KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 16, 2013

Complain...

Assalamualaikum... Halo readers!!! have you had your SHAKE today??
 
Apa beza anak sulong dengan anak bongsu hah? Orang kata anak sulong ni pandai berdikari. Anak bongsu pulak tak boleh berdiri atas kaki sendiri. Dimana kebenarannya? * ok. Mukaddimah yang tak de kena mengena langsung dengan entri kali ini. (^______^)*

korang pernah tak berada dalam satu situasi yang korang nak semua benda biar jadi mudah? Semua benda biar jadi senang? Nak aku bagi contoh tak?

Dulu, masa zaman sekolah dulu. Aku pergi sekolah naik bas. Nak keluar dari rumah, aku kena jalan kaki. Berpeluh2 jalan. Tapi, aku ambik jalan mudah dan senang, aku bagitau kat family penat lah, takut lah, itu lah, inilah. so, aku suruh arwah abah aku hantar kat simpang jalan. Padahal kalau jalan kaki, tak sampai 5 minit pun. Jimat tenaga kan? Pemalas pun yea jugak kan?

Masa form 4, aku dah mula masuk asrama. Bila time balik kampung, aku tengok kawan3 aku ada yang balik naik teksi, ada yang naik bas balik rumah. Tapi aku, malam sebelum balik dah mengada2 call arwah abah suruh datang ambik aku kat sekolah. Aku nak senang. Tak payah susah2 berat2 angkut beg naik bas, heret beg masuk teksi. Arwah abah datang, terus masuk keta sampai depan rumah.

Bila dah masuk Universiti, semester pertama aku kena berebut naik bas nak pergi kuliah. Kena turun awal semata2 nak berebut bas. Aku pun apalagi, mengadu kat arwah abah. Leceh lah. Susahlah. Jauh nak jalan lah. Macam2 alasan aku buat. Alhamdulillah, rezeki murah. Arwah abah bagi aku kereta yang aku guna sampai sekarang. So, aku tak payah lagi berebut bas, aku tak payah lagi naik teksi pergi pasar malam. Kalau boleh, aku nak parking betul2 depan dewan kuliah. Punyaaalah nak mudah dan senang. Bukak pintu kereta terus masuk dewan.

Bila dah masuk alam pekerjaan. Benda yang paling aku risau. Mana rumah aku nak duduk nanti? Aku tak nak jauh dari sekolah. Kalau boleh nak rumah betul2 depan sekolah. Mudah dan senang kan???.
 
Walaupun rumah yang aku sewa sekarang bukannya depan sekolah, bukan tepi highway bagai, kena masukkk dalam pulak tu, dah lah  tak dekat dengan sekolah. Tapi kalau drive pun. Tak sampai 20 minit dah sampai sekolah. Alhamdulillah. Aku dah makin reti bersyukur.

Lama-lama, aku dah mula pandai sikit berpikir. Sejak aku hidup sorang2 kat KL ni, tak semua benda yang kita buat, senang dan mudah. Jangan terlalu obses untuk mengharapkan sesuatu dengan senang dan mudah.

Dalam hidup ni jangan terlalu banyak komplain. Malas nak jalan lah, rimas bawak kereta ditempat yang sesak lah, jalan JEM lah (KL kottt.. bukannya kampung GUNUNG!), leceh rumah jauhhhh dari tempat kerja lah, rumah sewa tak bestlah, tempat kerja tak cool lah, itulahhh inilahhh. **iya..itu memang aku la tuh. suka complain. hahaha**. Cuba belajar untuk bertenang, cuba belajar untuk tidak banyak memberi alasan.

Aku kagum dengan orang2 yang pandai dan bijak bermain dengan masalah. Aku jugak kagum dengan orang2 yang gigih melakukan sesuatu perkara tanpa sebarang complain!!! ;)

Nasihat untuk diri sendiri. Jom sama2 muhasabah diri. Motif: jangan suka complain.complain.complain  hikhikhik

K bai!


2 comments:

Nik said...

wah,,duk sorang2 kat kl. kl area mana
kagum ngan awak ni.

NinaAz said...

Kl kt tmn desa baiduri. Belakang jusco balakong. Mai la jln2 kt umah. Hihi