KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Friday, October 28, 2016

Puteri hati kami - DAFNA ELENA

Assalamualaikum 


DAFNA ELENA -cahaya kemenangan. 

Hai hai hai semua. kenalkan, ini puteri sulung kami, adik daffa ezra. hehe.


sedar tak sedar, mother of two dah aku ni yea. Tapi, perangai masih lagi sengal sengal, dan maintain sengal tak ubah2. ahaks!! 

Alhamdulillah. setakat hari ni, perjalanan hidup sebagai seorang isteri, seorang anak, seorang ibu kepada dua orang anak, seorang pekerja kepada majikan yang awesome dan seorang part timer bisness kecil2an, segala2nya Allah permudahkan. syukur.

sumandak :)
tak susah pun jaga dafna. seorang anak yang sangat2 baik. time ibu duk berperang pepagi2 dengan daffa, dengan dapur, dengan mesin basuh bagai semua. dia rilex je tengok dengan ekor mata dari dalam bouncer dia tu. merengek hanya utk menyusu dan tido je. si abang pula yang over mengalahkan adik. erm. biasalah. sebelum ni hanya dia dan ibu. sekarang? dot.dot.dot



Pengalaman bersalin kan dafna pun Allah permudahkan,. di bulan mulia, bulan ramadhan. Alhamdulillah. segala2nya terlalu cepat, sampai suami pun tak sempat nak balik. Masa tengah bertarung nyawa dalam LB, mak yang temankan. Alhamdulillah, masih ada ibu yang dapat teman dan tengok anak dia ni bersalin. jauh di sudut hati, aku tahu, hati seorang ibu tak dapat melihat anaknya sakit, kerana aku juga seorang ibu. :) 

Pengalaman bersalinkan dafna 

21 Ramadhan. dalam jam 10.30 malam, tiba2 rasa sakit perut. bila tengok jam, memang dah konsisten 5 minit sekali. dalam hati aku yakin dah tu nak bersalin. Apa lagi, bukak saji, hentam nasi sampai penuh perut, padahal baru jer berbuka puasa sebelum tu. kekeke.. mandi, lepastu tidur. pukul 1.30 pagi lebih kurang, dah turun darah sikit2. kejut mak. call abang suruh balik dari KL-Kelantan. haha. ko ingat dekat yea? memalam buta pulak tu kan. mak dengan gelabahnya bangun, buat bekal telur masak separuh, siap2 terus ke HUSM. 

2.45 pagi lebih kurang kami sampai husm, sebelum turun kereta, ma suruh makan telur masak separuh dulu, kasi energy katanya. yela, bila dah masuk LB, mana idaknya boleh makan kan.. telan VCO 4-5 biji. minum air milo. minum air masak. terus jalan serah diri. 

Check up macam biasa. Masa nurse cakap dah 5cm. aku macam blur2. telefon kat tangan. macam nak sedih pun ada. suami masih otw dari KL. tak sempat nak jumpa sebelum masuk LB. 3.30 pagi terkedek2 masuk LB, mak teman. Alhamdulillah, 4.09 pagi selamat bersalin. syukur, baby girl kali ni. Rezeki dari Allah. :)

beberapa jam selepas bersalin

Pengalaman berpantang 

Satu benda je yang tak boleh lupa sepanjang berpantang anak kedua ni. mak budak naik chicken pox uols! tua bangka baru reti nak naik. hehe. Nasib baik tak jangkit kat anak2. husband pulak yang jangkit ngn kita. Nampak sangat sehati sejiwa disitu . ihiks!! 

Berpantang macam biasalah, haruslah 90 hari berada dirumah mak. Tq sawo sebab sudi izinkan kami bertiga kat Kelantan. muhang oku dika forever n ever :) #auwww 

4 bulan masa berlalu. dafna pun dah pandai berjalan dah sekarang. #tipuje. hihihi.

pandai selfie. awasss ratu2 selfie semua. hihihi

Doakan semoga anak-anak kami, Daffa & Dafna diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh solehah dunia akhirat. mudah2an. InshaAllah.






small family. kami berempat. ibu-dedi-daffa-dafna

Tq for reading. jumpa lagi dilain waktu. InshaAllah. BAI 




1 comment:

Mila Ahmad said...

alolo manisnya abang adik suka senyum sejuk hati tengok.