KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, June 18, 2013

Halal Thai & International Food in Bangkok : Yana Restaurant

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Bagi penggemar Tomyam. Sila sediakan tisu untuk baca baca entri nih. motif tisu? untuk lap ayaq liuq yang akan meleleh-leleh nanti. muahaha. 

Okeh. Last entri Jumaat lepas aku ada cakap yang aku nak pergi Bangkok kan. Aha! So, hari ni aku ada bawak ole-ole bergambar dari Bangkok untuk santapan korang!!!! lalalalalaaaa~~ 

Kalau datang Thailand. makanan pertama yang ada dalam kepala aku. Of Course. TOMYAM. fuh! sangat rugi kalau pergi sana tak dapat makan tomyam yang sedap dap dap taw!.. Mungkin akan rasa sedikit terkilan bila balik Malaysia.ececece. 

Tapiiiiiii.... kalau dah jumpa tomyam yang sedapppp tuuu, balik Malaysia pun masih terasa kenikmatan dan kesedapannya. Tengok gambar pun dan-dan telan ayaq liuq tahu!. Kalau mengidam nih, memang bala ah. Tak kan nak terbang sana semata-mata tomyam? Ahaha. Agak melampau disitu. 

Ahad lepas. Sebelum balik Malaysia, kami singgah di Mah Boh Khrong Mall atau nama femesnya, MBK Mall. Kalau korang dari Don Mueng Airport, untuk ke Mall tu, senang jea. Ambik taxi jea kesana. mihmihmih. Hari tu kami kena 400baht. Agak terasa kecekikan darahnya. Aku rasa boleh dapat lagi rendah dari harga tuu kottt. tak sampai setengah jam pun. hahaha. 

Ini diaa... MBK Mall Bangkok!!!! Aku rasa, Mall ni lebih kurang Sogo jea kot. :)


Actually, kawan aku yang plan nak cari tomyam sedap kat sini. Ada sorang hamba Allah yang bagitahu dia, ada tomyam sedap dekat MBK Mall tu. So, apalagi, kami terus excited dan teruja nak kesana... Bab2 makan ni, memang tak boleh dipisahkan dengan kami. kahkahkah. Tengok orang lah beb! 

Macam tak percaya jea kami boleh sampai Mall ni. Walaupun hanya bertiga, berada ditengah2 Ibu Kota Bangkok, hanya berbekalkan beg galas dan beg ala-ala handbag cap Herbalife (beli time event, 450baht), berserta kaki yang melecet akibat terlampau banyak plus laju berjalan, bercakap dengan taxi driver bagai itik dengan kucing (Miow,miow VS duckduckduckduk), akhirnya, dapat jugak kami merasa duduk di Yan restoran. vavava gittew. 

Tetiba rasa *wah! hebat jugak kita ni kan*, juga rasa *Alaaahhh. senang jea nak jalan-jalan kat Bangkok nih. Macam Malaysia jea rasa* Boleh? kihkihkih

Yana restaurant. MBK Mall, Bangkok


Kalau dah namanya LUNCH, off course laa makan nasi kan. Macam tak berapa nak kena pulak kalau nak makan Chicken Chop dengan tomyam. ahaks!

Aku dan jerawat Bangkok, bersama dengan buku menu Yana restoran

Kawanku Blur tak tahu nak makan apa. semua nampak sedap.ihihihi


So, dalam banyak-banyak menu yang ada, menu yang terpilih adalahhhhh!!!!! *maaf jika anda telan ayaq liuq*

Ini menu utama kami. tengok dalam gambar jea pun dah berdebar2 rasanya. hahaha


Ini diaaaa. Tomyam Seafood
Harga: 299 Baht. lebih kurang rm29.90 kot! gulp. 


Ini tomyam ok. bukan gulai lemak kedaung. haha. Kepekatannya agak nampak disitu. setitik kuah pun kami tak tinggal. hirup habis!


Ini menu untuk sayur kami. Dua pilihan somtam. Kami pilih somtam Mango Salad

Mango Salad. Dah namanya mango, kalau yang jenis putih macam ni, confirm masam kan? masam-masam masin manis semua ada tahu. huhuhu. Aku taip ni sambil telan air liur. *gulp* serius sedap!!!. memang pure somtamlah!
Harga: 99 Baht


Menu sampingan. Stir Fried Sum-dried beaf with crispy basil leaves


Ini dia! Daging yang dimasak bersama daun Basil yang digoreng. Daun Basil tu crispy tahu. rangup kriuk-kriuk. Sebab tu lah mahal harga lauk nih. sebab ada daun basil kot (sejenis herba). Orang Itali suka sangat guna daun basil gabungan dengan Oregano untuk menghasilkan pizza yang sedap. Tapi orang Thai dia goreng daun ni dan masak bersama daging. Kreatif ssangat!!! :)
Harga: 169 baht lebih kurang rm16.90 

Late Lunch. ready to menternak lemak. hikhikhik

Untuk mengurangkan kalori semasa makan. minumlah air putih sahaja. tak main ahh air manis-manis nih. hahaha
*lihat dagukuuu. sudah berlapiskan??? terima kasih nafsu makan! :P*

Bill untuk 3 orang makan. Walaupun makanan kat sini agak up *bagi aku lahh kan*. Tapi sangat puas hati. yeah!


Next time, kalau datang Bangkok lagi, pasti aku datang lagi Yana restoran nih. yeah! nak bawak abang sekali. Abang pun suka makan tomyam kan? kan bang? Jom Bangkok?? 

So, kalau korang ada plan nak ke Bangkok tu, boleh la try makanan yang ada kat dalam Yana Restoran ni yea! confirm tak nyesal. 

YANA RESTORAN (HALAL FOOD) 
TINGKAT 5, MBK MALL,
BANGKOK THAILAD 
*betul2 tepi escalator*

Tq for reading. K bai!   




43 comments:

cha said...

Oiiii i dahla puasa memang terliurrrr slurppp. Kawan i dulu pg bangkok susah carik makanan halal so dia ckp pg kedai tomyam dalam mall je tapi mahal sikit dia kata. Entah entah kedai u pg ni. Eh basil tu i selalu guna dalam spaghetti i huhu

Khai♥Rin : anies said...

waduhhhhhhhhh leleh da niiiii ada sesiapa nk tolong lap kn? ;-)

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi
singgah baca entry jap...

Deqla Manjew said...

makk aiii sampai 600 lebih.. aiyok.. habis separuh gaji.. haha.. tp ok kot sbb share2 kan...hihi..

psst.. yup deqla keje situ.. nape ye? ;)

PerenLee said...

Bestnya...dapat jalan2 Thailand...jelez gua..

NinaAz said...

Deqla: 600baht. mihmihmih. ooo. xd. saje jea. nanti senang ah nak wat loan perumahan. hihihhii...

Lynda Che Lah said...

mengancam kalbu..tomyum tu mesti kaw kan..plus daging tu amat lah menarik..nak terjah nnti..dekat je kan bangkok :p

Zura Lee said...

tubik air liur aku, dh la blm brekfes !!!

Kakzakie said...

Betullah kalau ke Thailand mesti tomyam jadi sasaran menu makan. Kakak terliur dah ni Nina...

Normi Nieza said...

pttlah senyap blog dia..g bangkok rupanya..hihik..ole2 dr bangkok utk cik nor ada tak?haha

Mizz Aiza said...

akak baca entri nina sambil telan air liur.. huhu.. terliur tengok..

dilaella Ella said...

wah..sedap2 makanan..tgk gambar sambil telan air liur..glup hehe :)

:: Cik Viva :: said...

sedapnya..tomyam kat thailand konfem lah kaw kaw..slurrpp

Deqla Manjew said...

hahahaha... yeke.. kalo sini berapa nilainya.. nina keje gov ke?

Noe said...

lain ghopenya tomyam sana ngan tomyam sini...kat sana mcm masak lomak la plak ghopenya..sini mcm ada merah2 gitu...mmm x leh nak kata apa la...lap air liur je la..

:sour n sweet: said...

gulp....besynye...besynye...besynye!!!sangat jeles hokeh =(

Cik Sal a.k.a Titiana said...

dah balik dari Thailand ka? wahhhh syoknya ..

Miszyuyu said...

hai jom join contest saya.. http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html

Miszyuyu said...

hai jom join contest saya.. http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html

wawa syaida said...

adeh tomyam tu...sakit hatinya tengok...sedappp...mesti tak kan dapat sama macam tu kat malaysia....telan air liur huhu...dan2 perut pun bunyi huhuhu

Asyik Izas said...

terliur sudah ni..sedapnya..:)

Giorgio Izas said...

Hu3... Bestnye Thai Food... (^_^)
Tibe2 trase nk mkn Som Tum... Last skali mkn kt Pdg Besar, Perlis...
Nasi Gomok ade x?... He3

izan mama mia said...

haih...jap p ambik tisu dl..kikikiki...

Tihara said...

sodapnya, pure dari thai ni :)

Tihara said...

sodapnya, pure dari thai ni :)

ejulz said...

menarik.. teringin nak pegi sana.. :)

Terus doakan untuk sahabat ejulz ni k.. terima kasih "Doakan untuk dia"

AHMAD AFIQ said...

extravaganza xdapat g xper next time

NinaAz said...

deqla: aah.. gov. hehe. kalo kat sin dalam rm60++

NinaAz said...

afiq: ruginyaaa xjoin. best tawwww. hehee

NinaAz said...

giorgia: nasi gomok? apa tu... huuuu

aReLaN said...

perghhhh....memang terliur habis. yang penting halal.

Chic Na said...

konfemla kawww habis tomyam dia kan.. tengok harga macam mahal je kan padahal dlm baht. huhu..

Amanina Mads said...

shedapnyaa...hehehe
nina try makan pulut mangga kt sana. manis sgt

Nastyna said...

mleleh air liur ambo oi... sesesesedap jer sumer nya. Basil Thai ni mmg penuh flavour, makan nasi kosong ngan daun tu pun dah rasa kesedapan dia. Tom yam depa toksah cakap la, dah la I ni tekak siam. aduhhhh.

nadia arrumaisha said...

wahhhh bestnyer dear...dapat gi jalan2...huhuhu

Jojet said...

bestnyaaaa tomyam tu, kecurrrr semua cacing belaan aku!!

Annyss Aleeya said...

masakan tomyam thailand mmg mantap. mabeles. haha. untungla kak Nina. kejelesan di sini. kihkih.

SFaezah said...

tempting nya food kat situ!

Liza Razak said...

aduhhh..meleleh betul tgk tomyam tu!

Kak Tie said...

lusa hubby akak ke Bangkok,ada kije sket..leh singgah restaurant ni

Remy hazza said...

sedap menu tu...dah lama tak mkn somtam.......

nik ros said...

nina, sedapnyer tgk mkanan dia. terliur akak ok.

btw suka tgk kulit nina.cantik walaupun tanpa make up. akak jeles..huhu

Anonymous said...

Somtam tu maknanya papaya salad (kerabu mangga)? Ke 'kerabu' kat sana dipanggil somtam?
Great info by the way, thanks