KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, April 2, 2013

♥Honeymoon Trip Day 1♥: Welcome to Krabi, Thailand

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

~AWAS! ENTRI INI PANJANG BERJELA~

Seperti yang dijanjikan. Entri kali ni akan direview berkaitan dengan holiday kami minggu lepas. Holiday a.k.a our first honeymoon laaa lebih kurang. Mabe aku akan buat 3 part sahaja memandangkan kami hanya berada 3 hari disana. Kalau 10 hari, 10 part la aku buat kot. Haha. Dan part yang ke-4 aku akan review total bajet kami ke sana. Hikhikhik. So, stay tune with love ok!♥♥ 

Hari rabu lepas (27 Mac ) kami bertolak ke Thailand dari Kuala Perlis. Kami kesana hanya menaiki sebuah van yang panjang dan selesa. Hihihi. Kipasss sangat ayat aku nih. Perjalanan ke Krabi dari Kuala Perlis tak de lah lama sangat pun. Lebih kurang 5 jam kot. Ada 5 pasang suami isteri termasuk aku dan seorang kumbang yang join trip ni. Hihihi. 

We are here!!! Wang kelian ( sempadan thai) 


Sempat lagi beli pulut ayam. Besttttt sangat ayam dia. Nyesal beli dua ketul jea! Huh. 

Sepanjang perjalanan aku tidur jea. Awal2 tu gagah lagi mata. Lelama. Tak larat dah nak bukak mata. Last2 terlelap. Pemandangan sepanjang perjalanan tak berapa nak menarik. Sebab tu aku lena kot. Hihihi. Sampai jea krabi, benda pertama yang kami nak buat, NAIK GAJAH. Haha. Excited sungguh nak naik gajah!. Bangun2 tidur terus excited! Haha 

Elephant Safari :)


Memula tempat gajah yang kami singgah ni, gajah tinggal sekor jea lagi. So semua orang tak bolehla nak merasa naik gajah. Memula nak booking untuk hari Jumaat, hari last kami di krabi,. Tapi tak jadi sebab nak cuba kea tempat yang lagi satu. Mana taw ada rezeki naik gajah on that time!. 

Rezeki hari tu. Kami customer yang last. Semua orang boleh naik gajah!!.Hoyeeeehhhh. Tempat kedua ni harga agak rendah berbanding yang first tu. Tadi 800baht. kat sini  500baht jea. bolehh lahhh kannn. gajah punya pasal. 






Lepas tunggang gajah, boleh bagi gajah makan. Nenas lagi uolss! aku pun suka makan nenas, tapi kena cicah dengan kicap + belacan baru meletops!. lepastu tengok gajah berendam.. 


Next, kami ke Aonang, untuk booking travel ke pulau esok.



Pening2 pilih, last2 kami pilih untuk naik Speedboat ke 7 Pulau. wow! sangat2 menarik. Banyak sangat pakej2 yang menarik, pulau pun banyak jugak. kalau nak jejak semua, maw seminggu kat sini kot. haha. Ni antara pakej yang ada. 


so, kami pilih yang ini :) 1200baht seorang :) *Phi-phi Islands, Lohsamah Bay, Pileh Bay, Monkey Bay, Maya Bay, Viking Cave, Phi-phi Don Island (Transit untuk LUNCH), Hin Klang dan Bamboo Island* Menarik kan? kan?

Next, misi cari tempat untuk menginap. Kami pilih tempat menginap yang berdekatan dengan Aonang. So, disinilah tempat kami lepak semata2 untuk melelapkan mata. Diamond Cave :) 800baht untuk satu malam. ok la kan... tempat untuk tido jea pun. ahaks!



Dinner malam tu kami makan dekat kedai yang berdekatan dengan Hotel kami. dekat jea. jalan kaki boleh sampai. Tomyam kat situ best! maklumlah, tomyam thailand mari. memang power lah kan. 


Malam tu aku makan Phad Thai  40 baht (macam kue tiow lebih kurang) 

air pulak aku order Coconut Shake. haha. lawak sungguh cerita coconut shake nih!.. guess what??? Aku ingat betul2 punya air kelapa. sekali bila aku rasa. mak ai!!!!! santan yang diblend dengan susu. nah! hambek kau.. coconut shake malam2 buta. coconut lah ssangat!. haha 

Lepas makan, kitaorang jalan2 cuci mata kat Aonang. banyak deretan kedai kat situ. macam2 ada. tak sangka pulak terrrjumpa kawan satu UPSI. kat KL tak de pulak terrjumpa.. kat Krabi jugak nak berjumpa. hehe. 


Kalau nak shopping kat kawasan nih, memang kena survey betul2. aku dan abang dah terkena. haha. memula beli Tshirt  I LOVE KRABI dengan harga 300baht, kali kedua beli 130baht, haha. kaw2 kena makan. sama jugak dengan Harem pant. aku beli pun harga 300baht, jumpa kat kedai lain 150baht jea. haha. nasib3. tapi beg kalis air yang abang beli kami bernasib baik sikit. first2 jumpa untuk 15Liter dia jual 700baht, survey punya survey, dapatlah 15Liter dengan harga 400baht. hehe. Alhamdulillah.

ok dah.. penat dah menaip. panjang giler kot entri nih. aku nak bersiap pergi sekolah daa.. wargghh!! Tuesday blues! hahaha.. 

*Next entri: Pasal pulau2 pulak yea. * 


Jom join my first giveaway. KLIK SINI yea. 

Tq for reading! K bai! :)



25 comments:

Nurzakiah Hanum said...

hapy for u

Annyss Aleeya said...

waaa. macam seronok je naik gajah tuh. teringin nk cuba. haha.

nea lopah said...

seronok tengok nina p krabi. tetiba masuk dalam wishlist pulak. hehehe

LiLy @ MaMaQiStInA said...

wah seronoknye dapat naik gajah...
Lain plak erk coconut shake kat sana..hiks..:)

ANIM said...

Nina tak ke ley cave di krabi ke? Kak rasa pengalaman paling mendebarkan berbanding naik gajah, hee...

P/s tq sudi singgah dan follow

nia_cheroniah said...

Mcm best je trip nina ni..teringin plak nak pegi. yg first entry tu siap warning lagi entry ni panjang. haha

Khai♥Rin : anies said...

santan blend dgn susu? apa rs nyer tu???

waaaa ni yg rs nk terjah ke sn jg skrg ni!!!

Mas Zull said...

assalamualaikum nina...seronoknya teringin juga nak ke sana...;)

Chic Na said...

best tak naik gajah? hihi..

blog usang said...

melihat gambar2 di entri ni...membuatkan saya jadi teruja nak pergi juga..:)

nik ros said...

wahhh.bestnyer naik gajah
sis pi 3 pulau pun rasa byk dah.ni sampai 7 pulau.mesti seronok ni

Zuraidah Butang said...

same la tempat kite honeymun...krabi ...romantik betul tepi pantai die kan.. cume i pg hr tu asik ujan jek..:P

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... mcm ngeri jer naik gajah ... nak ingat nama krabi ... mana lah tahu Allah izin lak ... heheheee

Masya said...

wahh terujanya naik gajah...

mama tisya said...

pegi rmi2 sronok...wah 7 pulau mmg best tul la

sherotpetot said...

nampak macam sedap je air santan susu tuuuuuuuu. slurppp ;P

Masmira Masri said...

waaa syoknya pi krabi..mya xdpt nk honeymoon jauh2 dah membawa budak huk3 lepas bersalin nnt bru plan pegi jauh sket tp ada si kecil lah heheeh

Ogy Nordin said...

Wah! Part naik gajah berdua tu mcm pelakon Ong Bak dan Puteri raja hehehehehehehehe..nice :)

Cik Sal a.k.a Titiana said...

wah.. seronoknya g berjalan.. syok ja tengok

Nurul Aini said...

Excited saya baca..hehe...seronoknya..naik gajah..yang tak tahan coconut shake tu..susu plus santan..hoho..rasa apa lah ye..mesti tak sedap..dapat bayangkan..hehe.

isabellaidura said...

Tip yg berguna. Tq. Bagus sgt.

mama waty said...

Brapa tmbg van dr perlis ke krabi...kena catar or bleh naik ramai2

mama waty said...

Brapa tmbg van dr perlis ke krabi...perlu catar or naik dgn org laib

Anonymous said...

Salam. Can get contact for van Krabi?

Anonymous said...

NAIK VAN TU.. KENA TEMPAH X? BOLEH BG CONTACT X? EMAIL SAYA AMER.ZAKARIA@SAPURAKENCANA.COM PLEASE