KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, December 8, 2012

Wedding Review: Barang Hantaran

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Amalan berbalas barang hantaran ni sebenarnya adat Melayu jea. Adat yang menandakan kasih sayang diantara ke dua belah pihak keluarga. Ye kea? :D

Hantaran untuk pihak lelaki:

- AlQuran + tasbih
- Set Baju Melayu
- Set baju kemeja
- Set Pakaian Sukan
- Kasut Sukan
- Jam tangan
- Coklat Gubahan
- Kek
- Pulut semangat + telur


Hantaran untuk pihak perempuan:

- Telekung

- Baju batik
- Set Mandian
- Set Syampu
- Handbag
- Kasut
- Set Herbalife
- Kek
- Pulut semangat + telur


Barang hantaran kami hari tu, aku gubah sendiri jea. Hahaha. Main hentam jea. aku hanya beli bakul (untuk belah perempuan) dan Bakul besi (untuk belah laki), pastu beli bunga-bunga sikit, beli riben dan manik bulat2. Semua jenis bahan untuk dijadikan tempat letak barang hantaran tue, aku beli kat KL jea, dalam SEMUA HOUSE. Ni dia kedainya. YEN RIBEN. Semua jenis benda persiapan perkahwinan ada. Memang syok ah. Masuk satu kedai jea dah complete.

Lebih kurang dalam RM800++ settle untuk barang2 gubahan.


Aku gubah untuk kedua belah pihak. Bersepah rumah masa nak siapkan benda alah ni. Tapi untunglah ada adik beradik yang bantu bagi idea. hikhik. Harapkan idea aku jea, memang tak berseni lahhhhhh...

Yang bakul rotan tu aku yang punya.. 

Yang bakul besi ni abang punya. Bakul besi ni kosong asalnya. Aku gam keliling letak manik bulat2, pastu letak jea bunga kat tepi. Bunga tu aku beli memang dah siap macam tu. cuma tinggal nak tempek jea. Senang kan?

Tengah gubah barang2 abang. hikhik. :D


Barang hantaran untuk abang.







Set Al-Quran + Tasbih ni untuk abang. Aku just letak riben jea. Simple. Ni pun beli kat SEMUA HOUSE jugak. kedai area HABIB.


Ni barang hantaran untuk aku yang dah siap digubah. *gubah* la saaangat kan! hahaha.. Hand bag tu aku ikat dengan riben kaler pink tu sebab ada dua. Nak bagi kemas supaya tak jatuh. Lepastu aku selitkan jea bunga kat celah2 beg. Baju Batik yang dah siap dijahit tu, aku lippat2, masukkan plastik kasi tebal, pastu letak jea dalam bakul, hias riben + bunga, siap! sama jugak dengan wedges tu, letak bunga jea :) 










******************TIADA KAITAN DENGAN BARANG HANTARAN... :D******************

Heeeeee... ni sangkar tempat letak cincin malam akad nikah. Benda alah ni yang makan masa lama untuk aku siapkan. hehe. Adik aku tukang bagi idea, aku tambah sikit2. burung dua ekor tu aku letak last minit, sebab nampak kosong sangat. Tapi macam tak cantik la pulak bila letak burung tu. hahaha. Manik2 bulat tu jadik pintu gerbang la konon. Lebihan manik yang aku gubah untuk abang, aku tampal kat sini. hahahaa.. *adei, bekas cincin tu terbalik la puloks. lupa nk gam..huehue*




Bunga pahar untuk diletak dihadapan pelamin. Aku letak coklat ladybird dan juga coklat lebah seketul. :D


 K bai!

2 comments:

aan said...

Pandai gubah hantaran sendiri... hope dapat la buat macam sis buat...

QasehnyaRania said...

bestnya dapat buat sendiri ye