Assalamualaikum... Halo readers!!! have you had your SHAKE today??
Aku rasa macam baru semalam abah tanya aku... "Long, long dah nak kawin ni.. long setuju kea?".... sempat lagi abah bergurau dengan aku.. aku gelak jea....
Aku rasa macam baru semalam abah tanya aku... "Long, long dah nak kawin ni.. long setuju kea?".... sempat lagi abah bergurau dengan aku.. aku gelak jea....
Hari ni genap 4 hari abah tinggalkan kami sekeluarga. Rindunya aku pada abah. Abah penyayang orangnya. Sangat2 ambil berat tentang orang lain. Apatah lagi anak2nya. Abah sangat tabah. Ketabahan dan pengorbanan abah membesarkan kami, menjaga makan minum kami, tak dapat kami balas sampai bila2.
Ingat lagi masa zaman kecik2 dulu. Abah hanya ada sebuah motosikal. pernah kami naik berempat guna motosikal tu. sampailah pada suatu ketika, masa abah dapat anak ke-tiga, abah bagitau ma, kita mesti beli van untuk muat anak-anak. motor jea tak cukup. Abah berusaha untuk semua tu. Kami bukan keluarga yang senang. Hanya seadanya. Tapi abah betul2 nak senangkan kami, nak bagi keselesaan pada kami.
Ingat lagi dulu, abah sewa rumah. satu rumah hanya dua bilik. bila kami dah makin membesar. Abah berusaha untuk bina rumah sendiri. supaya kami selesa. Alhamdulillah, masa aku darjah 6, rumah kami dah siap. Sampai sekarang kami duduk rumah ni. Rumah ni abah yang design sendiri. dah 14 tahun kami berteduh disini. Terima kasih abah..
Abah aku bekerja di Rumah pam kemubu, jaga perairan sungai kelantan. Sampai satu masa, bila anak2 dah remaja, aku pun dah masuk alam sekolah menengah, aku nampak abah semakin gigih mencari side income. Abah mula berjinak2 dalam dunia perniagaan. Aku tahu, abah buat semua tu untuk kami semua. Untuk kami membesar dengan berpendidikan. Untuk penuhi segala apa yang kami nak. Setiap masa abah kerja, setiap masa fikiran abah ligat berfikir untuk mencari nafkah menyara kami sekeluarga.Abah! terima kasih sekali lagi.
Alhamdulillah, perniagaan dalam bidang katering yang abah buat, makin lama makin maju. Tak cukup dengan katering, abah ambik tender dobi, tender beli barang untuk pelajar2 IKBN, ambik tender Kafe.. sungguh, sungguh abah sangat kuat. Walaupun abah sakit, abah tetap bertahan, time abah kena gout kaki kanan, abah drive pakai kaki kiri. bawak tongkat. Abah langsung tak nampak macam sakit. Abah, long bangga dengan abah. abah sanggup berkorban untuk kami. Abah langsung tak mengadu yang abah sakit, Tiap kali aku call tanya abah sihat kea? abah akan jawab, yea.. abah sihat. biarpun suara abah macam abah demam.
Saat kami masih memerlukan abah, saat itulah Allah menguji kami. Ujian yang cukup berat bagi kami. Namun, kami terima dengan redha, terima ketentuan Ilahi
Saat kami masih memerlukan abah, saat itulah Allah menguji kami. Ujian yang cukup berat bagi kami. Namun, kami terima dengan redha, terima ketentuan Ilahi
9.12.12 : Bila aku tengok abah terbaring atas katil, aku macam tak percaya tu abah. Masa tu Tuhan jea tahu. Betapa sedihnya hati aku bila tengok abah terbaring macam tu. Abah yang aku kenal sebelum ni, sangat2 aktif kesana ke sini. Abah tak pernah lepak kedai kopi, setiap masa yang abah ada abah isi dengan benda2 yang berfaedah untuk dirinya dan keluarganya.
11.12.12: Kami sekeluarga diuji lagi. Abah dimasukkan di ICU. keadaan abah kurang stabil. Sekali lagi hati aku sedih bila tengok keadaan abah. penuh dengan wayar sana sini. hanya doa yang mampu aku lakukan tika tu. berdoa agar abah dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik
26.12.12: Hari ke-16 abah di ICU, aku nampak abah semakin stabil. esok aku ada mesyuarat. Aku macam nak tak nak jea pergi sekolah. Aku nak berada di sisi abah. Nak jaga abah lagi. Tapi, dalam hati risau pula bila tak hadir first meeting. Aku bagitahu abah yang aku dah nak balik KL. Hati aku sedikit lega bila nampak abah makin ok. Sempat lagi abah suruh aku bagi duit kat Nurse yang jaga dia tu. AKu akur dengan permintaan abah. Sebelum aku pergi, aku sempat cium dahi abah berkali2, aku cium tangan abah berkali2. Aku bisik kat telinga abah, yang aku akan balik lagi nanti. Abah mesti kuat, abah mesti bertahan, kami adik beradik sangat2 perlukan abah. Abah angguk jea dengar aku cakap.
29.12.12: Aku call ma tanya keadaan abah. Ma cakap abah bertambah ok, ma suruh aku sujud syukur sebab abah bertambah baik. Abah dah boleh makan bubur selepas 19 hari hanya dimasukkan susu melalui hidung. Ma cakap abah gembira hari tu. senyum memanjang. bercakap dengan orang2 yang datang melawat. sebelum ni abah hanya tulis jea sebab tak dapat nak cakp. wayar oksigen dimasukkan terus ke paru2 abah.
30.12.12: Lebih kurang jam 5 pagi abah pergi meninggalkan kami semua. Sungguh! macam mimpi. Aku tak percaya langsung. Baru semalam ma cakap abah baik, abah ok. sungguh aku tak percaya. sehinggalah aku tengok jenazah abah depan mata. Ya Allah.. beratnya dugaan yang Kau berikan pada aku....
Sebelum abah pergi tinggalkan kami selama2nya.. Abah sempat pesan kat aku, suruh settlekan hutang2 dia. minta aku halalkan makan minum dia.. Sungguh air mata aku laju saat itu. Abah, jasa dan pengorbanan abah tak dapat long balas walaupun dengan wang emas, duit berjuta2..
Abah jugak sempat pesan kat abang supaya jangan tinggal solat. Abah sempat pegang dan usik mulut adik aku yang nombor 5, sebab tak sempat nak pakaikan braces. Kami sempat tunaikan hasrat abah untuk makan bubur. 3 hari abah stabil. 3 hari tu lah macam2 yang abah cakap. pesan itu ini. nak itu ini. sungguh kami tak sangka rupa2nya pesanan itu adalah yang terakhir. sungguh kami tak sangka Allah bagi masa untuk abah sihat bersama keluarga, berborak2, bergurau hanya dalam masa 3 hari. Kalau kami sayangkan abah... ALLAH lebihhhhh sayangkan abah..
Antara pesanan terakhir abah untuk adik aku yang nombor 3. **Ya Allah... lindungilah abahku dari siksa kubur, dari siksa api neraka. Tempatkan dia dalam kalangan orang2 yang beriman....**
Abah tiada seawal umur 51 Tahun. Abah tinggalkan aku seorang ibu yang tabah dengan dugaan Tuhan, abah tinggalkan aku 6 orang adik beradik yang masih lagi memerlukan. Keluarga.. adalah harta yang tak ternilai.
Selagi hayat dikandung badan, akan aku cuba bahagiakan ibuku, akan aku cuba penuhi hasratnya.. Akan ku jaga adik beradikku sebaik yang mungkin.
Abah, semoga abah tenang disana. semoga abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah buat abah. Azahar Abdullah
**Buat sahabat yang masih mempunyai kedua2 orang tua, hargailah mereka, berbaktilah kepada mereka, jagailah hati mereka selagi mereka masih ada.**
Salam...
5 comments:
salam takziah..bykkan sabar..
Alfatihah.semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan dijauhi seksa kubur.Na,aku pehe perasaan mu sbb aku pn dh alami 2thn lepas
(Al-FATIHAH)sungguh terharu dengan catatan yang telah diluahkan.......kenangan bersama tetap dikenang selamanya.
Al Fatihah buat arwah ... semoga abah nina ditempatkan di kalangan org2 yg soleh...... bnykkan berdoa...
al-fatihah
salam takziah dari sya ye
Post a Comment