KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, December 4, 2012

Wedding Review : Meja Tempat letak Hadiah

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Meja tempat letak hadiah pun nak kena review kea? Hakhakhak...

Idea pasal meja tempat letak hadiah ni aku dapat hasil google dari internet jea. Asalnya aku google nak cari pasal meja candy buffet, tetiba terjumpa pasal meja hadiah pulak. So, aku tengok2 jea lah. Aku pun dah lupa mana link entry blogger tu. Tapi dia punya meja memang lawa kemain la.

Aku guna meja bujur panjang yang sedia ada. Letak kain jersey warna pink terang. Pastu gunting2 kertas warna warni tampal dekat doily paper. Tulis perkataan THANK YOU, stapler setiap satu di tali rafia kemudian ikat kat almari. Buat macam ampaian nak jemur kain tu. Kat bawah doily paper tu, klip dengan penyepit kayu supaya doily paper tu tak terbang berputar2. hikhik..

Motif meja hadiah? - Supaya hadiah dan pemberian dari tetamu tidak diletak bersepah2 entah mana-mana letaknya.. So, bila dah ada meja senang sikit nak susun dan letak kan. Aku dah sedia tugaskan adik aku yang nombor 5 untuk kemaskini meja ni. Awal-awal tu kemas laaa.. bila hadiah dah melimpah ruahhh... tak de maknanya adik aku nak kemas.. hehe.. tq mc pah! nanti ko kawin, turn aku pulak jaga yea..kihkih..

Ni adik aku no.5 Siti Arfah - still lagi student kat UTeM Melaka, single ok! :P


Dah tak larat nak susun, so sepahkan jea lah. Nampak tak doily paper yang aku ikat dengan tali rafia tu. kih3. makin lama makin mengendur la pulak =,=



Ni hari esoknya. aku susun elok-elok2. Asingkan tin biskut, hadiah yang berbungkus, susu dalam tin dan gula


Macam kedai borong gula pasir pulak (^_^)



Terima kasih buat tetamu-tetamu yang hadir. Terima kasih diatas pemberian anda semua. Yang tak hadir pun kami ucapkan berbanyak2 terima kasih diatas doa kalian semua juga kiriman hadiah buat kami berdua.


**Sayang korang**


k bai! 

2 comments:

Farhain Azmi said...

wow...meriahnya..byk dpt hadiah. gula tu paling berguna..hehe

Didie Kamila said...

Fuyoo byk nye hadiah..rmai ye bg gula..1st time tau..