KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, October 22, 2011

Sebab kenapa lelaki perlu memilih CIKGU sebagai isteri

Assalamualaikum..Halloooo & Hai readers!

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaj menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

USMAN AWANG -1979

Sajak yang berkisarkan seorang Guru @ CIKGU oleh Sasterawan Negara ni memang terbaik (gerak2 ibu jari gaya boboiboy) . . . Aku yang menaip pun boleh tersentuh, lagi-lagi bila ada orang yang mendeklamasikannya.. confirm meleleh..huwaahuwaa..

Ok.. entry kali ni bukan pasal hari guru, bukan juga pasal tugas-tugas guru di sekolah, tapi berkisarkan kenapa seorang lelaki perlu memilih cikgu sebagai isteri...Ngeh3

1. Hidup berjadual

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tak ada jadual.. tapi kalau nak dibandingkan dengan cikgu ni, jadualnya setiap hari sudah ditetapkan. Sekolah mana yang dia kena ngajar pun dah ditetapkan, tak boleh suka-suka nak pilih mana yang berkenan melainkan ada alasan dan sebab musabab. Biasanya sebab berjauhan dengan suami, jadi, dia diberi pilihan, tu pun kena apply, tu pun belum tentu dapat..muahahaha =D

Cikgu ni biasanya benda yang dia buat dalam sehari sama saja. kalau cikgu yang mengajar sesi pagi, sah-sahla dia kena bangun pagi-pagi buta. secara automatiknya, dialah jam loceng untuk suaminya..

5.00 pagi : bangun pagi, masak air, buat sarapan
5:50 pagi : Persiapan diri
6.20 pagi : Bersiap dan terus ke tempat kerja
7.10 pagi : Berada di sekolah
2.oo ptg : Balik rumah dan meneruskan tugas sebagai seorang suri rumah separuh masa

Senang kan? jadi kalau yang dah berkahwin, isteri akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (InsyaAllah)

2.Dedikasi, komited dan penuh komitmen

Seorang guru, hidupnya hanya berkisarkan sekolah, anak-anak didik yang tersayang, buku-buku mata pelajaran, orang atasan dan bilik percetakan. Biasanya ibu bapa yang menghantar anak muridnya ke sekolah mengharapkan 100% cikgu memberikan didikan yang sempurna sampai anaknya berjaya..adeiii~ Bila anaknya fail! cikgu jugakla yang dipersalahkan.. Ajar tak betul laa, ajaran sesat laa, tak masuk kelas la.. homework tak bagi laa.blaa..bla..blaa.. Damn! Sabar2.. semua nak salahkan cikgu.. yea laa, tak kan nak salahkan mak cik cleaner pulak, tak kan nak salahkan doktor kotttttttt...... so, cikgu mestilah memberi komitmen dalam setiap hal

Maka, cikgu kena bagi lebih perhatian pada murid2 supaya mereka dapat menerima apa yang ingin disampaikan dan yang paling penting, duit yang masuk hujung bulan itu HALAL.. tapi jangan sampai jatuh cinta dengan anak murid pulak, itu jadi kes lain ler jawabnya.. muahaha =D

konsep yang sama, jika suami dan anak-anak terabai di rumah, siapa yang salah? kalau di sekolah seorang cikgu boleh komited, maka di rumah isteri perlu komited memastikan suami gembira, makan minum terjaga, tidur malam lena, anak-anak tak kebulur.. rumah tangga pun bahagia.. sampaikan suami langsung tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. OPSS!! tapi kalau isteri dah giler baik macam ni, dan ada jugak suami yang nak tambah cawangan, macam mana ek?? Grrrrrrrrr....

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran

Nak bagi markah, ada skema jawapan, bukan ikut pandai jea. Nak ke tempat kerja, ada etika pakaian, bukan ikut suka hati jea nak pakai jeans ke hape. Nak tanda kertas, ada garis panduan, bukan main tanda jea.. Tak datang sekolah kena ada alasan kukuh, bukan main cabut saja. Walhal, nak kutip yuran persekolahan pun mesti ada surat kuasa you! bukan main pungut macam ceti haram jea..

Agak-agak, bila masa boleh menipu yea?

Nak berpelesaran? jauh sekali. silap haribulan kena tangkap buang kerja! kang tak pasal2 terpampang di dada akhbar.. seorang penjawat awam...seorang guru dijatuhi..bla..bla..blaa...

serius takut + tak mawww.. gila kottt...

Hidup dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi..

Tak sempat den nak menipu...

4. Banyak cuti sekolah, kerja cuma separuh hari

haaa...yang ni terbaik~ semua orang mesti suka kalau cuti kan..

Kerja pun dah separuh hari, ada masa untuk sama-sama keluarga. Anak cuti sekolah, mak pun cuti sekolah, tak payah pening-pening kepala pikir nak pergi hantar nursery.. tak payah duk risau-risau anak ok ke tak, makan kea belum.. suami pun happy, isteri 24jam di rumah.

5. Penampilan

Bab-bab penampilan ni.. para lelaki jangan risau.. kebanyakan cikgu biasanya mempunyai penampilan yang sedap mata memandang. yea laaa... tak kan selekeh kot... berapa banyak pasang mata tu yang nak jumpa.. satu kelas dah 40 orang, kalau sehari ada 4 kelas??

Masuk kelas pulak, tak kea melambung kena puji dengan anak murid... aiyo..ari ni haa..cikgu banyak lengloi maaaa... -> cikgu pun pengsan teross...muaahahahaha...

Masuk kelas lain pulak.. hari ni haa..cikgu haa..banyak cantik woo...kasut cikgu haa..banyak kilat woo... -> adoii..cikgu hidung besar terus..

Budak-budak ni biasanya jujur, bila ada silap sikit pun diorang boleh cakap.. lagi-lagi bab penampilan..bab mengajar tak yah cakap laaa..biasala..budak-budak katakan...

Tu jea laa kot yang aku dapat info.. terima kasih kerana sudi bangun awal untuk baca entry ni.. (giler perasan)

So, lelaki diluar sana.. apa tunggu lagi...serbu sekolah sekarang..cari cikgu-cikgu yang bujang, yang dah berlaki jangan pulak gatal2 nak ayat yea...huuuuuuuuuuuuuuuuuu... (aku pun bujang hape? OPS!)


Papai!!




2 comments:

xara said...

Untung kan sape yg dapat beristerikan cikgu...hak3(^_^")

NinaAz said...

hehehehehe...ahaks!!