KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, May 26, 2013

Wedding Review: Kek Kahwin Aini & Amir

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Malam2 buta ni, motif sangat aku nak review pasal kek kan? haaa. saje jea, nak kasi korang terliur dan mimpikan kek malam ni. kejam tak aku?

Malam ni aku nak review tentang kek kahwin adik aku semalam. kot2 laahh ada sesapa yang tercari2 kek kahwin yang sedap lagi mabeles dan harga pulak berpatutan. 

Tukang kek kali ni, sama jugak dengan tukang kek aku yang tahun lepas. Buat apa nak cari orang lain kan... order dengan sedara sendiri lagi best. lagipun, kek sedap, kalau tak sedap. memang tak lah kan. hohoho. 

Sebelum tuh, meh kita tengok tempat ala2 mini pelamin kek gittuuuu. cer tanya sapa yang deko.. hah! mestilah akuuu... sapa lagi nak deko kalau bukan aku..*mata keatas* hahaha. deko lah sangat kannn. padahal aku just gantungkan jea benda alah bunga yang comel2 tuu...
Comel tak? kreatif kan aku? haha. gila perasan.


As usual, kami tak suka kek fondant mahupun kek icing. walaupun cantik, for sure benda alah tu kami buang dan tak makan. cuma kikis2 makan kek jea. hahaha. agak kesian disitu.

so, adik aku tempah kek yang kami boleh telan semua, tolak pisau, bekas dan kotak kek.
Yang tengah susun2 kek tulah sedara aku. a.k.a tukang kek. 


Sesi pemotongan kek bersama pengantin

Sedap gila whipping cream nih. sampai jilat2 jari. ahaks!

cer tengok sape sebelah aku tu.. haaaa! tu lah BLOGGER ANNYSS. Tak sangka dapat jumpa didunia yang nyata. sebelum ni jumpa dalam blog jea. hahaha. TQ banyak2 taw! sudi datang majlis adik ni, siap bawak hadiah lagi. oh! terharu sungguh!.


Nasib aku tak mengidam. gara2 tak sempat nak ngap cupcakes yang disusun tepi base kek ni.

Mana taknya, rakyat jelata ramai sangat. hihhihi. budak2 kan. memang tak boleh tengok benda2 comel macam ni. hahaha. Maap yea annyss, aku ingat nak bagi la kat ko seketul dua. alih2, dah selamat semuanya. hohoho


Bukan nak puji sedara sendiri ahh... tapi, kek yang sedara aku buat ni memang sedap dan lazat. hohoho. Apa lagi... boleh lah ambik order sekarang. kalau bukan untuk kawin, makan2 saja2 pun boleh. tak pun, order untuk raya. haaa.. barulah meriah hari raya anda. hikhik.. 

Untuk pertanyaan lanjut, korang boleh KLIK sini -> ROSMA REDZA  

Tq for reading. k bai! 


8 comments:

Annyss Aleeya said...

okay fine. kek tu memang nampak sodap. xde rezeki nak merasa. uhuks. tp rezeki bergmbr ngn kek tu sempat lah. hihi. thanz kak Nina for inviting me.seronok dapat jumpa. hope dpt jumpa lg lain kali :)

Normi Nieza said...

sdapnya kek..:)

misz sheyla said...

Meriah tol keknye.....adoiiii kalau mcm ni mau potong2 makan sendiri..

Amanina Mads said...

ohh anyss satu kampung ye dgn nina :)
sedapnya kek.. lapo la pulak

Remy hazza said...

nampak meriah dgn fruit cake tu...cup cakes pun walupun simple tapi naik serinya.....

QasehnyaRania said...

as-salam
dapt tgk pon jadi ler..hihi
kek yg meriah dengan buah2an :)

nea lopah said...

tengok pun dh nmpk sedappp

kent chan said...

arghhhh! sedappnyaaa kek >.< nk jugaaa..huhu