KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Honeymoon ♥DanishNina♥. Show all posts
Showing posts with label Honeymoon ♥DanishNina♥. Show all posts

Sunday, October 30, 2016

Seoul, Korea (Part 2): Namsan Seoul Tower

Assalamualaikum 


Hari pertama sampai Seoul, kami terus ke Namsan Tower. ni lah tempat pertama yang kami jenjalan. Lepas settle check in dan isi perut, kami terus keluar dari guesthouse jalan kaki menuju ke jalan besar untuk ke namsan tower (belok kiri dari namsan guesthouse 2) 

Hajat di hati nak mendaki sampai ke puncak, tapi malangnya, belum apa-apa mak dah semput nak oi. haha. nampak je tenang jalan yang kami lalu tu, tapi, dia punya angle, lebih kurang 40-50 darjah kot. agakla. 

Kami ada dua pilihan untuk ke namsan tower 

1. By bus 
Namsan Sunhwan shuttle bus (bas nombor 2) Bas ni boleh ambik dari chungmuro station (exit 2). Kalau memang dah duduk area Namsan macam kami ni, boleh tahan jea bas ni kat mana-mana bus stop. yang penting, nombor 2 :) 

2. Namsan cable car



Sebab teruja dengan cable car diaorang, kami pun join la naik cable car untuk ke namsan tower

Harga tiket untuk dewasa (return) - KRW 8500

Keluar je dari cable car tu, terus jatuh cinta dengan view ranting-ranting pokok. Cantik sangat. Masa kami pergi sana tu, kalau tak silap aku baru lepas musim luruh kot. So, yang tinggal hanyalah ranting-ranting kayu. bunga belum keluar lagi. Nak tunggu musim bunga baru datang memang tak taw tahun bila lah. Maklumlah, kerja. bukan senang-senang aku nak ponteng. ececece. berdedikasi sangat.!


Mak kita pose dengan ranting kayu. :)

Pemandangan di sekitar area namsan tower ni sangat-sangatlah menarik, tenang dan cantik. Walaupun di kelilingi dengan kunci-kunci cinta (femes part) jea, tapi dia punya view tu bagi aku sangat unik. tak de kat Malaysia. haha. gitu. poyo sangat kan :P







Nak lock yang mana yeaa..
 erm.. 
nak tulis nama lara ke aisyah? 
erm...
 kuikuikui

Gaya senapang ada dimana-mana




Posing sakannnnn nampak. 
orang lain lama duk menunggu daffa ni. 
tak reti-reti habis. 

Hati daffa untuk ibu dan dedi, katanya :)


Tok ma dan daffa. sayanggg ketat-ketat :)

Suami aku suruh posing kat sini. katanya femes tempat ni. selalu keluar dalam running man. eh? sejak bila dia reti running man ni? hahaha. layan je la~






Kejap je kami duk atas tu, menikmati keindahan alam dan angin bayu yang sejuk dingin seminit dua lepas tu terus ke cable car balik rumah.  

OTW turun bukit untuk ke guest house, singgah kopi-kopi dulu. Ambik nafas sesaat dua, baru panjangkan langkah balik. hehe. Biasalah, time ni tengah pregnant 6 bulan plus, so semput tu perkara biasa. kikiki.





Sampai bilik pulak, sambung minum susu pisang.


Dua jenis rasa yang berbeza. yang hijau tu lupa dah perisa apa. 
kami suka yang belah kiri tu. susu pisang. hehe. 
tengok, daffa pun suka yang tu :)

Malam tu memang kami tak de kemana-mana. terbungkam jea dalam bilik. 
Layan wifi free. 
layan anak. 
lepastu Zzzzz. kumpul energy untuk destinasi seterusnya! bye~  

TQ for reading! Jumpa lagi dilain waktu InshaAllah      




Saturday, October 29, 2016

Seoul, Korea (Part 1): Namsan Guest House

Assalamualaikum 

Baru nak bukak cerita pasal Korea. hehe. Simpan sebagai kenangan dan rujukan dimasa hadapan. gittew! :) 

Kalau sebut pasal Namsan, benda yang paling femous area situ adalah Namsan Tower. Alaaa. kat tempat padlock tu le. yang banyak-banyak kunci mangga warni warni tergantung di sekalian tempat. Namsan Tower tempat wajib singgah kalau datang Seoul. katanya :) 

Bab-bab tempat nak menapak, tempat nak landing, tempat nak tidur, 100% aku serah pada sawo yang handle & booking. Gigih dia buat review sana sini. 

ya, aku nampak kegigihan dia, sampai sanggup dia beli buku pasal Backpacker Korea. woha. :) So, aku kena redha je lah macam mana rupanya tempat tidur kami. sebab dah tak ambik peduli kan. hikhik. Lagipun aku bukan jenis yang memilih pun, mana-mana jea janji dapat tidur dan selamat.  

Last-last, pilihan dia Namsan Guest House. Namsan Guest house ni dia ada 3 guest house yang berdekatan. semuanya sederet je, cuma jarak je yang berbeza. Namsan Guest House 1, Namsan Guest House 2, Namsan Guest House 3. pilihan kami, Namsan Guest House 2 :) 

Namsan Guest House 2 : RM80 (per night)



Untuk ke guest house ni tak susah pun, sebab ianya betul2 berada dekat dengan myeongdong. Myeongdong ni kawasan yang sangat-sangat komersial, popular dengan tempat shopping street dan street food. Tapi, kawasan ni memang mahal segala bagai. berhuhuhu jea lah.

Dari Incheon airport kami naik bas je untuk ke guest house. Ambik bas bernombor 6015 (bayaran: KRW 10,000). Kalau nak naik subway pun boleh, tapi sebab malas nak mengangkut barang dengan beg nya lagi, so naik bas lagi rilex. Untuk ke Namsan guesthouse tu agak pening sikit bagi newbie. maklumlah, guesthouse murah jea diknon, nak mencari tu kena ada kesabaran yang tinggi, lagi satu, korea ni tempat dia banyak yang berbukit, stamina kena kuat sikit, kalau tak semput akan ada dimana-mana sahaja. 

Kitaorang just cakap SEJONG HOTEL jea kat driver bas tu. senang. sebab nak speaking korea kami tak reti. so sebut jelah hotel kerlas2 5 bintang, kompen dia taw. hahaha. Dari sejong hotel tu, kena melintas jalan besar dulu. Jumpa lagi hotel 5 bintang, PACIFIC HOTEL. 

Guest house yang kami duduk tu ada belakang pacific hotel. satu lorong jalan yang sederhana besar. jalan pulak jenis membukit. memang boleh kurus kalau sebulan duduk korea. yang aku hairan, diaorang rilex je naik turun bukit, tak semput langsung aku tengok. perati je dari jauh. erm. dah kebal agaknya kan. hari2 naik turun bukit.


Ambik nyawa dulu lepas mendaki bukit. Check in apa yang patut.



Lepas punggah barang masuk bilik, terus cari dapur nak makan nasi. hehe. Dapur guest house ni OK la, not bad. cantik pula tu, lagi cantik dari dapur rumah aku. bahaha 

Macam-macam ada, mesin basuh pun ada sekali kat dapur ni. hehe




Nasi goreng Brahim's. Ni jelah bekalan kami sepanjang duk sini

Nampak je bodoh-bodoh macam ni, tapiiii sedap oi. boleh berebut makan ni



Tempat kami lepak makan pulak kat luar. boleh layan angin sejuk sambil minum kopi panas. fuh!


tempat kami lepak makan-makan setiap hari :)

Kami dapat bilik kat area atas. lepas dakit bukit, kena gigih naik tangga pulak. haha. Bilik pun tak de lah besar sangat, muat-muat jea. bilik untuk tidur dan berehat je, selebihnya jalan-jalan.


Kawasan atas, tempat bilik kami

Biliknya lebih kurang macam ni jelah. hehe. cute kan?
 korean sangat tu tidur atas lantai. hakhak

Apa yang menariknya Namsan Guest House ni, Selain dari keadaan bilik dan dapur yang selesa, dia punya lokasi bagi kami agak strategik lah. dekat dengan myeongdong street, dekat dengan Namsan Tower, dekat dengan subway station. Semua tu jalan kaki je. haaa. lagi satu dekat dengan 7E. hari-hari dapat angkut banana milk fresh. haha. 

Namsan Guesthouse 2: Recommended bagi backpacker jimat lagi bajet macam kami. wink3 :) 
   
TQ for reading. jumpa lagi dilain waktu InshaAllah      




Saturday, October 25, 2014

Daffa swim like a boss!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Awal2 masa anak aku lahir dulu, kemain tak suka budak ni bila kena air. Asal time nak mandikan dia jea wajib aku berdebar2. Berdebar2 sebab takut plus risau, walhal bukan aku yang mandikan pun. hehe. Mana taknya, menangis bagai kena pelempang 2 das time mandi. hadoiiii. Daffa,daffa. 

Tapi sekarangggg... hah! time mandi memang time feveret. Mandi pulak dalam baldi. Tak rendam dalam baldi tak sah, bisingggg jea dia dengan bahasa yang dia sorang jea yang paham. membebel lah kononnya. Nak tak nak, aku bubuh jea dalam baldi, baru senyap. haha. mandilah dalam baldi kau nakkk. :D 

Plan untuk bawak daffa berendam dalam pool ni dah lama sebenarnya kitaorang plan. Last2, cuti deepavali ni jugak baru ada chance nak pergi. Short Vacation lahh lebih kuranggg. Dalam KL jea punnn... nak pergi swim dekat Maldives tak mampu uollss. bahaha

 
Muka tak puas hati sebab holiday dalam KL jea. kikikiki. Daffa with his fevret toys. turtle and cowWatch :P


OOTD Daffa Ezra: Swimming Suite (Jusco MidValley), 
Swimming Pampers (beli masa pergi Hippopo Spa, RM4 sekeping), 
Neck Float (Toy R us), 
Ducks toy (Toy R Us)

My Son excited! Ready to SWIM!!!

Welfie before swim!



Pool dekat Swiss Garden Residence ni ada 3. 1 untuk kanak2, dua lagi untuk dewasa. Memula daddy dia letak dalam pool kanak2. rendam kaki daffa dulu sebab anak aku ni selalunya kalau mandi aku memang mandikan dengan air suam. So takut dia terkejut maks! bagilah dia rendam kaki dulu. air kolam pepaham jelah sejuk dia macam mana kan. hehe. 

Lepas tu baru masukkan daffa dalam neck float. Tapi! punyalah membebel macam mak nenek plus goyang2 dalam air plus geleng2 dia punya float. Guess what??? Sebab dasar pool tu boleh dia pijak dengan kaki. So, tak sukaaalah diaaa!!! hadoiii... Daffa, daffa.

Kaki boleh sentuh dasar pool. ahaks!


Nak tak nak, bagilah dia masuk dalam pool dewasa. hehe. Barulah bertenang dengan enak sekali. Kaki pun dah boleh hayun sikit2.. yeay!! Gooooodddd boy Daffa! Nanti boleh le daffa ajar ibu swim2 pulak. kikiki :)


Daddy ajar  water confident. hahaha. Kelako giler tengok muka daffa time ni. hahaa

Swim dengan penuh bergaya. Like a boss. Tak suka orang dekat2 dengan dia. Bajet macam Pandalela lettewww!

Kesayanganku. Daffa with his lovely Coach :P



Second day, pagi2 buta lagi Daffa turun swim. Memang betul2 tak reti sejuk. hehe. Kali ni daddy masukkan dalam pool yang lagi dalam dari semalam. Kemain happy anak ibu. kaki dah kuak terlentang, tangan dah pandai kais2, sebelah kais sebelah pegang pelampung. haha. Masih lagi nampak kurang keyakinan disitu!! cayokkk daffa cayokkk!!





Daffa with his aunts and uncle and of course his coach! :)




Muka tak puas hati, orang lain dalam pool, dia dah naik atas. 



Memang betul2 short vacation. Agenda full dengan agenda anak sahaja. kikiki. Mohle kita kumpul duit duapuluhsen sehari menabung untuk bawak daffa swim di Maldives yea daffa. Lagi siokkkkkk!! 



Selfie. My family. Ibu Daddy Daffa. LOVE


OK uolls!!! eh jap, mana lagi pool yang menarik untuk dikunjungi ek selain private pool di lexis? mohle sharing.. hehe 

TQ for reading! Kbai~