KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, October 30, 2016

Seoul, Korea (Part 2): Namsan Seoul Tower

Assalamualaikum 


Hari pertama sampai Seoul, kami terus ke Namsan Tower. ni lah tempat pertama yang kami jenjalan. Lepas settle check in dan isi perut, kami terus keluar dari guesthouse jalan kaki menuju ke jalan besar untuk ke namsan tower (belok kiri dari namsan guesthouse 2) 

Hajat di hati nak mendaki sampai ke puncak, tapi malangnya, belum apa-apa mak dah semput nak oi. haha. nampak je tenang jalan yang kami lalu tu, tapi, dia punya angle, lebih kurang 40-50 darjah kot. agakla. 

Kami ada dua pilihan untuk ke namsan tower 

1. By bus 
Namsan Sunhwan shuttle bus (bas nombor 2) Bas ni boleh ambik dari chungmuro station (exit 2). Kalau memang dah duduk area Namsan macam kami ni, boleh tahan jea bas ni kat mana-mana bus stop. yang penting, nombor 2 :) 

2. Namsan cable car



Sebab teruja dengan cable car diaorang, kami pun join la naik cable car untuk ke namsan tower

Harga tiket untuk dewasa (return) - KRW 8500

Keluar je dari cable car tu, terus jatuh cinta dengan view ranting-ranting pokok. Cantik sangat. Masa kami pergi sana tu, kalau tak silap aku baru lepas musim luruh kot. So, yang tinggal hanyalah ranting-ranting kayu. bunga belum keluar lagi. Nak tunggu musim bunga baru datang memang tak taw tahun bila lah. Maklumlah, kerja. bukan senang-senang aku nak ponteng. ececece. berdedikasi sangat.!


Mak kita pose dengan ranting kayu. :)

Pemandangan di sekitar area namsan tower ni sangat-sangatlah menarik, tenang dan cantik. Walaupun di kelilingi dengan kunci-kunci cinta (femes part) jea, tapi dia punya view tu bagi aku sangat unik. tak de kat Malaysia. haha. gitu. poyo sangat kan :P







Nak lock yang mana yeaa..
 erm.. 
nak tulis nama lara ke aisyah? 
erm...
 kuikuikui

Gaya senapang ada dimana-mana




Posing sakannnnn nampak. 
orang lain lama duk menunggu daffa ni. 
tak reti-reti habis. 

Hati daffa untuk ibu dan dedi, katanya :)


Tok ma dan daffa. sayanggg ketat-ketat :)

Suami aku suruh posing kat sini. katanya femes tempat ni. selalu keluar dalam running man. eh? sejak bila dia reti running man ni? hahaha. layan je la~






Kejap je kami duk atas tu, menikmati keindahan alam dan angin bayu yang sejuk dingin seminit dua lepas tu terus ke cable car balik rumah.  

OTW turun bukit untuk ke guest house, singgah kopi-kopi dulu. Ambik nafas sesaat dua, baru panjangkan langkah balik. hehe. Biasalah, time ni tengah pregnant 6 bulan plus, so semput tu perkara biasa. kikiki.





Sampai bilik pulak, sambung minum susu pisang.


Dua jenis rasa yang berbeza. yang hijau tu lupa dah perisa apa. 
kami suka yang belah kiri tu. susu pisang. hehe. 
tengok, daffa pun suka yang tu :)

Malam tu memang kami tak de kemana-mana. terbungkam jea dalam bilik. 
Layan wifi free. 
layan anak. 
lepastu Zzzzz. kumpul energy untuk destinasi seterusnya! bye~  

TQ for reading! Jumpa lagi dilain waktu InshaAllah      




No comments: