KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 7, 2010

Puding KastarD BerkUah...


Salam...salam 1Malaysia...hehehhee...hari ni kita belajar buat puding kastard yea..
resepi ni aku dapat ngn kawan aku masa kat UPSI...time bulan Ramadhan..
geng2 aku semuanya duk umah sewa..time tu aku sorang je duk kolej...heeeee....

tQ SUE bcoz sudi berkongsi ilmu ni...suka sangat puding kastard ni..time raya xmiss buat...mesti licin laaa...ada jugak orang yang buat tempahan tuk puding ni...hehehe...rezeki...rezeki....:)

ok...jom kita intai mcm mana nak buat puding kastard berkuah ni..

BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING KASTARD:

1 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2(1/2) cawan air
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:

1(1/2) tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan air
1 biji kuning telur
2 tin koktail/laici/nenas dsbg (mengikut citarasa kamu yea!)
CARA-CARA MEMBUATNYA:

A) untuk puding kastard

1. Masukkan susu cair, gula, air dan akhir sekali tepung kastard (mengikut turutan)ke dalam bekas
2. Kacau sehingga tepung kastar sebati dengan campuran tadi
3. Latak atas dapur dan kacau sehingga pekat, likat dan berkilatni masa mula2 kacau..

ni bila dah pekat, likat dan berkilat...hehehe..:)
4. Bila dah pekat tadi..masukkan ke dalam acuan @ bekas yang bersesuaian untuk di sejukkan sebelum di potong
5. Bila dah sejuk dan keras..boley la dipotong dadu atau mengikut kesukaan anda..
B. Untuk kuah
1. Masukkan kesemua bahan tadi (kecuali koktail) ke dalam bekas (periuk)dan letakkan atas dapur
2. Kacau sehingga menggelegak (jangan terlalu lama)
3. Tutup api. kemudian masukkan koktail ke dalam kuah tadi
4. Puding Kastard berkuah sedia di hidang.. Sila2 makan...hehehehe...:)

~Selamat Mencuba~

No comments: