KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, July 10, 2019

Berpantang anak ke-3

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah. Aku dah selamat bersalin pada 29 June yang lalu. Harini baru masuk hari ke-12 berpantang. mihmihmih. lagi banyak hari oiii. 44 hari katanya!!.. hehe. 


Girl  |  3.82kg  | Normal deliver  |  Non - Episiotomy  |  2nd degree tear  |  HUKM  |  6.26 am  |  29 June 

Berpantang kali ni rasa macam baru first time berpantang. haha. Rasa macam kekok semua. Almaklumlahh... sebelum ni dedua anak berpantang kat kampung. Mak sendiri yang jaga. Makan, mandi anak tu semua mak dan adik-adik yang ambik port. Husband pulak cuti 7 hari jur, pastu dah balik KL, makanya pantang lah aku kat kampung sampai nak habis cuti 90 hari tuu. hahaha. Bahagia oiii. 

Tapi kali ni 360 darjah berubah. Semua buat sendiri. Alhamdulillah lah, husband memang banyak membantu. Makan waktu pantang memang dia yang sediakan. Sebelum pegi kerja dah masak sesiap untuk aku. kihkih. Padahal boleh je kan nak buat sendiri. Tapi tula.. dah terbiasa orang lain yang buatkan. kihkihkih. Bab mandi anak memang aku serammm. husband jela yang mandikan. 


Sup, bakar, stim.. itu ajelah lauk pantangnya. Ayam daging chef belum buat lagi. coming soon. hahaha.

Penambah selera. Adik aku buat dan jual. CRUNCHY GARLIC ada, Serunding halia pun ada. 
Serunding halia tu adik aku campur dengan ikan bilis dan bawang merah kot. Sedak gile oiii. 
SILA ORDER. KONTEK NOMBOR DIATAS

Sumandak kesayangan dedi. hehe

Dedi kasi mandi. Kalau hari kerja, tunggu dedi balik kerja baru mandi. hakhakhak

Ubat masa pantang 

Tiap kali pantang dari anak nombor 1 dan 2, aku makan ubat pancho. Ni kalau warga kelate ni memang tak asing lagilah klinik pancho ni dengan ibu-ibu bersalin. Ubat klinik pancho ni bukan main terus boleh beli kat kaunter. Kena masuk jumpa doktor dulu. Nanti adalah dia tanya pape.




Aku haritu adik yang tolong belikan. So adik lah yang kena temuramah dengan doktor. hekhek. Pakej ubat dia ikut minggu. 

Ada 5 jenis ubat (antibiotik, kecut peranakan, luka dalam, sembuh bersalin dan mudah buang air besar)




Harga ubat:


Dua minggu - RM120 
Empat minggu - RM210 

Sepanjang berpantang aku makan ubat pancho ni aje dengan Minyak kelapa dara (brand treenea). Minyak kelapa dara ni memang aku dah amalkan masa awal-awal mengandung. first time makan treenea masa pregnantkan anak nombor dua. Lepas bersalin, stop. Sampailah pregnant pula anak nombor tiga. hehe 

Baby Jaundis 

Baby jaundis ni dah macam normal bagi aku. Dari anak nombor 1 lagi dah kena jaundis. Daffa dalam dua minggu aje. Dafna yang prolong jaundis, sebulan kot.. lupa. Baby sekarang ni pun jaundis. mungkin dua minggu jugak kot ikut abang dia. hahaa. Amin. 

Bacaan kuning pun dah makin turun dan turun. Alhamdulillah. Baby jaundis ni ibu tak maw le stress2 yea. Kena faham kenapa baby anda jaundis dan kenal pasti baby anda tu jaundis jenis apa

Kalau fisiologi jaundis itu normal lah.. tambah-tambah lagi aku ni haaa berdarah 0. Ada kaitan juga katanya. hehe 

Just breastfeed your baby. Bagi aje susu banyak-banyak. Kencing berak banyak, cepat la turunnya. Ibu pun kena jaga makan kalau nak cepat turun. So, aku stop dulu makan KUNYIT, HALIA dan LADA HITAM buat masa sekarang. Nanti dah OK, sambung makan balik. ahaks! 


Info ringkas berkaitan dengan Jaundis: KLIK HERE 

Follow up jaundis di KK BTHO. hehe. Rambut baby pacak macam dedi yea. Kalah kakak nana dengan abang Appa. time baby tiada rambut. ihihihi


Pakej pantang

Bab mengurut, tungku bagai pula. Dari taun lepas lagi aku survey. Kat KL ni ko paham laaa harga dia kan. Terpaksa pejam mata. Jauh langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan harga kat kampung. huwaaaa. kena menabung awal2. 

Asalnya aku nak booking dengan Natalis, bila bincang dengan husband, dia tak setuju sebab CL tu nanti memang duduk aje kat rumah aku ni ha. Kalo ambik pakej 14 hari.. 14 hari le dia ada kat sini. lepastu husband aku pulak cakap kalau setakat masak, basuh baju, mandikan baby bagai semua tu dia boleh buat. tak payah suruh orang. aaa gittuww. 

Bila dia dah cakap macam tu... aku pun survey laa hak lain pulak. ekceli dah lama follow puan Azniza ni. Aku suka baca sharing dia sepanjang dia jadi midwife. So bila tahu dia ada juga buat partime job mengurut bagai ni. Apalagi. terus la wassap dia booking tarikh. hehe. Booking tarikh tu bagi je EDD kita. Zero deposit. hehe


Page: SENTUHAN BIDAN AZNIZA

Ada banyak pakej. Antara pakej yang ada. Aku pilih pakej Mawar yang 7 hari

Alhamdulillah. dah selesai dah pun pakej 7 hari aku. last semalam. Kalau ikut nafsu, nak aje sambung lagi cukup 14 hari. haha. Tapi poket kata tak pe lah.. lain kali ajee lah. hahahaha 

Aku suka sangat time scrub, mandi herba, bertangas dan sauna. badan rasa fresh gila. berpantang sebelum ni aku tak pernah buat tu semua. bidan kampung, ngurut tungku ajelah.. 

Lagi satu, kak azniza ni banyak share ilmu-ilmu yang menarik,. ko tanya je apa yang berkaitan dengan bersalin, menyusu, berpantang,, jaundis.. InshaAllah dia akan jawab dengan berhemah. hikhik. Orang banyak pengalaman. aa gitu laaa. Jawapan dia sangat-sangat menyenangkan hati. MODE POSITIVE ON. gitu laaa lebih kurang. 

INGAT YE... 


JANGAN BULI IBU BERPANTANG 


Ituuu tema dia. ahaks!! 

Time mengurut pun baby boleh menyusu. first time aku bagi baby menyusu dalam keadaan baring. senang aje rupanya. Lekap aja baby kat dada.,, aaa papandai la dia cari dan tukar posisi kalo hidung terhalang. ceredikkk baby ni ghupanya. hehe.


Baby bergambar kenangan dengan kak azniza :)

Doakan yang baik-baik buat kami. Semoga anda semua berada dalam rahmat ALLAH. Insha Allah 

TQ for reading!!. K bai~    



No comments: