KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 22, 2010

Blackforest Cake..



haaa...mai..singgah jap ke blog NinaAz...

Bagi Peminat2 Kek Blackforest..haaaa..hari ni, NinaAz nak kongsi resepi..macam mana nak buat kek blackforest ni...

bahan2nya mudah sahaja...xperlu susah2 naik flight utk pergi membelinya..cukuplah sekadar naik kereta utk ke kedai y berhampiran..hehehe..:)

ok...jom kita tgk apa bahan yang perlu utk Blackforest cake ni..

BAHAN KEK:

250gm coklat sponge mix (sejenis tepung..yang ada di pasaran)
190gm telur (ambil yang kuning sahaja)
75gm mentega cair
65gm air

HIASAN:

1 tin pitted sweet dark cherriess
250gm whip cream
coklat masakan, coklat rice (hiasan boleh dibuat mengikut citarasa anda)

CARA-CARANYA:

1. Pukul telur, air dan coklat sponge mix dengan kelajuan tingga sehingga kembang
2. Masukkan mentega cair dan kacau dengan tangan
3. Lapik acuan dengan kertas minyak kemudian masukkan adunan tadi dan bakar selama 45 minit (180 darjah celcius)

CARA-CARA KRIM:

1. Pukul whip krim hingga gebu dan tajam
2. Potong kek tadi kepada dua bahagian. Satu sapukan dengan whip cream dan juga separuh daripada cherries yang telah di blender di atasnya kemudian telangkupkan kek sebahagian lagi.
3. Sapukan kek dengan whip cream dan baki cherries yang tidak di blender tadi di tabur ke atasnya.. hias kek mengikut citarasa anda..


ok..siap..simple kan?? selamat mencuba!!

No comments: