KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, December 6, 2012

Durian Crepe Jadi Cekodok bilis!!

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Sana sini orang duk cakap pasal durian crepe. Dalam fb belambak2 orang duk post gambar durian crepe, blogger2 pun sibuk update entry pasal durian crepe. Hadoiiiii.... Aku yang nengok ni yang jadi mangsa. Mangsa terliur. Nampak macam sedap. Durian campur dengan krim. pastu dibungkus dengan lempeng. hikhik. mesti sedapkan?

Aku try la google dalam tenet. Cari ada tak kedai-kedai yang terdekat yang jual durian crepe ni. Tapi kebanyakannya Homemade, kena order dulu, tunggu dia pos baru dapat makan. hurm. lambat weh. Last2 jumpa la pasal kedai jual durian crepe ni ada kat MID VALLEY lepas aku terbace dalam blog INI

Mulalah aku mengada2 ajak Abang pergi Mid semata2 durian crepe. Tapi abang tak layan sebab dia cakap aku ni makan banyak. dah gemuk dah. wahhhhhh... sedih2.. haha

Nekad, aku nak jugak makan durian crepe, aku ajak abang pergi kedai nak cari barang2 untuk buat durian crepe. Nak tak nak, kami keluar jugaklah cari bahan2 tu. Tapi yang sedihnya aku tak jumpa cari whip cream yang non-dairy. kat Aeon, Carefour, Econsave suma tak de, last2 aku beli jugaklah yang biasa. ;(

Sampai rumah terus tiru resipi durian crepe dalam blog NIH.


Durian beli isi jea terus. senang. tak payah balik rumah baru nak buka kulit

Tapi bila suma dah settle, bila sekali aku ngap!... gulp! Huwaaaa.... tak best langsung whipp cream yang aku guna tu. rasa macam susu lembu..gulp! tak sedap!..



Tak puas hati. Pasni kena cari whipp cream yang jenis non-dairy.. baru sedap kot.. heee

Sebab whip cream yang tak sedap tu, aku stop buat, then lebihan adunan tu aku buat cekodok. tumbuk ikan bilis, hiris bawang besar, tambah lagi garam, tambah sikit tepung pastu goreng.. hurm! lagi sedap ni! hahaha


K bai!


1 comment:

MaMa Rey said...

sampai sekarang pun belum pernah rasa durian crepe..uuwaahhh