KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, April 6, 2013

♥ Honeymoon Trip Day 3 ♥:Awesome Hat Yai Trip

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Last aku jejak kaki kat Hat Yai, masa aku Tingkatan 1 kot! sekitar tahun 2001 kalau tak silap. Aihh! lama aihhh. masa tu time bebudak hingusan lagi. kali ni pergi as a wife. ececece. nak jugak highlight wife tu. motiff sangat. haha 

Semangat abang pakai baju I Love Krabi, dengan harapan dapat jejak kaki lagi kat sini suatu hari nanti.

Krabi bestt taw korang. Walaupun nak cari tempat makan yang HALAL tu agak susah, Krabi mempunyai laut dan pulau2 yang ssaangat cantik! Subhanallah!. Penduduk kat sini pun agak peramahlah.. tapi yang langsung tak tahu english or bahasa, sah2lah macam ayam dengan itik bercakap kan. haha. Ingat lagi time aku call receptionist hotel untuk tanya password WIFI

aku: Hallo, can i get the password for WIFI please (ceceh. hancur speaking aku.. kerlass!! Oh my English!) 
dia: A'aa.. kaw tuuuu 
aku: Hah?? kaw tu??? how to spell?? 
dia: haaaa.. kaw tuu.. 
aku: how to spell r?? C.O.W 2? or C.O.W TWO? K.A.W tu? 
dia: haaa..kaw tuu.. 
aku:(dalam hati.. hah! sah..sah.. dia ni tak paham apa aku cakap). ok. TQ 

Bila aku try taip password tu.. sah2 salahhhkannn. hahaha. rupa2nya, cow 2 tu adalah 999999999 ( 9x 9) hadoiiiii.. kemain panjang passwordnya. dalam bahasa dia, kemain pendeknya.. kau tu, kau tu, kau tu.. 10x ulang pun aku tak paham.haha. 

Sebelum meninggalkan Diamond Cave hari tu, sempat jugaklah kami bergambar kenangan. Hotel ni selesa taw. tapi tak de lah tip top macam hotel 4,5 bintang. Harga pun ok (800THB lebih kurang MYR80), berdekatan dengan Aonang. Tapi kalau korang nak hotel yang kerrlas2 tu, memang tak ah. haha. 


Inilah van yang kami naik. dari Kuala Perlis - Wang Kelian - Krabi - Hat Yai - Padang Besar - Kuala Perlis. Terima kasih pak cik Van (walaupun dia tak baca blog aku..pfffft) bawak kami kehulu kehilir, Terima kasih jugak pak cik kepada wan (pak sedara kawan abang), sebab jadi juru bahasa kami yang awesome! hahaa. senang taw kalau ado orang yang boleh translit apa yang kita nak cakap. btw, pak cik dia memang orang Thailand, no wonder lah dia boleh cakap bahasa Thai kan.

OTW ke Hat Yai, kami singgah lunch kat sini.  Pekena nasik terusss. untuk menambahkan lagi kalori dalam badan, aku order lagi ROTI CANAI PISANG. vavavava. sedap sangat ok!






Tempat pertama yang kami singgah. Kota Hat Yai.. Pusing2 cuci mata. 

Jumpa kucing yang comel. muka penyek. kiut sangat! Teringin nak beli. Tapi, hurm. KUCING? memang tak ah abang bagi pelihara kat rumah. haruu.haruu..

Jumpa kedai sport. off course kena singgah. tempat fevret dia.

tak pasal2 aku paw baju aerobik! hahaha. Made in Thailand. 650THB jea ok!

Jalan2 cari ikan bilis rangup untuk di jadikan kudapan sambil menonton APBH 2012 ahad nih. hehe




Destinasi terakhir sebelum balik.  

KHLONG HAE FLOATING MARKET, HATYAI 

Walaupun air dia tak secantik laut kat Krabi, tapi disebabkan makanan kat sini sangat comel! air kelapa pun comel! so, tempat ni sangat awesome bagi aku! ahaks.

Makanan pertama yang kami beli. Serius! asalnya teruja tengok rupa bentuk yang kiut miut, warna pulak gojes giler.. sekali bila telan! fuh! sedap giler. benda alah ni macam agar2. tapi agar2 ada inti. aku rasala kan, inti dia tu inti kacang hijau yang diblend sampai lumat. serius sedap weh!. 25THB (dalam daun pisang), lebih kurang MYR2.50 



ni pulak Air kelapa.Actually, aku teruja tengok bekas dia. cute weh! satu bekas 40THB





Ok. yang ni aku tak pasti apa. lupa. tapi sedap. rangup2 lagi.


Mangkuk kue tiow tomyam ni pun comel jugak. hahaha



Telur puyuh goreng pun ada uolls. gigih mak cik ni goreng comel2.
  
macam2 lagi ada. disamping mengenyangkan, dapat menambahkan lemak di dalam badan! ahaks!





Souvenier kat sini murah2. Kalau kat krabi aku beli seketul Fridge Magnet 60THB, kat sini 100THB untuk 3 ketul.

Bagi aku la kan... apa yang menarik kat floating market ni, makanan dia la kotttt... ada yang sedap, ada yang tak. but. yang tak boleh aku lupa.... agar2 kacang hijau. ohh...sedapnya! kalau korang datang HatYai, jangan lupa singgah sini cari agar2 comel tu ok! 

Ok guys. nie jea lah yang dapat aku share dengan korang. sharing is caring right! nanti kalau korang buat trip ke Krabi or Hat Yai, mesti korang teringat kat aku kan.. haha. 

Tq for reading. K bai! 


18 comments:

intanfirdaus247 said...

wah bestnya dia..hehehe..kelakar la part cow twooo tu...heheh

cha said...

U,brp kos u pg krabi ni by van? Lg murah dr naik flight?

Betul la comel comel je yg jual kt dalam sampan sume tu. kreatif la dorg haha

mama tisya said...

best la tgk makanan mcm2 tu..nanti wat rumusan budget ek

Khai♥Rin : anies said...

Hahahahahahahahahaha gelak guling2 sy...apasal ke laut sgt...cow 2 vs 9999999999 hahahahahahhahahahhah

Dzureen Darwis said...

Jeles nya, macam banyak makan je. Mesti sedap2 kan makanan dia.
Takpe yg penting blaja benda baru, kawtu :)

ieda immi said...

WAHH MENARIKNYEEE
cantik2 .. ;)
geram tgk
adik akak pun dah pernah sampai , mereka pun cakap cantik tempat nie dik ;)

Tihara said...

best tengok makanan dia, telur cucuk2 tu ..hehe :)

NinaAz said...

sisi mama tisya: nina dah buat budget. yeay!

nik ros said...

bestnyer...mcm2 makanan ada kan.
mmg kalau pi sana mesti singgah tempat jual mkanan atas bot ni kan.menarik jea

sherotpetot said...

unik2 bekas isi makanan dengan air nyok dia ;)

Cho Zila said...

syioknyer .. rasa nak terbang ke sana... memang beli barang dia sangat best sebab banyak pilihan...

cintabella said...

wah bestnye....dah terliur nie.
nak pegi krabi jugak laa mcm nie,hehe

Mas Zull said...

assalamualaikum nina...mcm2 ada kat sana mmg best la...;)

Alia Laila said...

Kakkk bestnyaaaaaaa. Banyaknya makan hahaha :D
Dah lupa herbalife ka ? xD

Aida.Ohno said...

seronoknya!nak pergi jugak.agak-agak kalau saya nak pergi ke sana jugak, budjet untuk orang bujang macam saya ni banyak ke sikit? hew hew.

Kesuma Angsana said...

mmg menariklah !

Nurul Aini said...

Kau tu kau tu..hehehe..kelakar lah. Fuhh..entry ni penuh dengan makanan..lapor2..hehe..Banyak yang menarik ni..comel2 je.

QasehnyaRania said...

mcm best pulak agar2 tu ye