KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 13, 2013

THE IMPOSSIBLE

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 



Memula aku tengok trailer cerita ni, teringin sangat nak tengok full movie. Dah lama dahh sebenarnya cerita ni. kalau tak silap aku, tahun lepas kot keluar panggung. Cuma aku jea yang baru tengok. tu pun sebab ada kat Astro Best. lembap kann. haha. orang lain dah tengok Iron Man. aku? next year baru tengok kot. tu pun kalo keluar kat Astro Best. muehehe. 

Jalan cerita ni, bagi aku.. Slow sikit. tak seperti movie2 omputih yang pernah aku tengok sebelum ni. mula2 tengok, agak bosan ah. Cerita ni start dalam kapal terbang, dimana satu keluarga yang dalam perjalanan ke tempat percutian. Lepas tu, duk cerita dalam bilik hotel, pasal pagi krismas, dapat hadiah.. dan.. Bila sampai part tragis tuuu... baru aku rasa macam up sikit. Saat yang cukup mengecutkan perut aku, bila mana ombak besar yang melanda sampai menghanyutkan semua orang, meneggelamkan rumah dan semua benda. fuh! ngeri! seram sungguh.
Ni LUCAS, anak kepada Maria. nampak tak ombak tsunami tuu...huuuu


Filem ni berdasarkan cerita sebenar yang berlaku ke atas keluarga Maria. Percutian di Thailand, meninggalkan kenangan yang cukup menakutkan. Tsunami 2004 berlaku di Thailand ketika keluarga Maria bercuti di sana. Filem ni, mengisahkan macam mana keluarga maria Survive selepas Tsunami melanda. keluarga mereka terpisah.. dan ahkirnya bersatu juga. :) Hubungan kekeluargaan sangat menyentuh perasaan. (T___T) 

Jalan cerita yang mudah aku nak paham. tak perlu ulang banyak2 kali untuk aku tengok. cukuplah sekali. hehehe. untuk filem ni, aku bagi 2 bintang! wohaaaa. 

Tq for reading. k bai!





20 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kira menyentuh hati jugalah cerita ini ye Nina. Kalau bertemu balik ok tapi macam cerit benar juga di Indon terus terpisah bahkan ada yg terus cacat... sedh:(

dear anies said...

kenapa bagi 2 bintang je? ;-)

Mizz Aiza said...

menarik juga jalan ceritanya.. akak pun dah lama tak tengok wayang..

Cik Nor said...

cam best..:)

NinaAz said...

2 bintang. Sebab. Sebab. Hee. Tak berapa nk aummmm. Hehe

pelangi chenta said...

sy beli cd jek.hehehehehe

NinaAz said...

Kt umh xd vcd player. Tsskkkk. :(

Unknown said...

salam pagi isnin... remy teringin nak tgk cerita nie hari tu...tapi tak kesampaian....

~batrish♥~ said...

tak pernah tgk lagi cite ni..hihi lagi ketinggalan dr nina..

Masya said...

cerita ni mmg cerita benarkan..

maszull said...

assalamualaikum nina...mcm best jer jln cite ni kn...;)

Zura said...

klu ada tmpt kejadian masa tu kompom trauma...

seharum kasturi said...

effek mmg jadi sbb kisah benar . membayangkan berada kat sana masa ombak besar tuh dtg , kecut perut !

Nieda Ramly said...

SEKAI TENGOK PUN DAH OK...tak suka tengok 2,3 x . lainlah cerita P Ramlee

Anonymous said...

If you are still in your 30's and you are faced with the news that you cannot get pregnant, this is a very sad case. The blisters on the genital area appear like mild rash and it is quite painful but there is no need to worry as the healing cycle begins in about two weeks.
how to get pregnant

Nina Mads said...

hehe.. sama la. movie tahun nie mesti tonton thn depan

Unknown said...

2 bintang jer puan nina? hehehehe... cite mat salleh, mana2 pun diorang nk nmpak hebat kan? mcm cite pearl habour tu.....diorng dlm cite tu menang. padahal...........

Unknown said...

belum tengok citer ni tapi mcm menarik la..

Dayang Deno said...

deno tengok separuh je citer nih

Anonymous said...

mmg best cerita ni !