KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, December 4, 2012

Review Kek Pengantin

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Kali ni aku nak review sikit pasal Kek kawin kami hari tu. Temanya, kek buah-buahan. Bukan buah kismis yang padat pada kek tu, tapi hiasan atas kek tu yang ada buah-buahan campuran. Kek tu pulak aku pilih yang bersalut krim (whipping krim), bukan icing atau fondant yang keras dan manis tu. Aku tak suka kek icing/fondant. sebab nanti bila nak makan, mesti icing tu aku buang/ fondant tu pun aku buang. makan kek kat tengah-tengah jea. Kalau kek yang bersalut whip krim, dengan krim2 tu sapu habiss.. :)

Aku pilih kek span biasa jea, tapi ada filling blueberry. best woo.. lembut jea kek tu, macam tak puas makan sepotong. Patutlah aku tengok cepat jea laku kek tu. sedappppppppp!

Aku pilih kek yang jenis tiga tingkat ( kalau 10 tingkat, tak muat pulak rumah aku, hahaha). Sebab aku ada ramai sedara mara belah ma dan abah. kalau satu jea kek, tak cukup kot, tiga tingkat tu pun belum tentu, at least boleh la merasa sikit2 sorang, sape cepat dia dapat la kan?.  Adik beradik ma jea dah 7 orang ( 2 orang dah tiada - Alfatihah), adik beradik abah 5 orang. Boleh bayang tak aku ada berapa orang sepupu? belum kira anak sepupu lagi. hahahaha..

Aku tak makan sangat pun kek tu, makan time photographer nak ambik gambar jea. Tak de acara potong kek bagai, tak de tukar-tukar baju time nak potong kek tu.. pakai jea baju yang sama sampailah nak dekat asar, baru aku tukar pakai baju kurung biasa, abang pulak pakai kemeja biasa. hekhek


Cantik di luar, sedap bila dimakan. tu baru betul kan? 


Our Sweet Moments... Jom runtuhkan kek ini.. muahahaha! (Abang buat muka tak sabar nak makan)


Kek Tiga Tingkat : Rosma Redza

Photographer: Rasydan Ishak



k bai!


No comments: