KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, January 23, 2013

Hari gaji dan bonus. NOTHING...

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Hari ni adalah hari gaji yang pertama pembuka tahun 2013.. bonus pun dapat jugak. Hukhuk. Alhamdulillah. Terima kasih. Rezeki.rezeki.

Seperti biasa, kalau hari gaji, aku akan sebok dengan checklist pengaliran gaji aku. Memang every month aku akan buat. Dan benda tu berulang2 saban bulan saban tahun. Benda yang sama.

Hari gaji jea. Aku akan buat segala bagai pembayaran secepat mungkin. Kalau dah settle, aku akan potong checklist aku tu. Korang pun mesti cam tu kan? Kan? Huhuhu


Hari ni.., tahun ketiga aku bekerja dan juga selama2nya... Tak akan ada lagi nama *abah* dalam checklist gaji aku..... automatik aku terasa... rasaaaa sangat222.. ya Allah....aku rindu.. Alfatihah.

Rindu nak belanja makan dengan duit gaji. Rindu nak transfer duit kat akaun arwah abah dengan duit gaji..walaupun ciputtt jea aku bagi. Tapi aku rasa happy sangat2. Rasa puasss... yeaaa betul.. jasa dan pengorbanan ibu bapa tak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit. Tapi, itulah tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Aku nak ma dan abah aku rasa.. yang aku ni sudah bekerjaya dan sudah pandai pegang duit sendiri. Kalau dulu reti pegang duit ptptn dan duit pa&ma jeaaa. Sekarang! Ini adalah duit hasil titik peluh aku sendiri.

Yang lepas tu.. biarkanlah kann.. yang akan berlaku dimasa hadapan aku kena lalui jugaaa... Alhamdulillah... aku sempat berbakti kepada arwah abah... Selama dua tahun aku kerjaaa... kami banyak berkongsi masalah. Time abah memerlukan. Aku hulurkan bantuan. Time aku memerlukan, Arwah abah pantas hulurkan tangan.

Nasihat untuk diri sendiri.. Janganlah kita menjadi anak yang kedekut dengan keluarga sendiri. Anak yang berkira dengan keluarga sendiri. sampai nak call tanya khabar ibu bapa punn takut kredit habis, nak balik kampung jenguk ibu bapa pun berkira2 duit minyak tol bagai.. Nauzubillah.. 

Hargailah mereka selagi mereka ada. Hulurkan bantuan ketika jasa kita diperlukan. Jangan pandang mereka sebelah mata. Jangan langsung tidak pedulikan mereka mentang2 kita sudah bekerja. 

Semoga Allah murahkan rezeki kita.... love your family.. and i love my family. FOREVER!

**sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah abah saya. Azahar Abdullah**








4 comments:

nik ros said...

setuju. ngan ibu bapa la kita tak boleh nak kedekut.
diorg lagi byk jasa kat kita kan.

insyaAllah, niat ikhlas bagi duit kat ibu bapa tu yang penting. rezeki mencurah2 nnt :)

asfiedaimpiana said...

Hii cam sama je list u n mie tu ;)

asfiedaimpiana said...

Hii same list la kite

bada said...

buat pe ngan bonus. :-D