KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Friday, August 9, 2019

Baby batuk dan selesema

Assalamualaikum... 


Bila baby yang terkena jangkitan dari abang dan kakaknya.. 

Mula la risau tak taw nak buat apa. 

Pengalaman pertama bagi aku.. baby tak sampai umur sebulan dah kena selesema dan batuk. 

Alhamdulillah. Sekarang Dafni dah sihat.



3 Minggu lepas start dengan macam ada hingus dalam hidung dia. Tapi dia mcm tak reti nak keluarkan. Duk dua hari jugala macam tu. Lepastu bersambung pulak dengan batuk. Ada time time dia batuk. Tak berpanjangan. 

Aku just monitor ajelah. Tengok dia punya pernafasan. Lekuk2 kat dada ada ke tak. Alhamdulillah nampak dia OK. Menyusu pun tak de masalah. 

Aku just on ubat2 luaran ajelah untuk dia.



Sepanjang masa dalam bilik aku on aje diffuser ni. Diffuse lemon + R.C. Memang membantu betoi. Masa mandikan dafni pun, aku letak RC + Lemon dalam air mandian dia. Untuk sapu pun aku mix kan jugak RC + lemon + minyak kelapa dara. Aku sapu kat betis, dada, batang hidung. 

Minyak telon, krim herbal, minyak yuyi, baby balsam punnn aku guna jugak untuk sapu kat dafni.



Penyedut hingus pun Wajib ada. Memang senang sangat guna bendalah ni. Dan sangat sangat membantu untuk keluarkan hingus kat dalam hidung baby. Almaklumlah dia tak pandai nak keluarkan sendiri.




Itu ajelah usaha aku untuk legakan dia.. Kerap susukan dia. InshaAllah sihat dengan izinNya. 

TQ for reading k bai~ 




No comments: