KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 29, 2010

Nestum RoLL...



Selamat Petang...
Sapa suka mkn kerepek angkat tangan???
hehehe...
aku ni peminat setia kerepek..
kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek ... apa lagi yea..hhehee..
macam2 la..asal benda tu rangup + sedap + manis dan sewaktu dengannya..
Resepi y nak dikongsi hari ni adalah boleh di katakan sejenis kerepek jugak..
tapi ianya di perbuat daripada kulit popia...dan bersalut 3 bahan yang di mesin..nak tahu apa bahan itu?? ok2..sabar2..jap lagi aku tunjukkan..

ni haa..
nak cerita pasal popia ni..
dalam banyak2 kulit popia yang ada di pasaran..
hanya satu sahaja yang ada dalam hatiku..:)
ni dia....


kulit popia ni xmudah kering, mudah utk di lekatkan..
dan kerangupannya tiada batasannya (iklan jap..heheh)
so.. carilah jenis kulit popia ni yea..gerenti tak menyesal!!

ok..jom kita tgk bahan2 yang di perlukan utk Nestum Roll ni..

Bahan-bahan:

1 paket kulit popia (seperti jenama di atas)
1 cawan susu tepung (cap nesprey aku suka)
1/2 cawan gula
3/2 (satu setengah) cawan nestum
Minya masak secukupnya
sedikit gandum + air (sebagai gam)

Cara membuatnya:

1. Buka helaian kulit popia
2. Lipat sedikit sahaja kulit popia td (kalau suka tebal boleh lipat separuh)


3. Gulung kulit popia dan tinggalkan sedikit di hujung (jangan gulung semua)
4. Sapukan yang hujung tadi dengan bancuhan gandum dan air kemudian gulung sampai habis.
Biarkan gam tadi lekat dan kering seketika
5. Gunting kulit popia yang digulung tadi dalam keadaan menyerong
6. Goreng kulit popia yang telah siap di gunting dalam minyak y banyak sehingga kulit popia itu tenggelam. goreng sehingga kekuningan
7. Sejat dahulu seketika. (jangan sampai sejuk)
8. Mesin Gula + susu tepung + nestum sehingga hancur
9. Gaul bahan yang di mesin tadi bersama kulit popia yang sudah siap di goreng
10. Sedia di Packing (kalau nak jual) dan sedia di...NGAP!!..hahaha--> kejap je lesap..

~SELAMAT MENCUBA~

1 comment:

Anonymous said...

Paragrаph writing іѕ аlso a еxcitemеnt,
if you be familіar with then you can ωrite if not it іs difficult to wrіte.


Also visit my web рage garden center coupons