KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, April 19, 2011

Carrot Chips Cake

++Giler Kentang++ -->xd motif

Carrot ni baik untuk kesihatan..lagi2 untuk orang yang rabun macam aku ni.. ader orang cakap, kalau selalu amalkan memakan carrot, lama2 mata jadi elok ..dah tak rabun lagi..betul ker? entahlah.. mabe yea la kot.. patutla mata arnab cantik jea..arnab kan suka makan carrot.. =)

Kali ni aku nak suruh korang try cuba test recipe ni plak.. sangat sedap...-> Carrot Chips Cake!
~Abaikan ketidak cantikan kek ni...rasanya sangat sedap..hehheehe~
Bahan-bahan:
1 ketul butter
300gm gula perang
300gm lobak merah diparut (parut halus2, parut dulu baru timbang!)
100gm Walnut kacang (dicincang)
100gm coklat chip
4 biji telur
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda
1 sudu kecil esen vanilla
½ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
300gm tepung superfine (tepung ni membuatkan kek ni terlebih2 gebu, so baik korang campur dengan tepung gandum biasa-pandai2 la yea =) )

Cara-caranya:
1) Pukul butter dan gula hingga kembang
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi
3) Masukkan lobak merah dan esen vanilla - pukul lagi
4) Masukkan tepung + baking powder + soda - pukul lagi
5) Campurkan walnut + coklat chips - kacau sampai sebati6) Bakar selama 1 jam (180 darjah celcius) atau sehingga masak
~Lopakkan di tengah2 semasa hendak bakar -petua orang tua2 =P ~

~Ok! Selamat Mencuba!!~



No comments: