KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, June 12, 2013

Burger bakar dan Meatball Abang Burn

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sejak aku baca dalam belog Sepet dan Irene pasal Abang Burn, teringin sangat nak makan burger bakar Abang Burn. Aku sangat pantang bila tengok makanan yang melazatkan. mesti teringin nak makan. Mengidam mengalahkan orang pegnent taw!. sampai terbawa2 dalam mimpi. dasyat kan? 

Hari Ahad hari tu baru aku menyempat nak merasa kelazatan burger bakar Abang Burn. Dalam banyak2 tanah jajahan Abang Burn, yang paling dekat dengan aku, Jajahan Cheras Perdana. tak sampai 15 minit dah sampai. mihmihmih. kalau cenggini dekatnya, makin kerap ler aku ternak lemak kat abang burn ni. muahahahaha. 

kalau korang nak tahu mana lagi tanah Jajahan Abang Burn, boleh klik sini eh --> LOKASI ABANG BURN  

Lokasi di Cheras Perdana ni betul2 dekat Food Court Cheras Perdana. So, senang la nak cari. kalau korang pengguna waze. set jea Medan Selera Cheras perdana. confirm jumpa.

Burger bakar Abg Burn Cheras Perdana


Kami bungkus Burger Bakar daging Blackpaper DOUBLE plus cheese seketul. Haaa. double kau. seketul untuk aku, seketul untuk abang. cheese tu kerat dua. *tapi cheese tu cair daaa* hahaha.



Lepastu, kami bungkus jugak meatball abang burn. Terliur tengok mushroom brown source meatball tu. fuh! serius meleleh kau. 


Mushroom source ni aku hirup sampai licin kau. Nampak tak kesedapannya disitu?


Aku suka sangat hirup mushroom brown source meatball. sedap sangat weh. rasa mushroom tu pure gila. Abang makan seketul jea meatball. Balance lagi 9 ketul, aku yang sapu. hahaha. teruk sangat nafsu makan.  

Sos Blackpaper burger pun sedap. dah la meleleh sosnya. Rasa blackpaper memang aku suka. letak banyak2 pun tak pe. Lagi satu, daging burger tu padat sangat. tak macam burger2 yang selalu aku makan.


Mantapkan daging dia. Fuh. Aku suka daging ni


Next time, nak cuba Burger Bakar Kaw-Kaw pulak. ramai yang cakap sedap. Tapi tak tahan aku bila orang cakap kena beratur panjang dan tunggu lama-lama. Tapi.. nak jugak cuba. bila? tak tahu bila. haha  

TQ for reading. k bai!   



18 comments:

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

Mizz Aiza said...

nampak sangat sedap.. percaya tak akak tak pernah makan burger bakar? lepas baca entri nina, nak kena cuba la lepas ni nampaknya.. hehe..

Deqla Manjew said...

aiyoooo terliur deqla tgk.. sedap nampaknya tu...kat cheras ye..? nak cubalah!

NinaAz said...

Deqla. Mesti cuba!

Kakzakie said...

Tempat kakak ada juga burger Bakar tapi nama org tu yg Bakar hihi... burgernya sama macam biasa so tak adalah special macam ini...

Giorgio Izas said...

Giorgio bru lpas layan Burger 'Burgumbera' 2 hari lepas... Best 2.. (^_^)

mama tisya said...

rmi ckp meatball tu sedap tp tk sempat p try lg..yg kaw2 dkt gk ngan umh tk p jugak lg..hehehe

Asyik Izas said...

tak pernah lg try burger abg burn ni..

Khai♥Rin : anies said...

perrghhhh da la lom mkn tghari nii!!!!


p/s nina tqvm kasi url site tu....laju je tangan mengorder hikhikhikhik... kem salam kt adik tu...ckp kt dia, x dtg kl tgk jong kook ke jumaat ni? ;-)

Zura Lee said...

blh jdk pengacara jjcm dh nih...details gile ckp psl daging tuh..

misz sheyla said...

kaw2 pun sedap..tapi tu la kena beratur... ari tu balik keje aje terus pergi gerai die...tunggu smpai die bukak..makin lama makin ramai orang padahal gerai x bukak lagi...nasib baik brader tu perasan kitorang, sebab kitorang paling awal sampai + membe tengah pregnant time tu..dapat la number 2... eh panjang nau komen..dah boleh buat 1 entry dah ni...hihi

Sally Samsaiman said...

takde geng nak g..huhu

wawa syaida said...

ninaaa sedapnyyy...dah lama mengidam meatball abg burn ni huhu

Yumida Huda said...

mayonis tu menggiurkan
telan air liur je nengok
dahsyat banner dia..klo yumida pon tergoda gak nak order
teringin nak belik burger ramly lagi...sedap!

cha said...

bg i burger abg burn ni biasa je. sedap lg kaw kaw. tapi lg sedap notbadlaagrill antara semua burger tu hehe

nik ros said...

nampak sgt sedap. lama dah teringin makan.nanti kena pi cari ni...hehe

QasehnyaRania said...

memang kaw2 la :)

Anonymous said...

diaorang pindah ker bdr tun hussein onn dah..