KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, December 22, 2013

Wedding Ceremony: Fatimah Azzahra' & Muiz

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Akhirnya!! dapat jugak aku makan sambal goreng hari ni. Puas hati aku. Hohoho. 

Aku kenal sambal goreng ni 3 tahun lepas, masa mula2 kerja, duduk serumah dengan pn. pengantin ni. Dia orang jawa, so segala mak nenek masakan jawa dia bagi aku makan. Paling aku suka, sambal goreng dengan babap. eh? betul kea ejaan tu? haha. aku pun tak pasti. babap tu sejenis makanan laa, bahan asas perut lembu. Masak macam mana, itu aku tak tahu. kena PM pn. pengantin untuk maklumat lanjut. 

Memula aku pelik jugak, apaaalaa sambal goreng ni, aku ingat macam sambal belacan yang mak aku buat tu, sambal belacan bubuh dalam kuali yang ada minyak panas, then goreng2. Rupa2nya sambal goreng versi jawa ni ialah tempe + suhun + bahan2 lain aku tak pasti, pastu goreng macam hitam gitu. pastu makan sedap yaa amat! haha. gitulah ceritanya. 

Ex-housemate aku ni baru jea menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya. Hari khamis lepas akad nikah, hari ni hari resepsi diaorang. Aku selaku bekas rakan serumah haruslah berada dihari bersejarah beliau. Terima kasih atas jemputan yea Tim! :)

Ibu Nina today! Warna hari ni agak lemau sedikit. Selemau hati yang merindukan suami. haikk. pffftttt....~!! 
*30 weeks, my baby inside* 
OOTD Ibu Nina:
 Azalea Cotton Maxi dress by Cattleya 
Sleeveless Cardigan by Diesel 
Shawl & Bling2 Handbag from Makkah, Paw yang mama punya. hakhak

Cantik sangatttt kawan aku hari. Aku suka tengok veil dia! sooo stunning!! i loike 1jutakali.  Veil ala2 shawl halfmoon gitu, kalo hari ni pakai jadi veil, depan2 hari boleh pakai jadi shawl pulak. Sangat tidak membazir kan!!



Okeh, meh aku tunjuk kat korang apa itu sambal goreng. bukak mata luas2 eh! ada setompok kat atas pinggan tu, aku dah highlight pakai marker pen warna kuning. hehe. Pinggan full, sampai tak nampak nasi. Lepas makan nasi, makan apam balik pulak. Kat tempat kenduri kawin pun ada apam balik hengkau, panas2 lagi, siap kena beratur panjang tunggu giliran, berpeluh abang apam balik nak berapam.. hakhak. first time aku jumpa. hikhik


Sebelum balik, aktiviti wajib, bergambar kenangan bersama pengantin. Teruja aku tengok kek pengantin. nampak ssangat cikgu BMnya disitu. Bangga kejap aku... IHIKS!

Lepas makan kek ni, konfirm satu kamus ada dalam kepala. hehe



Buat Fatimah Azzahra' dan Muiz: Selamat pengantin baru, tiada ucapan yang terbaik untuk sahabatku melainkan dengan ucapan Semoga ALLAH memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan. Aminnnnnn!!!~   

TQ for reading! k bai~      




21 comments:

sherotpetot said...

rare betul kek kamus dewan. huhu

dilaella Ella said...

cantiknya kek dia, tahniah buat pengantin :)

Yumida Huda said...

cantik dress yg akak pakai
berseri2 ibu hamil ni..hihi

Hanih Borhan said...

Hahaha... Ingat tadi main2 nama babap tu, betul2 rupanya ye...haha...

Amboi, kek kamus tu mmg comel! :)

S. Faezah said...

tahniah utk kawan nina!

nina pon cantek.suka warna baju nina..hehe

Chic Na said...

tengok kek tu pun dah tau cikgu BM.. hehehe.. ibu nina comel sokmo.. berseri tau..

Nur Farahuda said...

waaahhhh, kek kamus dewan laaa. Ohsem =D . Sambal goreng memang sedap gila, huda pun suka ^_^

BUNDA said...

Tahniah pengantin baru...

Nur Inani said...

kek kamus dewan.lain dari yg lain :)

Eza Boom Boom said...

selamat pengantin baru, cikgu BM. hihi! Moga bahagia bersama pasangannya.. ;) Ibu Nina, comel laaa :) Cantik busana.

Teena Tna said...

Seronok bila dengar kawan2 nak kahwin. Rasa teruja pun ada.
Kek dia tuu, nampak semangat 'cikgu'. Hehe

Nora Karim said...

lain dari yang lain kek kawinnya... sweet pulak tgk... Moga jodoh kalian sampai ke jannah... amin...

***sambal goreng jawa tu mmg sodap!!!

Cheritera Kami said...

sambal goreng mkn camtu je pun sodap

izan mama mia said...

selamat pengantin baru pada rakan yg baru kawen tuu
dan
comey nyer makal mama ni... mg sht sll ye

izan mama mia said...

selamat pengantin baru pada rakan yg baru kawen tuu
dan
comey nyer makal mama ni... mg sht sll ye

Vee Lea said...

Awww suka tengok tummy tuu :D

Masya said...

nina berisii betul mengandung mcm sy dulu .. membesar bagai juara huhuhuhu

Pha Is said...

laa.. kek ke rupanya kamus dewan tu.. hahaha
kreatif..

wawa syaida said...

comelnye kek kamusss....selamat pengantin baru untuk pengantin

Nory Zoulkefle said...

comellnyer perut...ooo kite beza peknen beberapa week jela ek...anak kite sebaya lah nnt kan..hehe

QasehnyaRania said...

saya pon suka makan sambal jawa.. belajar buat dgn mak mentua.