KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, January 9, 2013

Perkahwinan Jarak Jauh

Assalamualaikum... Halo readers!!! have you had your SHAKE today??


Ohoiiiiiiiii... sunyinya rumah aku! (T_T) Bangun tidur tengok kipas sedang berpusing2, keluar dari bilik tengok ruang tamu yang kosong, masuk dapur buat shake untuk aku sorang jea. betul2 tak de mood. tak de mood nak masak, tak de mood nak tengok tv, tak de mood nak makan (cepatlah aku kurus macam ni!).

Hari ni baru 1 bulan 3 minggu 5 hari aku bergelar seorang isteri. winkwink! Alhamdulillah. syukur sangat2 dapat suami yang baik, penyayang, penyabar, (garang kejap2.. eh?), rajin, hmmm.. bak kata orang, semua yang baik bagi kat dia lahhh... (kipaskipas).. hihihi... Tapi itulah hakikatkan..

Sebulan lebih jea kami menjalani kehidupan berumah tangga yang normal. lepas tu, back to the reality life.... LONG DISTANCE MARRIAGE. waaaaaah! sedih wei.. baru sekarang aku dapat rasa kesakitan dan juga kesedihan serta kerinduan berjauhan dengan suami. hari ni dah hari ke-8 kami berjauhan. KL-Sarawak. Agak jauhhhh disitu! 

Rasa macam nak nangis jea time hantar abang kat airport. nasib baik aku ada perasaan malu depan orang ramai. kalau tak, mau free2 tengok  adegan hindustan kat lcct nih. 

Ada sesetangah pasangan, walaupun PJJ, hujung2 minggu boleh lah jugak tatap muka suami (free2 dapat pahala), tapi aku? sebulan sekali belum tentu. naik flight bukannya macam naik KTM dari PUTRA ke Bandar Tasik Selatan RM1.40 jea! haish! lepas tu nak kena naik bot lagi masuk ke tempat abang., huuu... ini semua duugaaannnnn... :( 

Rindu pulak rasa nak buat sarapan untuk suami. Walaupun sarapan kami simple giler, just shake2 jeaaa. Tak payah berpeluh2 nak masak pagi2 buta. Sukat air masak 400ml utk aku, 400ml utk abang lepastu taruk formula 1 herbalife yang ada 5 perisa. Perisa kegemaran kami, cappucino dan tropical fruit. And then, shake2. Minummm. Hoyeh!!!!. Hikhikhik. Ni lah sarapan kami pepagi. satu untuk aku, satu untuk abang. (^__^) 

Kalau lunch pulak, kami suka makan kat rumah jea. masak sendiri lagi best. walaupun aku ni tak reti nak masak, tapi aku rajin taw! *sila muntah*. haha. angkat bakul sendiri kau! Selera abang senang jea. Tak payah nak menumis bagai, tak payah berkari2 bagai. cukup ada ikan bilis, asam limau, cili, garam pastu nasik. nah! tu pun abang dah puji sedap. kembang lubang hidung aku. hahaha. *takkan itu je kot ko bagi laki ko makan?* hikhik.. aku tak la sekejam tu. benda alah tu sampingan jea. pandai2 lah aku buat sup ke, tomyam ke, goreng ikan, ayam ke.. buat ikut selera dia jea. yang penting suami suka. hikhik. :P 


Ni sambal kegemaran abang. aku pun baruuu jea belajar makan + belajar buat  sambal nih. Kalau korang yang suka makan bawang putih tu, cuba la buat sambal nih, senang, sedap dan berkhasiat. cuma tumbuk bawang putih + cili, lepastu letak perahan air limau nipis banyak2 dan garam secukup rasa. thumbs up! 


Sebulan lebih kami kawin, abang dah makin berisi. wohaaaa... orang kata, kalau suami berisi lepas kawin, tandanya bahagia. yea ke? bukan setakat abang yang berisi, aku pun badan macam kena pam2. kata orang tak boleh pakai sangat. padahal makan tak henti, lepastu minum air tak cukup, lepas tu senaman tak buat, asyik duk tambah kalori jea, buangnya tidak! haish! padan muka aku. pfffttttttt...

NOW! aku tengah berusaha untuk lose weight lagi.. tu la kau! dulu tak dapat lemak yang ideal dah ngada2 bajet shape baikk punyaa., sekarang bila dah berisi sikit, barulah kalut nak lose weight lagi., baru la kalut itu ini tak boleh makan. hahaha. Harap2 bila jumpa abang Cuti Tahun baru Cina nih, aku dah berjaya lose weight + reshape lahhhhh yea! ada sapa2 nak join aku tak untuk kuruskan badan? kalau ada jangan sengan2 eh, pm aku lelaju - 0193190117

THINKING OF YOU AND COUNTING THE DAYS UNTIL WE MEET AGAIN!!! (^_^)


*Rindunyaaaa nak jaga makan,minum and everythingg! my love abang!, semoga kami tabah mengharungi hari2 yang mendatang. makin hari makin sayang bila berjauhan...**

k bai!










4 comments:

Irfa said...

hai dik ;)
baru kawen ye?
selamat pengantin baru ye
tq sudi singgah blog akak

HL ye?
ramai dah mendapat badan idaman dgn HL ni..akak je yg belum.haha

nik ros said...

selamat pengantin baru dear..belum terlambat lagi nak wish

faham perasaan org yg berjauhan dengan suami. sis pun mengalaminya..huhu

NinaAz said...

Tq bloggers

QasehnyaRania said...

in shaa ALLAH satu hari nanti pasti bersama..
sy pon pjj jugak dulu..hihi

penang -kl
selangor -jb

alhamdulillah skrg dduk skali ;)
cuma blom ada rezeki bb lagi.doakan kami ye :)