KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, April 11, 2011

Dua Gadis Berdepan dengan Maut!

Gara-gara nak cantik, dua gadis berdepan dengan maut!..5 bulan yang lalu, gadis ni pergilah kat salah satu pusat kecantikan untuk rawatan selulit. nak dijadikan cerita, pakar kecantikan ni tersalah suntik ubat yang salah kat peha dan punggung mereka.. Akibatnya, sekarang ni dua orang gadis ni telah pun dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh..kian hari kian besar lukanya dan mengalami kegatalan yang melampau! adei~ takutnya! huhuhuhu....(credit to KOSMO!)

Dulu pun ada satu kes di mana seorang wanita mati sebab kena sedut lemak ke apa ntah..aku lupa.. ada juga jenis yang makan, pastu korek balik untuk keluarkan makanan, nak kurus la konon tu..padahal? semua tu menyiksakan badan saja... tak sanggup aku! makan2 telan, pastu makan lagi banyak...ok jugak..hehe =P

Dunia sekarang ni dah moden. macam2 mesin ada untuk kurus, macam2 mesin je tuk cantik..nak mancungkan idung, bulatkan mata, putihkan kulit,kuruskan badan, buang lemak, tegangkan kulit..pendek kata "macam2 ada" ..hehe =)

Tapi, kebanyakannya tak sedar tentang baik buruknya.. kesan negatif mahupun positif terhadap apa yang di buat.. teringat Nilai moral dalam unit 11 tingkatan 2 yang aku membebel minggu lepas : Nilai Rasional.. kita sepatutnya berfikir secara betul dan berhemah,, fikir dengan lebih teliti dan jauh kehadapan, berfikir bukan untuk kesan hari ini dan esok, malah untuk jangka masa yang panjang..itulah rasionalnya kita...Arasso?? =)

banyak lagi cara jika kita nak cantik.. kan10x? mungkin susah, mungkin mengambil masa yang lama untuk cantik..tapi kita mesti ingat, apa saja yang kita buat jika masanya terlalu pendek, dan mengambil masa yang cukup singkat untuk cantik, itu sebenarnya akan memakan diri kita sendiri kelak..contohnya: kita nak kurus, tapi malas nak jogging macam aku (hehehe), makan plak tak ikut time, makan plak macam2 makanan, sapu jea semua, xkira berlemak ker, ber apa kea semua bedal, so senang2 jea kita telan ubat, sedut lemak, dan sebagainya semata2 untuk kurus..TAPI..kita tengoklah, hasil yang mana lebih lumayan, guna cara moden kea cara tradisional... ok, kalau kita nak kulit licin, marbelles, tapi kita malas nak amalkan cara hidup yang sihat, malas nak amalkan petua orang tua2, tapi senang2 jea kita g cucuk sana sini, see?? hasil mana yang lebih lumayan,? kaedah moden ker tradisonal?? jawab10x? (^_^)

Kalau aku tanya, korang nak cantik tak?? mestilah nak kan? orang yang sot saja ckp tak nak..hehehe... aku ni orang yang sederhana, so tak mampu la nak bayar beribu2 ringgit untuk cantik..cukuplah apa yang ada..tapi kalau duit aku cukp pun baik aku g shopping, beli aksesori banyak2, beli dress banyak dari menyalurkan duit untuk kecantikan yang tak sepatutnya tu..betul x?

Nak cantik senang saja..xperlu bazirkan duit banyak2..tak perlu buang masa yang tak sepatutnya kita buang... yang penting! consistent dengan apa yang kita buat..tidak hangat2 tahik ayam mone.. (tetiba bau durian, jiran sebelah rumah ni mengganggu emosi aku menaip ah!) so, mehla kita sedar dan insaf, kecantikan adalah hak milik setiap insan..hehe..ade kaitan x?

Jom terjah site ni yang mungkin berguna utk korang.. cantik luar cantik dalam cantik sana sini..luar dalam mesti cantik baru meletop kebabom!! Selamat beramal!! +) Click HERE!

~CANTIK~









No comments: