-buahan dan estrak2 essential oil dari bahan alami yang dapat membantu membaiki sel2 kulit kita dari dalam. dengan kata lain, kaylena beaute' ni merupakan produk penjagaan wajah dari bahan2 organik. haa. gittew. 

Produk ini sesuai untuk: 

SEMUA JENIS KULIT 
SEMUA JENIS MASALAH KULIT 
SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR 
TANPA PENGGELUPASAN (setuju sangat, sikit pun tak menggelupas kulit aku.) 
BERKESAN DALAM 2-3 MINGGU, bergantung pada jenis kulit & hormom (InsyaALLAH). 


Produk ini juga dapat membantu masalah kulit dari segi: 

MASALAH TONA TIDAK SEKATA 
(Ini masalah utama aku, Alhamdulillah! kulit muka dah improve, babai tona tidak sekata. tak maw jumpa lagi. hikhik)

MENGATASI & MENYEMBUHKAN MASALAH JERAWAT 
(Aku memang jenis tak de jerawat sekarang. sebab dulu masa zaman kejatuhan, jerawat dah bertingket2 kat muka *masa umur 13-16 tahun*)

MEMUDARKAN PIGMENTASI 
(YES!! maks setuju sangat. as we know, pegmentasi ni bukan senang2 taw nak hilang! better korang naik jerawat dari timbul pigmentasi. Aku yang baru sebulan lebih pakai ni punn baru lebih kurang 40% laaa jeragat/ pigmentasi aku ni pudar. tak sabar nak tunggu improve 100%! winkwink)

MENGATASI MASALAH PENUAAN KULIT 
(better yang muda2 tu pakai la dari sekarang, lambat sikit tuanya. erk?)

MEMBANTU MENGHIDRATKAN SEMULA KULIT ANDA DARI DALAM 
(yang ni aku sokong 200%. ekceli kulit aku jenis yang kering kontang, suka sangat gelupas tak tentu pasal. Kenkadang nak pakai bedak pun malu, nampak sangat macam tanah yang 100 tahun tak kena siram. Alhamdulillah lah! lepas guna produk ni, bukan setakat bedak, krim muka pun aku dah boleh tenyeh kat muka aku ni. hilang terus kekeringan kulit muka ku. moist2 lagi. auww!)

MENGURANGKAN KESAN TANDA REKAHAN & PORI TERBUKA 
(YES! kulit muka aku sekarang ni agk normal dari dulu. dah tak payah pakai kamera 360 degree lagi kalau nak selfie. haha. poriku kian mengecut. Alhamdulillah!)

MEMBANTU MENCERAHKAN KULIT 
(Cerah? erkkk. ada la sikit2 kot!. yang aku perasan kulit aku makin cerah sebab ramai kawan2 yang tegur menegur. tu jea laa. tak de lah cerah macam leuniey tuuu. takat cerah2 biasa jeaa. kira macam tak sunburn ahh. kalau cerah cam leuniey tu maw pengsan tak bangun2 aku. hahaha) 

DAN ETC 


KAYLENA BEAUTE' 5 IN 1 SET 
(1 set boleh tahan 1-2 bulan : kalau pemalas macam aku, 3 bulan tahan kot. hakhak) mengandungi: 


2 IN 1 GEL CLEANSER 30ML



This cleanser is specially enriched with botanical ingredients, cleanses throughly yet does not leave skin feeling dry. It also prepares the skin for further treatment. 

Ingredients: 
Deionised water, enzyme extract, polydecen, jojoba oil, sodium ascorbate phosphate, white oil, vitamin E & A, glycerin, hyaluronic acid, phygoceryl, rosehip oil extract & goat milk extract.


ACTIVATING TONER 30ML



 A gentle alcohol free lotion with anti inflammation bisabolol extract, calms problem skin after cleansing, as well as tigtens open pores, completes the cleansing process, refreshing, purifying and invigorating your skin. So your face looks refined, whitening and feel refresh. 

Ingredients: 
Deionised water, witch hazel, aloe vera, potassium, licorice root, azeloglicina, phygoceryl, glycerin, sodium pca, hyaluronic acid, sodium ascorbate phospate, rose oil


TREATMENT MOISTURISER 15GM 

**aku paling suka pakai mende alah ni, serius best sangat2!!**



A unique combination ingredients of natural plant, extracts hydrate and nourishes the skin. its intense moisturising properties restore supplesuppleness and elasticity to delicate skin. 

Ingredients: 
Aqua, isopropyl myristate, betaglucan, sodium pca, green tea oil, lanolin, vitamin E&C, jojoba oil, rosehip oil, glycerin & propyl paraben


NIGHT CREAM 15GM



Effective effectively smoothens your skin while assisting the rejuvenation of skin during night time. The active ingredients help restore skin complexity and lighten dark spot/skin, replenish your skin, as well as reduce fine lines. Regular usage makes the skin look fairer, younger and more radiant. 

Ingredients: 
Aqua, cetearyl alcohol, propylene gycol, titanium diaoxide, glycerol, sodium ascorbyl phospate, grape seed oil, rosehip oil extract.


DAY CREAM 15GM (spf 30++)

*Kalau dulu aku tak boleh langsung pakai krim macam ni, sebab memang macam opera cina + mak jemah muka aku. dengan tompok2nya, dengan keringnya, macam2 lagilah. Sekarang! tidak lagi. i loike triplekali ganda pakai krim sekarang! krim ni sesuaiii sangat dengan aku. hikhik*



An emollient-rich cream that provides excellent protection for all skin types. It has broad spectrum blocking capabilities that include UVB, UVA, UVC and infrared rays, thus it has maximum protection from skin damage and premature aging. 

Ingredients: 
Deionised water, propylene glycol, titanium dioxide, glycerol, hydrolysed protein, glycerol mono stearate, diazolidinyl, isopropyl palmate, hydrolyzed elastin, grape seed oil, propyl paraben 


HOW to APPLY:





Actually, ada satu lagi set yang leuniey buat : Targeted Treatment. Next entri nanti aku bagi details ek. sebab sekarang ni tak dapat info yang lengkap lagi. 

OH ya! mesti korang tertanya2 kan mana nak beli mende alah ni. hikhikhik. motif sangat ayat aku ni. Korang boleh order KAYLENA BEAUTE' ni dengan aku yea. Buat masa sekarang ni ready stock tak de lagi. Leuniey cakap after Chinese New Year baru ready stock akan available.  

So, kalau korang nak buat preorder/order, PM jea kat nombor ni: 
0193190117 (whatsapp/SMS)

Kaylena Beaute' 5 in 1 set :

RM183 SM 
RM186 SS 
FREE POSTAGE

Kalau korang nak beli satu2, contoh nak beli night cream jea kea, day cream jea kea. BOLEH jugak. cumanya buat masa sekarang HQ tak bagi details lagi senarai harga untuk satu2 produk tu. nanti aku update balik erk! 

Ok. tu jelah kot. Selamat mencuba! Jom cantik bersama Kaylena Beaute'. Havoc sangat trademarknya. Agagagaga~

Tq for reading! k bai~      



Wednesday, January 22, 2014

Tasbih Cintaku by Blogger Cik Mah

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Yeay! hadiah dari Cik Mah dah sampai petang tadi. Terima kasih cik mah yang baik hati. moga2 murah rezeki cik mah lepas ni. 

Aku kenal cik mah ni baru jea. dalam petengahan tahun lepas. Cik Mah ni berseni orangnya. Suka sangat berDIY. Tahun lepas dia selalu share pasal DIY wedding dia. Kreatif sungguh cik mah. Kalau aku sah2 ar tak lepas kalau DIY sendiri. hikhik.

Sekarang ni aku duk teruja tengok cik mah DIY barut perut untuk baby dia yang bakal lahir tak lama lagi. Seronok kannn kalau dapat buat sendiri semua tuu. Excited pulak aku bila tengok barut2 yang dia buat tu. cantik2. siap berpolkadot lagi. mesti suka baby Cik Mah nanti. hikhik

Tasbih Cintaku by Cik Mah



Pasal tasbih cinta ni. Cik Mah ambik tempahan jugak taw. So kalau korang ada nak bagi cenderamata atau nak jadikan sebagai doorgift untuk majlis perkahwinan/aqiqah/cukur jambul dan sewaktu dengannya. boleh laa contact cik mah yea. Selain tasbih cinta, aku tengok cik mah ada DIY bunga tangan untuk pengantin, boleh laa kalau korang nak request bunga tangan yang lelawa suruh cik mah buat. hikhik. pepandai pulak aku ni. haaa. satu lagi. kalau nak tempah bunga penanggah punnn boleeeh! 

Anyway! TQ taw Cik Mah. kita suka dapat tasbih cantik cenggini. macam taw2 jea kita suka pink jugak. hikhik. Semoga Cik Mah selamat dan dipermudahkan bersalin nanti yeaaa. Dan selamat maju jaya berbisness. cayok cik mah! 

TQ for reading! K bai!~