KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, January 20, 2013

Wedding Reception Review: Shawl & Baju Pengantin

Assalamualaikum..  halo readers! Have you had your SHAKE today???

Hai uolls!! Happy Sunday! winkwink..Selamat berhujung minggu kengkawan. Hari ni pergi jalan-jalan kat mana yuk?

Ok! wedding aku actually dah berlalu dua bulan lebih. Tapi aku ni tak habis2 nak ngepost pasal wedding review. Motif sangat ngepost benda alah ni.. hahaha. Oleh kerana ramai yang PM aku kat FB, bersalah sangka pasal shawl yang aku pakai time wedding aku hari tu, meh aku sharing is caring macam mana rupa bentuk shawls tu yang sebenar hokkey!

Ok. first, meh aku show off sikit pasal busana pengantin a.k.a dress yang aku pakai 15 November yang lalu. Tema aku light grey. sebab aku rasa warna grey sesuai dengan kulit aku yang hitam ni. tiap kali aku pakai grey, tak kesahlah pergi pasar malam kea, pergi beli ayam ker, pergi kerja kea, aku rasa confident sikit. ecececeh.. memang poyooo..poyooo... (nada suara johan)

Busana ni bukan direka khas untuk aku. busana ni jugak bukannya direka khas dari designer terkenal meletop2 gitewww.oppssss. Tapi, busana ni aku just pilih dari BUTIK KAK SU, including pakej pelamin. pakej yang aku ambik tue termasuk 3 persalinan, but aku hanya ambik dua persalinan saje. satu untuk akad nikah, satu untuk resepsi. 

Ok. nie lah busana pengantin yang aku pakai tue. simple but nice kan? nice dimata aku laa.. hahaha. ok. sila FOKUS pada veil busana ni. veil ada kat atas sekali.

Dengan ketinggian aku yang melebihi 170cm ni (nah kauuu... terlebih sudaaaa!!), so... meleret-leret laa bila aku pakai.. hahaha.. Ni gambar penuh aku dengan busana pengantin dari butik kak sue.. macam cinderella pulak aku tengokkk (*sila muntah!)... hahahhaa... sekali seumur hidup kot aku pakai macam ni. muka pulak macam opera cina dah aku rasa.. lalalaala~

Aku ni cerewet sikit bab2 memilih tudung. bukan cerewet sikit, tapi cerewet banyakkkk... shawl yang aku pakai time wedding reception hari tu adalah shawl pilihan aku yang ke-4. first shawl halfmoon manik2 pink yang mama beli kat jalan TAR, lepastu shawl panjang yang aku beli online kat shawl ayucinta , next tudung bawal yang hari2 aku pakai pergi sekolah. last2, last minit kottt... aku beli online dengan Butik Qoma. Time tu dah nak dekattt sangat dengan wedding aku. qoma keluarkan shawl baru, aku terus order. siap merayu mintak tolong dia hantar cepat. takut tak sempat majlis. hahaha. kesiannn..

Ni lah rupa sebenar shawl pengantin aku. SHAWL CHIFFON ADELE. hikhik. Model ni pakai memang gojes laaah. sebab tu aku tertarik nak beli kottt.. Shawl ni dalam rm65 kalau tak silap aku. sekali dengan inner neck pink. sama macam model qoma ni pakai. cunnn kan??

Ada orang PM aku... "sis, mana beli shawl sekali dengan net tu? cantiklah". Ok. nett yang melekap kat kepala aku tu, bukan sekali dengan tudung taw. asing2. nett tu adalah VEIL. bukan inner nett atau shawl tapi VEIL. hikhikhik. Inner yang aku pakai hari tu, aku beli online dengan kak jue, inner neck Anati. memang selesa giler. sebelum mak andam a.k.a kak sue mekap, aku dah pakai inner siap2. serius selesa!. 

Pandangan dari hadapan. shawl chiffon adele.

Zoommmm sikittt... ok, nampak tak disitu. shawl dan veil. pakai inner dulu, then belit2kan shawl, lepas tu baru pakai veil. simple. senang pun senang. senang sebab mak andam yang tolong pakaikan. hahaha. (kening tak dicukur ok. kak su guna TEKNIK GAM!. tq kak sue. kak sue memang kerlasss)

Pandangan dari belakang. (abaikan adegan suapmenyuap kek. fokus pada belakang shawl.)

Baju pengantin lelaki. juga dari butik kak sue. 1 set sekali dengan busana pengantin perempuan.

oraittt... terima kasih kepada orang2 yang PM aku kat FB tanya pasal shawl ni. aku harap korang jelas ek dengan entri aku ni. hehe. jangan pulak PM tanya macam mana nak belit shawl ekk. sebab mak andam aku yang pakaikan. aku jadi patung jea hari tu. ikut jea apa yang dia buat.

Tq kepada my photographer RASYDAN ISHAK. gambar2 kawin diatas, aku ambik terus dari CD yang dia bagi. TANPA DI EDIT OK. aku juz letak border hitam jea. KAMERA KERLASS gitu. tak payah edit2. hahaha.

k bai!


15 comments:

salehasafie said...

kawan saya pun kahwin pada hari yg sama dngn awak...rumah dier dekat PCB.

nik ros said...

cantik sgt la. suka sis tgk..

sherotpetot said...

wah pink-grey,, cantik2 ;)

NinaAz said...

Saleha: yea keee.. hihi same anniversary la nanti

NinaAz said...

Tqq uolssss :)

ummiaiman said...

tahniah...cantik sgt...semiga bshagia hibgga akhir hyt... salam perkenalan drp : suteraungu87.blogspot.com

Hadablogspotlive said...

bila jurufoto pandai ambl gmbr orng y cntk akn mkn cantik...nk keRrlas gak la..heh3...

evangelistaNiL said...

wahhh nak kawen jugakkkk

NinaAz said...

Eva: pa lagi... cepatla kawin. Hikhik
Hada: haha. Kerrrlasss gittew

CIK PIA said...

woww... nina.. cantik la.. nina tggi bape ek?

NinaAz said...

adeh cik pia.. 154cm saja ni.. warghhh! hikhik

Farhain Azmi said...

model tudung tu kwn sek men yong..hehe.

akak cantik. salam perkenalan dr Yong, b2b kedah

AishahAbdul said...

Salam sis,baju you pakai kawin tu is it yours? Orsewa eh? Cantikk sgt! Katmana nak sewa? Thankyou ;) can you email it to me aesha_rauf91@yahoo.com .

NinaAz said...

Hai sism hehee. Nina dah mention kat atas tu. Nanti sis boleh pm kak sue ek. Kelantan ;)

Anonymous said...

cantik baju 2....shawl n inner 2 mmg terbaik...nak cari yg mcm 2 laa.x nak yang tudung ada muncung dpn 2(x ingat org pngil pew)huhuhu..nt time btal air smbyg ssah nk kis dahi.tdung pn kemek...good2,skrg dh thu huhu