KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Friday, December 7, 2012

Honeymoon Time!! *MELAKA*

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Honeymoon time? Ahaks! Honeymoon laa sangat kan.... :D

Awal bulan 12 hari tu aku ada pergi Melaka. Motif? - Nak ambik barang-barang adik aku yang belajar kat UTem. Sebab bulan Januari ni dia dah nak cuti sem. Barang2 tak boleh letak dalam asrama, so aku tolong lah dia angkut barang tumpang rumah aku dulu. heee.. Kakak yang baik kan?

Hari pertama kat Melaka. Sampai-sampai pun dah nak dekat pukul 5ptg. Terus ke kolej adik aku, pick up then terus ke Aeon Bandaraya Melaka. Teringin nak tengok wayang Twilight Breaking Dawn. 

First time aku tengok citer nie. Macam ketinggalan jea aku rasa. Tak tahu pun jalan cerita yang sebelum ni. Abang cakap ada episod satu,dua tiga. haish! tak boleh jadi ni. Kena tengok dari mula. Tapi, movie ni memang best. Sapa yang dah tengok mesti cakap best kan? heeee

Sebelum tengok wayang, kena isi perut dulu. Dah lama aku berharap nak makan pizza. Setiap kali Pizza Hut keluarkan menu baru, mesti aku tak senang duduk. mesti nak try! yaaa! mesti!. Kali ni pizza hut keluarkan menu Pizza Cheesy pop dengan udang tempura. wahahahahah.. Apa yang menarik perhatian aku adalah..... Udang tempura yang ada atas pizza tu. Cheese2 bagai ni aku tak suka sangat., lagi2 yang berketul2 putih tuuuu.. 

Bagi aku laaa... menu pizza kali ni, not bad la.. but, not my taste.... hekhek. 

Aku lagi suka pizza crust yang sebelum ni. laagi best!.. Aku makan sepotong, jea.. yang lain tu aku makan dia punya udang jea. muahahaha.. Abang makan nasi goreng udang tempura, adik aku pulak makan spageti.

Ni air aku.. hikhik. Air kat belakang tu, air mereka berdua. kikiki.. (kena telan omega 3 + tea mix banyak2 lepas ni okkey!)



my adik :)

Hari Kedua kat Melaka. OTW nak ke Bandar Hilir, kami singgah kat Pantai Klebang. Tengah2 hari pergi pantai hokkey. Bajet omputih letew. hahaha.

Menghirup udara tengah hari yang segar di Pantai Klebang...



Abang tengah usha motor kecik tu. Teringin nak naik katanya! :D



Adeh!...... makan jea kerja.... (T_T)

Silap kami datang Melaka hari Ahad. Jalan memang jem kat area Bandar Hilir. Sampai tak sempat nak melilau satu bandar yang kecik tuuu... Petang tu jugak kami terus balik KL.... owh! Penat...

k bai!

No comments: