KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, April 23, 2011

Banana Cake

Sejak akhir2 ni, cuaca tak menentu, waktu tengah hari panas, kalau jemur baju pun 5 minit dah kering, bila masuk jea petang, around 4pm..tiba2 langit berubah menjadi mendung kelabu..lepas tu, guruh berdentum2 dan akhirnya...Hujan yang turun bagaikan air mata,.,bersinar menerangi kegelapan....tapi, syukur alhamdulillah..Ini semua Rahmat dariNYA.. =)

Hujung minggu yang agak membosankan..hari ni ada sekolah ganti, dan digantikan dengan Majlis Anugerah Cemerlang 2011.. balik sekolah lepak kat rumah sampai lebam biji mata..huahuahua..bosannya!!!
Nak bake pun tak de barang..tak kan tetiba nak g beli oven plak..baik aku g secret recipe terus..=P

Dulu aku gemar makan kek pisang..yang banyak2 jual kat supermarket tu.. sekali aku ngap jea, confirm habis, orang lain tak sempat makan..sebab tu mak aku akan beli dua..satu untuk aku sorang2, satu lagi untuk family..=) yang paling aku suker, brand yang dalam plastik jernih tu..yang ada gambar pisang pakai topi, pakai kasut..memang sedap..sampai sekarang dah macam2 jenis resepi aku cuba untuk dapatkan rasa yang sedap, sesedap kek pisang tu...

~Lebih kurang macam ni la rupa packingnya, but bukan brand ni..(abaikan biskut tiger yang tiada kaitan-jenuh aku google cari image, ni jea yang ada)~
Credit to Puan Iza

Dalam banyak2 resepi yang aku telah cuba..aku rasa, resepi kek pisang ni la yang ok ..not bad laa..rasa la kepisangannya..walaupun tak secantik dan selawa kek pisang yang kat atas tu..hehhehe... kawan mak aku yang bagi resepi ni..So, sharing is sayang kan..apa lagi..try cuba test la resepi ni..mana tahu,, terpikat mak mentua nanti..hahahahahaha =)
Bahan-bahan:
8 biji telur
2 cawan minyak masak / minyak mazola -lagi sedap =P
2 cawan pisang - pisang emas sangat sedap (dilecek)
1 ½ cawan gula
3 ½ cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil ovallete

Cara-caranya:
1) Pukul ovallete sehingga kembang dan masukkan telur,gula
2) masukkan pisang dan pukul lagi
3) masukkan tepung gandum, soda, serbuk penaik dan esen vanila dan pukul
4)masukkan minyak dan gaul sebati
5) Bakar sehingga masak (180 darjah Celsius)
6) bila dah masak tu, pandai2 la hias cantik2, hiris pisang letak atas tu ke, putar whip cream ke apa ke..mekap la sikit

~SELAMAT MENCUBA!!~


1 comment:

deDetz said...

eya la kak..panas betul ohh hari ni..hehe
saya suka kek pisang! =D