KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, October 26, 2011

NinaAz Tiramisu Cake

Assalamualaikum..halo readers!!!

Dah lama aku peram perasaan sampai jadi pekasam nak buat Tiramisu ni.. Tapi tak jadi-jadi jugak.. Asal aku masuk Mall jea, benda yang aku nak tak de, asal aku masuk mall jea, biskut yang aku cari tak de...

Tapi kali ni aku nekad, ade kea, tak ade kea, aku nak buat jugak kek ni..

Tiramisu ni femes kat Italy, Asal usulnya dari Italy. TIRAMISU = 'Pick Me Up' . Aku kenal tiramisu ni melalui sebuah novel yang aku baca dulu. Novel apa ntah. LUPA. Suka benar watak perempuan dalam novel tu makan tiramisu.

Aku yang tak tahu pekebenda tiramisu masa tu, pergi la cari kat kedai pastry, baru laa tahu rupa tiramisu ni macam mana... rasa dia macam mana..SODAP rupanya.. =D, harga pun.. BOLEH TAHAN.

Asalnya, Tiramisu ni diperbuat daripada LADYFINGERs (sejenis biskut) dan layer paling atas di tabur dengan serbuk koko. Tak de pulak aku jumpa kat pacific KBMall semalam biskut tu. So, nak tak nak, aku ambik jea laa biskut marie perisa kopi..muahahhaha... layer atas plak aku tabur biskut oreo.. Adeh~ Belasah jea la..

Jadi tak jadi, belakang kira.. Hantam saja. Yang penting, BARANG ada.. baikkkkk punya! AHAKS!!~ Nak buat kek ni mesti ada feel.. dengar lagu Kisah Dongeng.. COnfirm best kek ni =D (terbayang-bayang muka 'botak' vs 'Elysa' )

NINAAZ TIRAMISU CAKE

Bahan-bahan:
Seketul cream cheese (aku guna philadelphia, Terbaik~)
Susu pekat manis
Biskut marie cap munchys
Nescafe
Susu segar
Biskut Oreo
Nestum
Coklat cip

Cara-caranya:

1) Putar Cheese sehingga gebu, Masukkan susu pekat manis secukup rasa (aku letak tak sampai satu tin pun, tu pun Abah aku cakap manis, bagi aku ok jea.. hekhek =D ), putar lagi..

2) Panaskan satu gelas susu + satu sudu kecil nescafe (sekadar nak bagi panas jea, tak payah sampai menggelegak)

3) Ambik bekas, lapik dengan plastik (plastik ni jea ade kat rumah, adeh! tak profesional betul, hahahha... Alang2 korang pergi kedai, beli laa aluminum foil yea, baru nampak pro) - Taburkan nestum

4) Masukkan Cream cheese yang diputar tadi

5) Celupkan biskut dalam susu yang telah dipanaskan tadi dan susun dalam bekas (susun mengikut citarasa anda =D )

6) Sapu Cream cheese, tabur nestum dan susun lagi biskut sampai selesai

7) Lapisan yang paling atas mestilah lapisan cream cheese.. Masukkan ke dalam peti sejuk, lebih kurang 4jam

8) Hias mengikut citarasa anda (aku tabur biskut oreo yang telah pun dikeluarkan cream dan juga coklat cip)

9) Apa lagi..Makan.. (mesti disimpan dalam peti sejuk, nak makan baru dikeluarkan..hehe)

Tiramisu kea macam ni??? AH! Lantak.. janji sedap! (ceh, perasan~)

Dalam masa 30 saat... Separuh hilang!!..~ Nampok bebenor sedapnyer =D

SELAMAT MENCUBA!!

Papai!!


2 comments:

Anonymous said...

Thank you for sharing your info. I truly appreciate your efforts and
I am waiting for your next write ups thanks once again.

Also visit my site - MTV Roadies X Episode 1

Anonymous said...

I am eхtremelу imprеssеd together with
your writing talents and also wіth thе fοгmat on yοuг weblog.
Is this a ρaіd topic оr did yοu custοmize it your ѕеlf?
Eithеr wаy stay up thе nice high quality writing, it is rаre to pеer а great weblοg like this one noωadays.
.

Also visit my site how much does a sonogram tech make