KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, April 7, 2011

Aku..15 Tahun dahulu..

Comelnya laaa budak ni.. rasa macam nak cubit-cubit jea pipi tue..
rasa macam nak tarik-tarik jea rambut tu..
rasa macam nak picit-picit jea hidung tu...
tapi.. bila mengenangkan tu anak orang, maka tak jadilah aku nak lakukan hal yang sedemikian rupa.. lebih2 lagi fans dia ramai..silap2 hancur aku kena ketuk dek peminat2 dia hikhikhik.. =)

kecik-kecik dah menampakkan kecomelannya..besar-besar..meletup la ni.. hikhikhik..
Tetiba saat ni jugak aku rasa nak beranak.. hahahaha...giler ape,kawin tak lagi ada hati nak beranak.. bukan apa, nak cubit anak orang tak boleh, cubit anak sendiri la gamaknya.. anak aku nanti mungkin lagi comel dari budak ni kot..(perasan~) =P

sedia maklum... nama budak ni Mia Sara Nasuha.. nama cantik, tuan empunya badan pun cantik.. anak aku nanti pun nak letak nama Mia Sara Nasuha jugak la.. mana tahu, muka seiras ker..hahahahahah....... tak pun.. Mia Sara jea ker.. tak pun.. Mia Nasuha... haha..nak jugak nama lebih kurang! tak kira! xkira! -> hentak2 kaki~

Tapi kan..bila aku tilik betul-betul gambar-gambar Mia ni kan... baru aku terperasan sesuatu..
haaaaa...a'ahhhlaaaaa!!!! Macam muka aku 15 Tahun yang lalu...yea wei.. setengahbijik,,, dengan matanya, hidungnya, mulutnya... setengahbijik macam aku! =P biasalakan.. setiap manusia ada perubahan.. dulu lain, sekarang lain..hikhikhik... tapi akanku simpan kenangan 15 tahun dahulu..dan gambar-gambar inilah yang akan di abadikan sebagai kenangan itu..agar,, cucu-cucu, cicit-cicit, ciak-ciak aku kelak dapat menatap wajah nenek moyangnya ini..

dulu kan mana la ada kamera..kamera pun tak kenal..so, tak pat la aku nak tunjuk gambar-gambar aku masa 15 Tahun dulu haaa... sekarang ni dunia da canggih.. moden suda ni skg.. untuk tatapan semua.. inilah rupa aku 15 Tahun dahulu...setengahbijik!!! layanzzz~
Gurl yang tepi Mia ni kan..sebijik macam mama aku masa dia muda2 dulu... ye la kan..mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...sama jea kan muka diaorang ni.. macam aku ngn mama aku.. (hahahahahahahaahah....)

p/s: buat cucu2 ku sekalian.. ni la gambar nenek/moyang korang masa dulu-dulu... gambar mak kepada nenek/moyang pun korang boleh jugak tengok sebagai kenangan.. walaupun gambar-gambar diatas bukan gambar nenek yang sebenar, tapi inilah rupa nenek zaman dulu-dulu... simpan sebagai kenangan... wassalam.. (^__^)

**All pictures credit to Oh! Media**


No comments: