KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Cinta Bersatu ♥. Show all posts
Showing posts with label Cinta Bersatu ♥. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

DanishNina: DUA tahun

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today?? 


Usia perkahwinan yang baru saja menganjak ke angka 2. Alhamdulillah. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suamiku hingga ke saat ini... Kekalkanlah nikmatMu ini keatas kami dan jadikanlah kami berdua suami isteri di dunia dan diakhirat. Amin.amin.amin.. 

Jodoh itu di tangan Tuhan. Siapa kita untuk menidakkannya?

1 Muharram 1434H - 1 Muharram 1436H 
14 November 2012 - 14 November 2014

Awal-awal aku kenal suami aku, sampailah hari kami nak kawin, macam-macam kerenah dan kata-kata cacian dan kata-kata sindiran mahupun pendapat-pendapat yang negatif yang aku terima. Tapi, benda-benda macam tu ibarat air yang lalu dalam telinga aku. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. *tapi kalau taik telinga penuh, keluar ikut telinga kiri le jawabnya. kikiki*. Benda yang buruk aku ketepikan, yang baik aku sematkan. Walaupun ada yang cakap aku ni bebal tak fikir apa yang orang cakap.. bagi aku, Buat apa kita nak fikir yang bukan-bukan kan? Cinta itu buta. *tetiba* 

"Ko ni dah kena buatan ni. Sampai duk tergila-gilakan dia".. eh? tak delah aku sampai gila kot. haha *jawab dalam hati* 

"Eiii. ko tak geli kea?? macam-macam dia makan tuh dulu tu".. eh? dia yang makan, yang ko nak geli tu apahal?. kihkih *jawab dalam hati* 

"Ko tu perempuan, dia tu lelaki. tak kan perempuan nak bimbing lelaki".. kenapa? salah ke? *jawab dalam hati* 

"Ko jangann...nanti tak pasal-pasal dia yang 'heret' ko nanti".. Ya Allah. kata-kata itu doa. Sampai hati ko doakan aku macam tu??? 

"Dia convert sebab nak kawin dengan ko ek?". Suami aku convert mei 2010, Kami kawin November 2012. Convert bukan sebab aku. Convert sebab dia insan TERPILIH> full stop  

erm..macam-macam lagilah tanggapan orang terhadap kami. penat nat melayan. huhu 

Memang, bukan mudah menjadi isteri kepada suami yang 'baru'. sedangkan aku sendiri pun masih lagi dalam proses belajar, belajar untuk menjadi insan yang lebih baik. Tetapi, tak menjadi satu masalah yang besar bagi aku untuk menerima seorang muallaf  dalam hidup aku.. 

yang memBEZAkan antara AKU dan DIA... Aku, dilahirkan dalam keluarga yang ISLAM, Dia, mencari apa itu ISLAM............................. 

Alhamdulillah. sepanjang dua tahun kami bersama, abang banyak mengajar aku erti kehidupan. erti kesusahan, erti pergaulan. berapa banyak erti daaa~ hehe 

Kadang-kadang, aku yang malu sendiri bila abang tanya bab-bab agama, aku tak dapat nak jawab.. last-last dia yang kasi ceramah aku. saja nak test aku tahu ke idok. kikiki.  

Kadang-kadang juga, bila aku terbaca kisah-kisah seorang suami yang susah nak puasa, susah nak bangun subuh, susah nak solat Jumaat,, susah itu, susah ini.. aku rasa macam sedih pulak. Sedih tanda aku bersyukur.. bersyukur dikurniakan seorang suami yang MUDAH diajar, SENANG dibimbing, MAHU belajar.. Alhamdulillah.. walaupun suami aku seorang muallaf, semua benda tu dia tak abaikan.... malah, selalu mengingatkan aku dari kelalaian.. aku pula yang selalu lalai. Ya Allah. Ampunkanlah dosa hambaMU ini.. 

Bukan aku nak Show off dekat korang yang suami aku ni macam ni, macam ni.. Tapi itulah hakikat yang aku nampak "yang memBEZAkan antara AKU dan DIA... Aku, dilahirkan dalam keluarga yang ISLAM, Dia, mencari apa itu ISLAM.............................

Isteri.. berdirinya disisi suami. Jatuh bangun suami, Buruk Baik suami, Sebusuk-busuknya suami.. Isteri TETAP disisi suami... 

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami sebagai ibadah kepadaMU dan bukti ketaatan kami kepada sunnah RasulMU.... Amin..amin..amin.. 

Untuk suami tercinta... Selamat Ulang Tahun ke-2 Perkahwinan... 

Suamiku.. bimbinglah aku kejalan yang diredhai.. bimbinglah aku sehingga aku menjadi muslimah yang solehah..taat kepada perintah dan suruhanNya.... dan InshaAllah.. aku juga akan cuba sedaya upaya membimbingmu sehingga dirimu menjadi muslim yang soleh, taat kepada perintah dan suruhanNya... InshaAllah. Allahuakbar...


Simple celebrate for ibu & daddy.. 
Yummy cheese cake & Our little Caliph... Harta dunia akhirat kami. Harta yang tak ternilai harganya :).  

TQ for reading! K bai!~ 





Sunday, December 22, 2013

Wedding Ceremony: Fatimah Azzahra' & Muiz

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Akhirnya!! dapat jugak aku makan sambal goreng hari ni. Puas hati aku. Hohoho. 

Aku kenal sambal goreng ni 3 tahun lepas, masa mula2 kerja, duduk serumah dengan pn. pengantin ni. Dia orang jawa, so segala mak nenek masakan jawa dia bagi aku makan. Paling aku suka, sambal goreng dengan babap. eh? betul kea ejaan tu? haha. aku pun tak pasti. babap tu sejenis makanan laa, bahan asas perut lembu. Masak macam mana, itu aku tak tahu. kena PM pn. pengantin untuk maklumat lanjut. 

Memula aku pelik jugak, apaaalaa sambal goreng ni, aku ingat macam sambal belacan yang mak aku buat tu, sambal belacan bubuh dalam kuali yang ada minyak panas, then goreng2. Rupa2nya sambal goreng versi jawa ni ialah tempe + suhun + bahan2 lain aku tak pasti, pastu goreng macam hitam gitu. pastu makan sedap yaa amat! haha. gitulah ceritanya. 

Ex-housemate aku ni baru jea menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya. Hari khamis lepas akad nikah, hari ni hari resepsi diaorang. Aku selaku bekas rakan serumah haruslah berada dihari bersejarah beliau. Terima kasih atas jemputan yea Tim! :)

Ibu Nina today! Warna hari ni agak lemau sedikit. Selemau hati yang merindukan suami. haikk. pffftttt....~!! 
*30 weeks, my baby inside* 
OOTD Ibu Nina:
 Azalea Cotton Maxi dress by Cattleya 
Sleeveless Cardigan by Diesel 
Shawl & Bling2 Handbag from Makkah, Paw yang mama punya. hakhak

Cantik sangatttt kawan aku hari. Aku suka tengok veil dia! sooo stunning!! i loike 1jutakali.  Veil ala2 shawl halfmoon gitu, kalo hari ni pakai jadi veil, depan2 hari boleh pakai jadi shawl pulak. Sangat tidak membazir kan!!



Okeh, meh aku tunjuk kat korang apa itu sambal goreng. bukak mata luas2 eh! ada setompok kat atas pinggan tu, aku dah highlight pakai marker pen warna kuning. hehe. Pinggan full, sampai tak nampak nasi. Lepas makan nasi, makan apam balik pulak. Kat tempat kenduri kawin pun ada apam balik hengkau, panas2 lagi, siap kena beratur panjang tunggu giliran, berpeluh abang apam balik nak berapam.. hakhak. first time aku jumpa. hikhik


Sebelum balik, aktiviti wajib, bergambar kenangan bersama pengantin. Teruja aku tengok kek pengantin. nampak ssangat cikgu BMnya disitu. Bangga kejap aku... IHIKS!

Lepas makan kek ni, konfirm satu kamus ada dalam kepala. hehe



Buat Fatimah Azzahra' dan Muiz: Selamat pengantin baru, tiada ucapan yang terbaik untuk sahabatku melainkan dengan ucapan Semoga ALLAH memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan. Aminnnnnn!!!~   

TQ for reading! k bai~      




Saturday, December 21, 2013

Wedding Ceremony : Aini & Afiq

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hari ni dah dua entry aku buat kot. Nampak sangat tak de kerja kan? Maklumlah, hujung2 minggu cenggini. Tambah2 pulak tu, mood cuti sekolah masih lagi menghantui diri. Duduk dalam rumah ni pun tak tahu nak buat apa, en. laki sekarang ada dekat Sarawak, nasib baik lerrr ada adik kat sini buat peneman dikala kebosanan melanda. 

Tadi aku ajak adik teman pergi kenduri kawan satu tempat kerja. So, maknanya dapur rumah tak berasap laa *padahal memang dah jarang berasap pun, kahkahkah*, dah ada jemputan makan free kan, haruslah pergi, rezeki jangan ditolak. kan.kan. kihkihkih 

Wedding kawan aku ni berlangsung di Permata Petronas leadership training, area bangi. Agak pusing jugak nak cari dewan ni, sebabnya aku jarang melilau area bangi. Tup tup, rupa2nya straight jea dari mines, belok kiri, belok kanan terus jumpa. Senang sangat rupanya...

Ibu Nina and my baby inside 
#30 weeks already!!!#
OOTD ibu nina:
Polkadot top and inner neck yang best! by Modish Mode House
Wide Shawl by Sg House
  
Yeah! nie lah kawan aku, kawan satu tempat kerja merangkap akak senior, duduk bersebelah meja. Memang kami kaki gosip pun, dah namanya sebelah meja kannn. Haruslah kaki gosip. haha. Akak ni suka buah honey dew! haa gitu. tue jea yang aku tahu benda yang dia suka. kihkihkih



Alhamdulillah.Aku happy sangat tengok akak ni bersatuuu dengan pilihan hatinya... seyes happy untuk diaorang... Jodoh sememangnya sudah ditetapkan oleh Allah.... :)

Cantikkkk sangat dress pengantin!!!! suka1000x




Me and Mazni. Bakal berkahwin hujung Januari 2014.
Tadi dah dapat kad jemputan. winkwinkwink!!! 

Tq maz sebab jemput aku, terharu maks!

Lepas habis makan dalam dewan, aku, mazni, adik aku, tunang mazni (Bazli) lepak pulak kat luar dewan. Luar dewan ada kuih muih, cendol pun hado. So, apalagi. sakan laa kami borak kat situ. Ada pulak maz dengan si tunang, 60saat bercakap tanpa henti, memang sesuai sangatlaa dua orang ni. haha.


Dekat jam 5 baru balik rumah. hohoho. Maafla yea kak aini, habis semua makanan kami sapu. haha. Siap tapau kuih lagi tuh, sungguh muka tak malu. kahkahkah. Ini semua bazli yang bersalah. eh? 

Buat kak Aini dan suami: Semoga ALLAH memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan. Aminnnnnn!!!~         

TQ for reading! k bai~




Saturday, December 14, 2013

Engagement review: Selamat bertunang Aiman ♥ Zalina

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Nampak gayanya, tiga tahun berturut2 rumah aku makan kenduri besar. Macam hattrik 3 gol bola la pulakkk. ohoi! Mula dengan aku 2012, adik perempuan aku 2013 dan InsyaAllah adik lelaki aku 2014. Alhamdulillah, masjid akan terbina tak lama lagi. :) 

14.12.13 adik aku selamat bertunang dengan gadis pilihan, seorang gadis yang bersopan santun berbudi bahasa, pemalu orangnya. pandai adik aku pilih. ihik! Muda lagi budaknya, lebih kurang sebaya dengan adik aku yang nombor 6.  

Rombongan meminang ke rumah perempuan tak ramai pun, kami pergi dalam 15 orang. Adik beradik aku, ma, mak sedara, tu jea yang join. tak de la ajak satu kampung. meminang jea pun. haha. Majlis pertunangan ni pun cukup-cukup simple, benda mudah, buat apa nak buat payah2, yea dok?

IbuNina & DaddyDanish :)
OOTD IbuNina:
Azalea Cotton Maxi Dress by Cattleya
Wide Shawl by Sg House

My adik perempuan. Masih single, solo gitu. maw berkenalan? Pm me.
Mabe dia next. 2015. hahaha

Kami bawak 5 dulang, berbalas 5 dulang jugak. pasal barang hantaran, nanti aku review dalam entry lain. saje jea nak suruh banyak post. Biarpun aku syok menaip sorang2. ahaks!



Biasalah, kalau dah namanya nak meminang anak orang, mestilah ada mukaddimah dan bagitahu tujuan kita datangkan. Lepastu adalah jugak diaorang bincang pasal bila nak bina masjid, pasal mas kahwin, pasal barang hantaran perkahwinan. bincang gitu2 jea. tak tetapkan pun lagi. Cuma, InsyaAllah Raya puasa tahun depan adik aku akan kahwin.. itu jea lah yang dibincangkan. pasal tarikh tu tak pasti lagi. :) Pandai2 lah korang berdua berbincang macam kami dulu2 yea.. 

Bab2 perbincangan orang tua aku tak ambik port sangat, aku cuma excited time acara kemuncak jea.. Sarung cincin dan makan. Hahahaha 

Inilah bakal menantu mama aku.., nak kena sarung cincin pun malu2, kena panggil dua tiga kali baru datang.. hehe. comel sangat bakal adik ipar aku nih.



Bakal adik ipar aku ni anak tunggal. Dialah kakak dialah adik. hehe.. habislahhh adik lelaki aku, jadi menantu kesayanganlah dia nanti, Aaggagaga~

My mom with bakal adik ipar dan bakal besan

Ni lah adik lelaki aku, dulu macam Osama, sekarang ni ada rupa Ustaz Azhar Idrus sikit2. hahak. yang sarungkan cincin tu atuk kepada Zalina.. tetiba adik lelaki aku jadi pemalu, lepas sarung cincin, salam atuk, terus bangun nak ke belakang, sampai lupa nak bersalam dengan orang tepi2 tu. haha. kang dah kena gelak. kahkahkah


Acara akhir penutup majlis, acara makan2. hehe. bila tengok menu yang ada, macam tahu2 jea diaorang ni pasal menu kegemaran aku : Petai jeruk, kerabu sarang, gulai tempoyak ikan patin, labu siro. fuhhhh. makan sampai lupa husby kat mana. haha



Alhamdulillah, majlis berjalan denga baik, lega bila tengok adik aku gembira.. :)

Semoga semuanya diberkati oleh yang Maha Esa. InsyaAllah, tahun depan ada orang baru dalam keluarga kami. menantu perempuan pertama mama. hikhik.    

Tq for reading. k bai!        



Sunday, December 8, 2013

"Bang, Bahagiakah Kita?"

"Isteriku, kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. Jika kau tanyakan, bahagiakah kita? ertinya kau tanyakan tentang ketenangan kita. Dan jika kau tanyakan tentang ketenangan kita... kau sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA - Tuhan kita!" 

"Isteriku, apakah perjalanan kita ini masih panjang ataupun pendek... entahlah, aku tidak pasti. Namun, selagi antara kau dan aku masih ada DIA - Tuhan kita... selama itulah kita akan tenang. Jika kau ingat, kaulah sumber ketenanganku. Jika aku ingat, akulah sumber ketenanganmu. Jika kita sama-sama mengingatiNya, maka bahagialah kita. Sebaliknya, jika kita sama-sama lupa... musnahlah kita" 

Petikan dari buku hasil penulisan Pahrol Mohd Juoi



Assalamualaikum... Helo readers! Have you had your SHAKE today?? 

Tiga bulan lepas, mak cik aku asyik duk cakap tentang buku ni, katanya, buku ni bagus, buku ni banyak manfaat, buku ni banyak ilmu2 tentang rumahtangga. Dia ingat nak bagi aku pinjam baca, tapi buku tu kawan dia yang punya. 

Sebulan lepas tu, mak cik aku datang kerumah semata2 nak bagi pinjam buku ni dekat aku, baru jea dia beli padahal. cantik dan kemas lagi, aku pulak jadik tukang rasmi, hehe. Dah dekat dua bulan buku ni ada kat rumah aku, cuti2 sekolah macam ni lah baru sempat aku belek sikit2. 

Yes, isi kandungan dan penceritaan dalam buku ni sangat menarik. Tak rugi kalau aku baca. :) 

Banyak topik2 yang bersesuaian dengan kehidupan semasa, antaranya, Cinta Allah dalam rumahtangga, Kita layak bahagia, Terapi emosi buat isteri, Kahwin cepat: Yang berkat jadi mudarat. dan macam2 lagilah. hehe. tajuk tu jugak yang aku highlightkan kan?. Agagaga. 

Aku sebenarnya bukan jenis yang suka baca2 nih, ulat buku jauh sekali, tapi kadang2 aku rasa perlu juga untuk aku isi kekosongan minda dan hati dengan bahan bacaan ilmiah sebegini. cewah! 

Ok, dah membebel. jom sambung baca. bye uolls 

TQ for reading. K bai!!   




Saturday, June 8, 2013

Seronok tengok orang kawin

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Ohoiiiiii.... waktu untuk berpoyo2 sudah habis lorrrrr.  Aku suDah kembali ke bumi nyata. 

Baru jea sampai KL ni haaaa. Macam tak caya jea esok hari last cuti. Macam tak cukup jea cuti 2 minggu ni. Tambah seminggu lagi boleh? Hahaha. Nak over2 cuti, kerja sendiri la wei. :P 

Korang holiday kat mana cuti nih? Aku holiday dan dating kat kampung jea. Duk rumah ma ternak lemak. Best woooo. Time2 ni lah aku makan kaw2 punya. Bukannya selalu dapat jumpa makanan yang sedap2 nih. Kat KL ni haa tak de selera aku nak makan. Ntah. Tak tahu kenapa. Tssskkk...Tsskkkk .. 

Selain dari makan. Satu lagi benda yang aku buat kat kampung, pergi tengok orang naik pelamin. Hikhikhik... 

Seronok tengok kawan2 kawin. Suka tengok kawan2 yang gojes gila di hari bahagia mereka. Alaaa. Macam aku hari tu laaa. Gojes jugak kan. Pffftttttttt.

First wedding kawan aku yang aku attend. Pengantin perempuan ni kawan aku. Kawan masa zaman sekolah menengah. muehehehe. Sweet kan diaorang. hikhik

Hahhaaa. yang ni paling kesian. Aku tak sempat nak tunggu pengantin datang. Awal gila kot aku sampai. Ni majlis rumet aku masa kat matrik, Dah jadi Doktor dah kawan aku nih. Dulu time sebilik, aku ingat lagi, Dr. Nabilah ni jenis study atas katil, boleh bilang dengan jari berapa kali jea dia study kat meja. Kalau aku. studi kat katil, buku yang baca muka aku. wakakakaka.

Pengantin tengah bersiap, aku rasmi dulu pelamin nih. muehehe...
OOTD:
Jubah : Mekah
Tribal Shawl : Modish Mode House

Ni kawan aku masa zaman sekolah menengah. Pengantin lelaki belum sampai lagi waktu ni. Baru aku tahu, aku dengan kawan aku ni, tinggi lebih kurang sama. muahahaha...

Haaaa. pengantin lelaki ni Senior masa zaman sekolah menengah, merangkap coachee herbalife aku, Dia turun lebih kurang 10kg taw!!!! sentap aku. Aku turun 5kg jea. dia pulak lebih dari aku. hahaha...

Snap diri sendiri. motif? hahaha. Saja jea, nak tunjuk baju aku sama dot.dot dengan pembalut hadiah tu haaa. wakakakaa..
OOTD:
Maxi dress: RNR concept
Blouse : Modish Mode House
Crinckle Shawl : Old Blossom


Si gojes Balqis dan suami :)

Pengantin perempuan ni kawan masa belajar kat UPSI. pemenang hidung yang termancung antara kami. hahaha. Aku rasa nak lempang diri sendiri bila tengok gambar nih. lebih kurang macam orang pregnant 9 bulan. pfffttttttttt...

Pengantin perempuan ni kawan aku masa zaman sekolah menengah sampai la kat Universiti. Memula tengok pengantin ni, aku macam tak percaya ni wanis. wwawawa. kurus gila weh! reshape over sangat. nak nangis aku tengok. Dia pun makan herbalife weh! wanis ni coachee kepada coache aku. hikhikhik. tak kesahlah coachee sapa kan. yang penting herbalife buat dia kurus. boleh?


Hari ni pun, OTW balik KL, kami sempat lagi singgah majlis kawin kawan abang di Kuala Terengganu.

Ada nampak wajah keibuan tak? hahahaha.
OOTD:
Maxi dress : Booth KB Mall
Kaftan : Prelove Modish Mode House
Shawl : Ma beli kat Mekah

Kedua-dua pengantin ni kawan abang. Kawan sport masa kat UPSI. :)


Actually, ada lagi majlis yang tak sempat aku nak pergi. Maaf yea kawan2. hihihi. Apapun, aku doakan semoga perkahwinan korang semua diberkati hokkey! Barakallah untuk semua pengantin :) 

Pssssttttt: Ni haa. sebukkk jea abang suruh aku taip dalam blog nih. suruh aku cakap dia makin cerah...*mata ke atas* adoiyainye. motif? aku pun tak tahu daaaaa..... layan jea la. 

TQ for reading, k bai!  


    




Monday, May 27, 2013

Wedding review: Barang Hantaran Perkahwinan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Yang aku perasan laa kan, ramai sangat yang duk google cari pasal barang hantaran. macam2 keyword ada. ada yang google: barang hantaran untuk lelaki 2013, barang hantaran coklat yang comel, dan..macam2 lagilah. hehe. serius korang sangat comel sebab tak pasal2 sampai kat blog aku ni gara2 mencari idea barang hantaran untuk bertunang mahupun berkahwin. 

So, untuk tidak mengecewakan korang, entri kali ni aku nak kongsikan barang hantaran perkahwinan adik aku tempoh hari. 

Barang hantaran untuk pihak lelaki (11 barang):

- Jam tangan 
- Tshirt 
- Kain Tuala
- Sandal
- Nutrisi sihat HERBALIFE
- Kain Pelikat
- Sejadah+Tasbih
- Perfume
- Tali pinggang+purse
- Kek
- Pulut+Bunga Telur

Tshirt + Sejadah, tasbih + Tuala + Kain pelikat


Sandal + purse, tali pinggang + perfume + set herbalife


Jam Tangan

Kek + pulut
  

Barang hantaran untuk pihak perempuan ( 9 barang):

- Jam tangan
- kain pasang
- High heels+purse
- handbag
- Tafsir Al-Quran
- Perfume
- Set Body Shop
- Pulut
- Kek (kek sama seperti diatas, lupa nak ambik gambar kek)

Kain pasang + tafsir + perfume + set bodyshop


Jam tangan + pulut + purse, high heels + handbag


Semua gubahan diatas adalah hasil yang tak berapa seni oleh adikku sendiri. Ahaks! jangan mare yeaaaa ning!.pffftttt....

Apapun.. boleh laah kan. Free of charge jea. tak payah nak tempah dengan orang bagai. buat simple2 jea. cantik jugakkan.. Bak kata orang, hasil tangan sendiri menunjukkan kasih sayang yang sebenar. hahaha. yea laaaa~  

Tq for reading. k bai!