KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, October 29, 2016

The Parenthood Playland at Sunway Pyramid

Assalamualaikum 


Seronok betul tengok si daffa beraksi dalam playland semalam. Dia punya eksaited main tu sampai macam tak ingat dunia. huru hara dedi mengejor. Nampak sangat dedi dah tua, semput kejor anak. depan dedi tak boleh cakap mcm tu (dedi semput), kang dia bagi la alasan ankle dia injured. kikiki. 

Tapi memang pun, ankle dia dah lama injured. sekarang dalam proses terapi, tapi tak tau la dapat sembuh mcm biasa ke tak. Aku kalau boleh nak suruh dia elak dari bedah2 bagai ni, huhu. Doakan ankle dedi daffa cepat baik yea. :) 

Kami ke Sunway pyramid memang semata-mata nak main dalam playland ni jer. Bila di google, nampak macam best. Mak pak yang mana dah lama gian terliur tengok anak main gelongsor tu boleh sangat lah datang sini. Maklumlah, zaman2 kita dulu (80-an) mana lah ada playland bagai mak jemah semua ni. kan? 


THE PARENTHOOD 
TIKET MASUK KANAK2: RM40 (Weekdays) RM50 (Weekend) 
DEWASA: PERCUMA untuk SEORANG kanak2
so kalau dua2 nak masuk (makpak) - add RM5.60 sahaja 








first floor. sunway pyramid shopping mall

Tips nak datang sini (tip jimat belanja): 

1. Bawa stoking sendiri
Macam biasalah, mana-mana tempat main budak-budak memang kena pakai stoking, so untuk jimat duit dari beli stokin kat kaunter tu, boleh lah kiranya bawak stokis sendiri. selamat rm5 ;) 

2. Bawak bekal makanan. 
Boleh bawak bekal nasi lemak ke, nasi goreng ke. Sebab dalam ni ada tempat khas untuk makan-makan. lagipun sebelah playland ni memang ada ala-ala kafe gitu. Nasi goreng RM8.90, teh o ais RM 4. gulp

Masa kat kaunter tu nanti kita akan dapat voucher nasi lemk (RM5), so kita boleh redeem voucher tu kat kafe sebelah. Tapi percayalah cakap aku, nasi lemak dia sedap giler!!! rendang ayam. telur rebus. sambal. pergh. memang sedap. 

Air masak untuk anak kena bawak cukup-cukup. sebab diaorang memang akan penat berlari sana sini dan memang cepat dahaga. so tak de lah nanti asyik duk angkut air mineral kat kafe tu pulak. harharhar 

3. Tip tidak berkaitan dengan jimat belanja 

TENAGA 

Energy makpak bila datang sini memang kena luar biasa hebat. haha. tempat ni dia banyak yang kena panjat2. So kita tak boleh nak harap sangat anak-anak main sendiri, kalau budak 7 taun keatas tu OK la kot. ni yang masih baby tak berapa nak baby ni kena betul-betul jaga. terrrjatuh kang naya. 

Lagi satu, budak-budak ni bila banyak sangat benda nak explore depan mata, mula la tak sedar diri. so mak pak disini memainkan peranan yang hebat untuk follow dan kejar diaorang. kikiki #bertabahlah.




Dedi lawan daffa :)



tengoklah ni. keriangan berganda. hihi



dua tiga kali si daffa nunggu depan ni. tengok kakak abang lompat. 
meleleh air liur dia nak join sama, tapi ibu tak bagi, risau kena hentam. 
maklumlah, appa kan kecik lagi. hahaha

ibu suruh naik buai, tapi daffa tak layan. 
sitaring tak layan buai-buai macam ni. kikiki


Tempat lepak, makan2. kalau nak menyusu pun boleh kat sini. tapi bukan nursing room ni yea, so kena cover dengan nursing cover. ekeke. sebelah tu cafe, order je terus datang makanan. 

next time datang aku nk bawak bekal sendiri jea. boleh berkelah kat sini . hiihi 





Berhadapan dengan playland ni macam2 kedai jualan ada. kalau iman tak kuat, boleh rabak poket. hakhakhak





So far bagi aku, menarik jugak lah tempat macam ni. pemandangan yang berwarna warni memang aku suka. Anak-anak? hah, jangan ditanya. nak balik pun kena heret ni, terpaksa umpan macam-macam baru dapat balik. haha. Lain kali boleh datang lagi. :) 

7 reason to drop everything and bring your kids to the parenthood: KLIK HERE


Ibu dengan dafna. selfie dalam kereta jer :)

TQ for reading!!. jumpa lagi dilain waktu. InsyaAllah





No comments: