KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, April 16, 2013

KUCING DAN TIKUS

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sebenarnya, aku adalah pencinta tikus. eh! pencinta kucing. Aku suka sangat ngan kucing ni. suka belai2 bulu kucing, suka geletek2 perut kucing sampai tangan aku kena cakar, tapi aku tak marah pun. kucing kannnn. lagi satu, aku suka kuis2 kucing dengan kaki. kuis2 lembut laah, tak de lah kasar sangat pun. aha. lagi satu, aku suka kacau anak kucing menyusu. tengah2 syok kucing2 aku tu menyusu, aku tarik cepat2, lepas tu letak tempat lain. ahaks! saje2 jea. nak tengok sejauh mana tahap kelaparan kucing tue, kalo lapar sangat, mesti dia terkedek2 cari ibunya. hahahaha. 

hai! nama saya GEBU. sebab dulu masa kecik2 bulu saya sangat cantik dan gebu. auuwwww!
Tapi kan, semenjak dua menjak ni, aku memang menyirap bila tengok kucing. rasa nak sepak2 jea. Mana taknya... suka hati jea bagi hadiah TIKUS kat aku. huh. ok. memula diletaknya tikus yang tak bernyawa (kalo aku cakap yang dah mampos ok tak?) depan pagar rumah aku. ok fine. Next, dengan perut terburai, diletaknya depan pintu rumah aku. dua tiga kali kot! memang darah tinggi betul la aku... 

Habis Ajax fabuloso aku taw! nak simbah2 bagai. huh. Next, suka hati jea diletaknya kepala tikus dan sewaktu dengannya betul2 depan enjin kereta aku. kesian kereta aku taw! nak kena tahan bau yang nyaman tu. Latest! tikus dengan perut terburai kepala tercabut betul2 diletak belakang kereta aku. tadi depan kereta, sekarang ni belakang kereta. MOTIF? akuuu pun tak tahu lahh.. sapa punya kucing daaaaaaaaa... 

Semalam kan. time aku balik kerja, lebih kurang jam 7.30 malam gittew. sampai jea depan pagar rumah. aku tengok ada sekor kucing hitam. tengah ngap2 kat tempat biasa aku parking kereta, depan pintu rumah. ok. sah.sah.sah. tanpa soal selidik, aku terus fitnah kucing tuu yang selalu letak tikus mampos dalam kawasan rumah aku. 

BESAR KECIK BESAR KECIK jea aku tengok kucing tu. kalau ada senapang, time tu jugak aku tembak. serius sakit hati wooooo. dan2, time tu jugak aku masuk parking, keluar dan hambik penyapu. memang nyaris2 ah nak kena hentam. nasib masih ada lagi sifat kasih sayang kepada FAUNA (SEBAB SEMALAM AKU BARU MENGAJAR UNIT 9: NILAI KASIH SAYANG, PENDIDIKAN MORAL) terpikir jugak, kalau orang pukul kucing aku kat kampung, mesti aku marah. nasib ko kucing. terselamat semalam. Aku rasa tu kucing jiran aku kot, sebab ada loceng kat lehernya. euwwww. korang tahu tak kucing tu tengah NGAP apa masa aku balik?? TENGAH NGAP TIKUS WEHHHH!!!!!!!!!! kebulur sungguh. lapar kot. So, kepada kawan2 yang ada kucing, silalah bagi kucing anda makan ok. makanan yang sihat lagi bernutrisi tinggi! huh 

Aku ingat nak tukar pagar baru lah. pagar elektrik kea, biar kena karen kalau kucing tu nak masuk laman rumah aku. hahaha. kea aku patut tabur racun kucing? hurm. bunyi macam kejam jea. hahah. racun tikus? hurm. memang tak lah tikus nak datang sini. tikus dari mana ntah diambilnya. kea kucing tu nak gurau2 dengan aku? maklumlahhhh. aku kan orang baru dalam taman ni. hahahha. apa patut aku buat hah?  

TQ for reading! kbai


21 comments:

Nurzakiah Hanum said...

hai singgah pagi

KY said...

kejam sangat kejam hahaaa...nak pasang pagar elektrik tu hihiih

KY pun pencinta kucing gak..

Khai♥Rin : anies said...

uiii jgn tembak...tp kalu nk tembak dgn sebapang air x pe..

p/s pinjam gebu 2-3 ari boleh??

Chic Na said...

baiknya kucing tu bagi hadiah kat nina. kihkihkih..

Puan Mimi said...

aduh tak reti plak nak selesaikan masaelah ni.. cuba kalau nampak bangkai tikus tu, pastu jumpa kucing tu, tonyoh2 muka kucing tu kat bangkai tu. sure dia serik kot. hehehe

Tihara said...

tapi bagus juga dia ngap tikus..kalu tak tikus tu merayap kat dalam rumah kita pulak..cuma dia sepah2 kan tikus tu yg tak bagus kan..memang tebiat kucing macam tu..sabo je la kan :)

cha said...

untungla dpt hadiah tikus haha. i takut kucing :p

nik ros said...

haha.. kucing ni kan. suka tinggalkan benda gitu.sebab tu nik tak suka kucing.

tapi tak ada la sampai nak pasang pagar letrik.hehehe
jgn kejam sgt ok.hahaha

Nafira usof said...

hehehehe.. memang hangin ribut taufan melanda lah kalo kucing orang lain datang wat onar.. kalo sis, nampak jer simbah air.. geram punye pasal.. hehehe

NM03 said...

aiya.... geli mehhhhh

Cho Zila said...

isyh tolong jauh2... akak geli ngan tikus dah mati ngeri lak...
akakpun sekrangni tak penyayang kucing lagi.. menyampah sebab jiran2 akak suka bela kucing banyak2 lepaihtu kucingtu terbiar jer.. suka bebeno memancut, membuang, dan kalau ada sampah diaorang suka makan dan bersepahler... isyh tak suka..

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... kucing kat rumah saya tak minat tikus . kita suruh kejar , dia pi tgk jer ... aduhai

NinaAz said...

Khairin: bokeh2. Tp gebu ni nak mkn ikan segar jea keje dia. Memilih. Huh
Cho zila:aah sis. Kadang3 smpi hancing laman rumah. Lagi3 kucing jantan. Suka kencing merata

9n0L4 said...

pencinta kucing ni besenye penyayang kan. :)

ashra said...

hehe...samalah kita.geram kalau ada kucing membuat onar..keke

sian kucing kena fitnah ye

qasehuteq said...

Senang je.Tiap2 pagi bagi dia makan Friskies.lama2 bankrapla kakna.hehe

Amanina said...

kesian kucing tu akak..hehe

n O e s u h a i m i said...

kah kah kah kah...kelakar baca n3 ni...kucing2 tu sebenarnya nk tunjuk kt nina..yg diaorg tu terror..terror tangkap tikus..

jaakechik said...

jaa suka kucing, tp x minat nak bela. sbb dia suka berak merata... hehehehehe...

Nurul Aini said...

Aaaaaa..comelnya..Saya suka kucing..rumah saya bersepah2 kucing..hehe.

Remy hazza said...

ala...kucing tu suruh masak sup utk dia kut.....he3