KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, October 29, 2016

Seoul, Korea (Part 1): Namsan Guest House

Assalamualaikum 

Baru nak bukak cerita pasal Korea. hehe. Simpan sebagai kenangan dan rujukan dimasa hadapan. gittew! :) 

Kalau sebut pasal Namsan, benda yang paling femous area situ adalah Namsan Tower. Alaaa. kat tempat padlock tu le. yang banyak-banyak kunci mangga warni warni tergantung di sekalian tempat. Namsan Tower tempat wajib singgah kalau datang Seoul. katanya :) 

Bab-bab tempat nak menapak, tempat nak landing, tempat nak tidur, 100% aku serah pada sawo yang handle & booking. Gigih dia buat review sana sini. 

ya, aku nampak kegigihan dia, sampai sanggup dia beli buku pasal Backpacker Korea. woha. :) So, aku kena redha je lah macam mana rupanya tempat tidur kami. sebab dah tak ambik peduli kan. hikhik. Lagipun aku bukan jenis yang memilih pun, mana-mana jea janji dapat tidur dan selamat.  

Last-last, pilihan dia Namsan Guest House. Namsan Guest house ni dia ada 3 guest house yang berdekatan. semuanya sederet je, cuma jarak je yang berbeza. Namsan Guest House 1, Namsan Guest House 2, Namsan Guest House 3. pilihan kami, Namsan Guest House 2 :) 

Namsan Guest House 2 : RM80 (per night)



Untuk ke guest house ni tak susah pun, sebab ianya betul2 berada dekat dengan myeongdong. Myeongdong ni kawasan yang sangat-sangat komersial, popular dengan tempat shopping street dan street food. Tapi, kawasan ni memang mahal segala bagai. berhuhuhu jea lah.

Dari Incheon airport kami naik bas je untuk ke guest house. Ambik bas bernombor 6015 (bayaran: KRW 10,000). Kalau nak naik subway pun boleh, tapi sebab malas nak mengangkut barang dengan beg nya lagi, so naik bas lagi rilex. Untuk ke Namsan guesthouse tu agak pening sikit bagi newbie. maklumlah, guesthouse murah jea diknon, nak mencari tu kena ada kesabaran yang tinggi, lagi satu, korea ni tempat dia banyak yang berbukit, stamina kena kuat sikit, kalau tak semput akan ada dimana-mana sahaja. 

Kitaorang just cakap SEJONG HOTEL jea kat driver bas tu. senang. sebab nak speaking korea kami tak reti. so sebut jelah hotel kerlas2 5 bintang, kompen dia taw. hahaha. Dari sejong hotel tu, kena melintas jalan besar dulu. Jumpa lagi hotel 5 bintang, PACIFIC HOTEL. 

Guest house yang kami duduk tu ada belakang pacific hotel. satu lorong jalan yang sederhana besar. jalan pulak jenis membukit. memang boleh kurus kalau sebulan duduk korea. yang aku hairan, diaorang rilex je naik turun bukit, tak semput langsung aku tengok. perati je dari jauh. erm. dah kebal agaknya kan. hari2 naik turun bukit.


Ambik nyawa dulu lepas mendaki bukit. Check in apa yang patut.



Lepas punggah barang masuk bilik, terus cari dapur nak makan nasi. hehe. Dapur guest house ni OK la, not bad. cantik pula tu, lagi cantik dari dapur rumah aku. bahaha 

Macam-macam ada, mesin basuh pun ada sekali kat dapur ni. hehe




Nasi goreng Brahim's. Ni jelah bekalan kami sepanjang duk sini

Nampak je bodoh-bodoh macam ni, tapiiii sedap oi. boleh berebut makan ni



Tempat kami lepak makan pulak kat luar. boleh layan angin sejuk sambil minum kopi panas. fuh!


tempat kami lepak makan-makan setiap hari :)

Kami dapat bilik kat area atas. lepas dakit bukit, kena gigih naik tangga pulak. haha. Bilik pun tak de lah besar sangat, muat-muat jea. bilik untuk tidur dan berehat je, selebihnya jalan-jalan.


Kawasan atas, tempat bilik kami

Biliknya lebih kurang macam ni jelah. hehe. cute kan?
 korean sangat tu tidur atas lantai. hakhak

Apa yang menariknya Namsan Guest House ni, Selain dari keadaan bilik dan dapur yang selesa, dia punya lokasi bagi kami agak strategik lah. dekat dengan myeongdong street, dekat dengan Namsan Tower, dekat dengan subway station. Semua tu jalan kaki je. haaa. lagi satu dekat dengan 7E. hari-hari dapat angkut banana milk fresh. haha. 

Namsan Guesthouse 2: Recommended bagi backpacker jimat lagi bajet macam kami. wink3 :) 
   
TQ for reading. jumpa lagi dilain waktu InshaAllah      




No comments: